Tuesday, August 11, 2009

Kenapa aku tidak berkahwin?

Ramai tanya soalan macam ini, termasuklah makcik-makcik saudara aku dan jiran tertangga. Biasalah, bila umur dah meningkat ni ramailah tanya begitu. " Aku dah kahwin ko bila lagi?" .Tapi lain pula bila kahwin, lain pula persoalannya. Mesti akan bertanya " bila nak menimang cahaya mata? ", "kenapa tidak ada anak?" dan bila ada anak " bila lak nak anak kedua ".

Kesudahannya tidak habis-habis persoalan dalam hidup kita kan? Cubalah jadi manusia yang mulut bertutup sikit (tapi kalau bertutup, sepi lak dunia ni :D).

Kenapa aku tak berkahwin?

Mungkin, aku tidak bersedia lagi (tapi kalau ada jodoh cepat, aku terima saja * sila kelua ikon gatal*) .

Mungkin, banyak lagi aku kena pelajari (ilmu zahir dan batin).

Mungkin, panahan cinta membuatkan aku agak fobia!

Mungkin, mak aku juga tidak mendesak aku kahwin (yehu! ni suka..ada sesetengah mak paksa kahwin cepat-cepat kan?)

Mungkin,aku dipenuhi rasa gerun nak berkahwin sebab banyak dengar cerita negatif selepas berkahwin.

Mungkin, perangai aku masih lagi macamsinchan kanak-kanak lagi.

Mungkin, hati was-was dan mengatakan semua lelaki sama (tetapi takkan lah aku nak fikir negatifkan? tak mungkin lelaki semua sama).

Mungkin, dulu aku adalah seorang dari kelab anti lelaki (masa sekolah la, pengaruh rakan sebaya).

Mungkin, takut ditinggalkan (erm yang ni susah nak jelaskan macam mana..)

Mungkin, tuhan merencanakan sesuatu yang baik pada diri aku (mana tahu, waAllahhualam).

Mungkin, tak ada orang melamar

Sudah puas! Itulah jawapan tulus dari hati aku..Yang pasti aku tengah kumpul ketahanan mental dan fizikal..


Cik By

6 comments:

Baby Gina said...

mungkin ko je yang poyo2 pk negatif...come on la cik by..bulan satu ok??!! nnt kite sama2 la experience..hehhe

Lynda said...

Mungkin, dulu aku adalah seorang dari kelab anti lelaki (masa sekolah la, pengaruh rakan sebaya).
heeehehehehhe

Byzura Mj (By) said...

mushy shizzy gina : mane ade pk negatif sgt..cume ade gerun skit :D (ke seton ngah ganggu aku ni!)

Lynda : hehehe..ape gelak2 :D

Marcos said...

ne mesti ko teringat cerita 3R minggu lepas kan??
hehahahahhaa

Byzura Mj (By) said...

Marcos : erk...bukan la..ni dtg dr naluri :D

Lynda said...

sbb aku tahu kelab tu,..hahahaha