Thursday, October 8, 2009

teguran...

Pagi-pagi buka blog ada komen. Baca, ia adalah teguran....


Assalamualaikum,
Saya terbaca saudari tulis: "Assalamualaikum, Saya terbaca saudari tulis:"Mungkin dia tak sampai seru lagi untuk menutup aurat *wink (tiada paksaan dalam islam).. "
Untuk pengetahuan saudari, ayat al-quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam Islam' hanyalah digunakan dalam konteks orang yang belum Islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam.Sebaliknya orang yang telah menganut agama Islam wajib melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Dan pada zaman sekarang ni, mungkin ungkapan 'tidak sampai seru' tidak lagi sesuai digunakan kerana maklumat hanya di hujung jari. Atas individu itu sendiri nak cari dan mengamalkannya.
Wassalam


Terima kasih atas teguran dan nasihat..


Semua manusia melakukan kesilapan.. cuma ianya dalam keadaan sedar atau tidak :)


Cik By