Sunday, November 22, 2009

Tadi saya bergaduh..

Lebih elok aku menggunakan kata ganti diri saya di sini.. Saya telah bergaduh dengan anak buah saya. Bukan gaduh besar hanya cakar ayam saja.

Bermulanya dari nak beli MP3. Gigi saya sakit hari ini. Macam tak selesa bila doktor menukarkan getah dan pasang getah 'double' untuk gigi saya kali ini.

Saya menolak permintaan anak buah saya untuk menemani beliau membeli MP3. Banyak kali beliau pujuk saya. Tapi saya tetap 'berdegil' tidak mahu pergi.

Beliau menghempas-hempas kaki beliau, saya tidak mahu pergi juga.

Kakak saya telah siap untuk ke tempat membeli MP3. Tapi saya 'berdegil' lagi. Lalu tertidur.

Beliau merajuk. Lalu menangis di dalam bilik (kata kakak saya). Dan saya tertidur. Amat keji kan?

Lepas saya bangun tidur, saya mencari beliau. Beliau tiada dalam bilik.

Saya terjumpa sesuatu. Beliau telah mencoretkan isi hati beliau di dalam buku conteng beliau.

Mula nak marah sebab beliau ada menulis sesuatu yang tidak enak di dengar (tapi bukan mencarut, itu pasti). Tapi, bila fikir..Mungkin salah saya?

Beliau adalah peminat tegar blog saya =D. Sebab beliau akan membaca blog saya, jika saya pergi bekerja dan tidak pulang ke rumah beliau (weekend). Dalam erti kata lain, RINDULAH TU ;P.

Kepada anak buah saya bernama Farah Nisrina. Cik Su minta maaf sebab Cik Su tak membawa Nina untuk membeli MP3. Cik Su tahu Nina baca blog Cik Su walaupun Nina selalu cakap kat Cik Su,


'Cik Su poyo je ada blog'

' Cik Su saja buat blogkan? Jiwang!'
=D

4 comments:

Mag said...

huhuhu..comel jer merajuk2..anak sedara umo lebih kurang ye?

Byzura Mj (By) said...

puan.farah : huhuhu merajuk tak hingat tau.

umur? tahun depan dia nak masuk tingkatan satu..dan saya adalah sudah tua eh dewasa =P

SheLLy said...

abehla....kena pujuk ngan belikn mp4 trus la..hehe!!

Byzura Mj (By) said...

sheLLy : silap2 beli mp4 gak tu =P