Showing posts with label nina. Show all posts
Showing posts with label nina. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Besday saya, Nina

Hi My name is Nina. Anak sedara tuan punya belog yang gedik


Ni dengan adik saya Suci.

Dulu tuan punya belog yang selalu basuh berak saya masa kecil. Hari ni besday saya tau!! Ok papai!


.:. By .:.

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Nina dan Suci nak jadi pengapit wa...

Nina dan Suci ni memang peneman hidup aku. Kadang-kadang macam anjing dengan kucing. Asyik gaduh je. Yang si Suci suka bercerita... Kejap-kejap ichu,ichu, ichu... Tengah drive pun dia bantai tarik kepala aku suruh tengok dia buat aksi. Haih!


Tapi, kalau diaorang tak ada aku jadi sunyi. Dah perlu ada anak ke? Hahaha.


Haritu, Nina sibuk tanya..


"Cik Su bila nak kahwin? Bulan 10 ni kahwin kan?"


"Ada pulak. Tu tunang la..Kenapa?"


"Nina nak jadi flower girl. Nak pakai lawa-lawa. Nanti Cik Su belikan baju eah? Chiffon ke lace ke eah? pastu Nina nak sanggul ke letak bunga... mesti comel". mak ai mintak chiffon atau lace tu! Ko ingat makcik ko kayo?Maaflah siapa nak jadi pengapit aku tu, anak sedara aku dah cop.


Yang Suci pun menyampuk..


"Adik nak jadi flower booooiii(boy).... Ina gilll(girl) adik boiii..."


Tunang ni Cik Su belikan adik baju ya?


*angguk-angguk*


Aku dah belikan Suci baju, siap dengan samping...

"Tapi adik tak nak pakai samping..macam gillll(girl) je. Yeah! Boleh jadi pengapi... Ina takdeeeeeeee". Hah menjawab!


Tunang mana ada pengapit. Excited lebih 2 orang ni... Berpeluh ketiak aku.




.:. By .:.

Monday, April 26, 2010

Terimalah aksi terlampau anak sedara aku.*tepuk dahi*



Suci nampak aku gelak. Dia lari...



Last-last...eh datang lagi...





Dia memang peminat Akim AF. Dia suka mamat 'jambu-jambu' *___*


p/s : video adalah senget. Malas aku nak edit.

.:. By .:.

Monday, March 1, 2010

Nina's birthday!

At De Palma hotel. Sekali sekala apa salahnya :D. Enjoy buat macam ni.. Tapi terasa jeles juga, aku dulu main tiup lilin je :P. Pastu besar tak sambut dah :(. Teringin gak! Hahaha! Tak sedar diri. Mak aku cakap tua bangka pun nak sambut lagi :D. (bangka jangan sebut mak...terasa macam kuih bingka lak..kedut sana sini :D)

Mesti lah..Best tahu dapat hadiah. Semakin dewasa semakin sikit je orang bagi hadiah. Tunggu kahwin je, pasti ramai bagi hadiah :P. Melalut sudah!

OK. Sabtu haritu, sambut birthday Nina kat De Palma hotel. Bukan besaran pun ala kadar je.

My BIL memang sporting. Tapi aku suruh nyanyi lagu Kamelia, dia tak mahu. Tinggi katanya. Last-last dia layan lagu dangdut dan blues geng. Lu memang blues!! :D.

Sesi nyanyi! :D Aku pasal ntah muncung macam tu. hehehe..Macam koir pun ada duk baris macam tu ...
Oh Ini sesi mak datin :D. I tak masuk campur :P. I duk dating belah sana :D.
Nina and friends...Aku rasa dia paling kecil :D dah la muka macam orang vietnam!

Saturday, February 27, 2010

Pra-Birthday Nina.

Eh boleh pulak pra-pra ni...Macam artis ko! Nina duk bising dah lama tak buat harijadi. Hadoi!! Dah besar pun mahu buat ke? Dah baligh dah pun :D.

Sibuk nak buat birthday. Nina ni rapat ngan aku dan mak aku, sebab mak aku jaga dia dulu masa kakak aku kerja. Sekarang ha amik! Nak sama besar ngan aku. Mak aku cakap, peha dia lagi besar dari aku masa kecil dulu. Hahaha! So Nina ada peluang boleh gumuk..wakakaka.

Dia paling tak suka kalau aku nyakat dia, nanti gumuk bila besar nanti. Dia cakap nak macam Cik Su. Apa ko ingat lawa sangat ke macam Cik Su ni. Kalau ko cakap macam Scha Al Yahya ke, aku boleh gak terima :P. Sikit-sikit nak sama ngan Cik Su. I feedup u! :D.

Ok untuk tunaikan hajat dia nak sambut birthday, so mak aku buat ala-ala pra gitu. Semua ahli mesyuarat tingkap mak aku ajak. Hahahaha!

Oh hari ini dia sambut lagi di Shah Alam pula. Gila sampai dua kali sambut *sebenarnya jeles :D.

Wednesday, February 24, 2010

Happy besday Nina!!!!!

Semalam aku sms Nina, ucap selamat hari jadi. Rupanya salah haribulan. Hahahaha! Sengal! Nina balas "salah la Cik Su, hari 23hb..Nina 24hb"..

Sorry la, Cik Su kerja sampai tak ingat haribulan :D.

Hari itu tanya dia nak apa... Teddy bear dia tak main dah skang. Dari kecil bukan dia suka teddy bear sebab dia ni hati otai sikit :D. Hati kering dari aku. Aku kememeh. Dia jarang nangis kecuali kena nyakat ngan aku. Hahaha! Berebut nak pakai internet.

Dia request baju. Wah sudah besar anak aku ni. Eh anak sedara :D.

So happy besday Nina!!! Selamat capai umur 13 tahun..Lalalalala~

Gembira dapat dikapit oleh Fahrin :D. Aku tak pasti dia bagi ke tak letak gambar ni dalam blog aku :D. Kejap-kejap lagi tak sms dia akan call, jerit!!! Hahahaha!

Sunday, November 22, 2009

Tadi saya bergaduh..

Lebih elok aku menggunakan kata ganti diri saya di sini.. Saya telah bergaduh dengan anak buah saya. Bukan gaduh besar hanya cakar ayam saja.

Bermulanya dari nak beli MP3. Gigi saya sakit hari ini. Macam tak selesa bila doktor menukarkan getah dan pasang getah 'double' untuk gigi saya kali ini.

Saya menolak permintaan anak buah saya untuk menemani beliau membeli MP3. Banyak kali beliau pujuk saya. Tapi saya tetap 'berdegil' tidak mahu pergi.

Beliau menghempas-hempas kaki beliau, saya tidak mahu pergi juga.

Kakak saya telah siap untuk ke tempat membeli MP3. Tapi saya 'berdegil' lagi. Lalu tertidur.

Beliau merajuk. Lalu menangis di dalam bilik (kata kakak saya). Dan saya tertidur. Amat keji kan?

Lepas saya bangun tidur, saya mencari beliau. Beliau tiada dalam bilik.

Saya terjumpa sesuatu. Beliau telah mencoretkan isi hati beliau di dalam buku conteng beliau.

Mula nak marah sebab beliau ada menulis sesuatu yang tidak enak di dengar (tapi bukan mencarut, itu pasti). Tapi, bila fikir..Mungkin salah saya?

Beliau adalah peminat tegar blog saya =D. Sebab beliau akan membaca blog saya, jika saya pergi bekerja dan tidak pulang ke rumah beliau (weekend). Dalam erti kata lain, RINDULAH TU ;P.

Kepada anak buah saya bernama Farah Nisrina. Cik Su minta maaf sebab Cik Su tak membawa Nina untuk membeli MP3. Cik Su tahu Nina baca blog Cik Su walaupun Nina selalu cakap kat Cik Su,


'Cik Su poyo je ada blog'

' Cik Su saja buat blogkan? Jiwang!'
=D