Monday, December 14, 2009

Makan bontot ayam adalah satu kenikmatan!

Lepas je kitaorang pergi, kenduri kawin family angkat. Terus berangkat ke Pasar Malam Jalan TAR. Membawa jalan-jalan warga tua :D.

Eh, my mom dah start baca blog i (tetiba 'aku' menjadi i :P). Hiks!! Dia suruh anak sedara aku yang bukak kan internet. My mom siap perli lagi, "oh tengok natrah dua kali ya". Kantoi~

Ok sambung balik. Dengan berbaju kurung kitaorang pergi jalan TAR. Aku mulanya taknak dan mogok la konon-kononnya. Mana boleh jalan pakai baju kurung! Kang terselak-selak kain sebab kepanasan. Sungguh tak perempuan!

Ayat mak aku adalah seperti berikut "ala apa salahnya, nanti orang tengok sejuk je anak dara pakai baju kurung". Apa kes sejuk pun aku tak tahu :P.

Ok la nasihat diterima. Tak terima jadi anak durhaka lak. hihihi

Seperti biasa, bila dah sampai mestilah cari bontot ayam. Tak senang duduk kalau tak sambar seringgit dua bontot ayam =D. Nikmat!!

Lepas tu, kitaorang pergi ke Ikea. Agaknya korang dah muntah hijo baca entry aku asyik ke Ikea je kan? Korang muntah, aku lagi la muntah hijo tahap biru dah.

Ntah apa ada kat Ikea tu. Akak aku suka sangat tijau-tijau barang baru.

Tahap kebosanan yang melampau jadinya. So inilah hasilnya!


Aku telah menjadi paparazi. Terserempak dengan Tomok. Pada mulanya, aku tak perasan sebab dia pakai spek itam. "Apa kes mat rempit sorang ni..dalam Ikea pun pakai spek itam". Sekali Tomok daaa... Kerempeng rupanya dia! Dia bersama awek kesayangan =D.


Dua gambar di atas, adalah gambar badut-badut yang di tahap kebosanan yang kehilangan kasih sayang :P.

Gambar anak dara jalang duduk terkangkang akibat kepenatan tawaf di Ikea.
WT *oh mak aku tak bagi sebut, nanti kena cili*

6 comments:

sheLLy said...

warhh!!..sopan ayu btui ko dok cik by...sejuk mak mentua tgk blog hang...ekekekek!!

CiK By said...

sheLLy : peduliks!! aku dah penat..hihihihi :P

Hariszzz said...

Lama xpegi ikea... errmmm... dia bagi pensel free lagi tak? :P

~AmyLiana8886~ said...

haha..mmg suke giler bontot ayam..nk2 yg bakar madu tu..best giler..duduk tu ganas la..patutla kate sejuk angin masuk ek..hihi..

CiK By said...

Hariszzz : bg!! hahaha!!dulu slalu je amik sebab suka melukis ;P


AmyLiana : waduh!! sedapnya..dah la tengah hujan ni..

ngehngehngeh.. baru angin masuk :P

akubukanartis said...

oh i loooooooooooooooove bontot ayam...

btw, clicked ur ads! :)