Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Restoran Sambal Hijau, Sungai Penchala.

Alkisah weekend lepas, nak jalan-jalan cuci mata dekat ikea. Sebelum itu, memang set otak ni nak makan dekat Restoran Sambal Hijau kat Sungai Penchala. Senang je lokasi restoran ini, terletak tepi jalan kat area Jalan Sungai Penchala.Hahaha ok tak aku bagi landmark? =P


Sampai-sampai dah penuh. Pewwh! Ramai orang makan dekat sini. Kalau nak lauk banyak dan masih banyak kena sampai awal. Kitaorang sampai dalam pukul 1 tengahari, full house! 




Ikan bakar panas-panas. Ada ikan pari, ikan keli, ikan kembong..lain tak ingat dah. 




Tengok, penuh. Kitaorang berdiri kat tepi, last-last tak lama kemudian ada makcik sorang ni dan ahli keluarganya dah siap makan. Lega tak lama berdiri. Terima kasih makcik.



Apa lagi, terus zaaaas ambil lauk. Tengok-tengok siput sedut dah habis. Hampa T____________T. Tapi banyak lagi lauk masa ini. Tak tahu nak pilih mana satu. Ada gulai urat ketil. Teringin tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii * jeling badan. Huhuhuhu. Tengah usaha dapat turun berat badan sikit lagi. So haruslah berpuasa dari makan benda-benda camtu.



Yang di ambil hanyalah, gulai lemak cili api nangka, ikan bakar dan ulam.



Close up. Gambar sambal hijau. Sedap. Sambal dia semua sedap-sedap. Semua pun aku rembat. Hihihi Dasar tamak -_-.




Ikan bakar bersama air asam. Sedap juga! Nak-nak ikan keli itu. Adoii meleleh air liur. 



Suci bersama ayam goreng rempah. Adik ko makan ni je la kan dik....Takpelah asal bahagia.


Faris aku siap gaul kuah kuah lemak cili api tadi dengan ayam Hehehe.


Dan air mestilah ambil, air tea botol dari Indonesia. Untuk legakan perut.  





Dan lagi, pencuci mulut. red velvet dan kek batik. Ehhh tengah usaha nak turunkan berat badankan? Tak guna By, tengok ko makan? Hahahaha. Beria ko bising, tapi makan ya rabbbbbbb. 



Lepas kenyang perut, marilah kita bercuci mata di ikea. Ada barang sikit untuk rumah baru. Beli sikit-sikit, tak adalah rasa duit itu keluar sangat. Kira-kira kos pindah rumah....ya ampunnnn duit dimakau duit T______T. 


Budak 2 orang ini haruslah duduk dalam troli. Hehehe. Mama nak tengok itu ini, please jangan kacau.



Lepas jalan dekat ikea, pergi ikano pula. Pergi pet shop..pergi shopping barang wak....


Oh  ya, wak sekarang dah ada perubahan. Dah sanggup tangkap dan layankan isteri dia yang kebambam ni ambil gambar. Kalau gambar itu tak dapat angle tak betul, siap suruh duduk lagi sekali...dan ambil gambar lagi sekali =D. Syabas wak. 





Dah penat marilah pulang. Tengok budak ini keletihan dan dahaga. Hihihi. Puaskan berjalan? Ni baru 2 trip. kalau 3 trip termasuk tawaf ke The Curve? Haa nak? Mama ok je =D.



Itu sahaja kisah weekend! Bye!




p/s : dalam proses nak delete entry luahan perasaan. Erm aku nak clearkan post-post yang tidak beremosi sangat dan mengarut. InsyaAllah. Aku cuba.


+ By +

Monday, November 11, 2013

Salmon Swedish Sauce, ala-ala Ikea.

Lega rasa bila Faris dah tidur. Sampai pukul berapa tak tahu lah tu. Boleh la mama, jengah dan buat itu ini..termasuklah menulis blog :). Lain macam demam Faris kali ini. Manja kemain tau. Melekat je. Haih rasa nak patah pinggang. 


Lama dah Faris tak demam teruk. Since tahun lepas. Hurm, harap-harap demam kali ini demam nak dapat mulut. Bukan demam apa-apa ya anak?


Bangun pagi tengok tv pun nak berkepit dengan mama. Sampai mama mandi pun lambat :P. 


Tengok la ni, bukan main berkepitkan? Acaner nak tenching dan beri-beri kalau macam ini? Huhuhuhu. Pujuk sikit dengan mainan..dapatlah mama siapkan bubur. Buat bubur je dulu. Aku pun breakfast sekali dengan bubur Faris. Tak sempat nak buat itu ini.


.

Hidangkan sekali dengan air glukos. Bagi tambah tenaga. Itupun bubur dia tak mahu makan sangat ;(. Dah la beri sampai 3 kali. Kali kedua pujuk sambil joget-joget, dapatlah habis satu mangkuk. Lega sikit kan? Hati ibu mana tak risau kalau anaknya tak makan. Serik rasanya duduk hospital dulu.


Lepas itu, dalam pukul 2.45  petang cam tu aku masak untuk aku. Lapar dah macam orang kena parkinson. Pening pun ada sebab macam tak cukup tidur. Huhuhu. 


Nasi tak selera, maka dapat idea nak try resipi ni. Semua main kukus kecuali sos je la kena kacau-kacau sikit dalam kuali.


Yeay! Menjadi dan kenyang dannn sedap! Hahaha. Alhamdulillah. 



Ok resipi: 


- Taburkan garam kat kulit salmon, stim. Dan nak masak perahkan lemon atas salmon. 
(Lain-lain ikut suka lah nak stim apa ya)

Untuk cream :

-cairkan butter dalam kuali, masukkan whipping cream dan kacau. 
-agak-agak mendidih, perahkan lemon, letak garam dan daun pasley..kacau dan last tuang ke atas salmon. Siap!!



Cubalah, sedap ok :D. (ke perut aku yang lapar, semua sedaplah kan? Hahahaha)



Ok bye!



+ By +

Thursday, April 1, 2010

Popilla.

Rasanya amat stim. Banyak cheese. Seakan kebab, tapi kulit dia nipis dan rangup.

Popilla @ Ikano

Lagi stim kalau dapat makan....

















Telan air liur. Sedapnya kalau dapat makan dengan pulut dan santan. Walaupun saya tidak gemar santan. Tapi sekarang mood saya adalah kepingin.

Macam orang pregnant pula. Ke nak period ni? :D

Thursday, February 18, 2010

Valentine's Day

Saya tidak menyambutnya..sekali pun tidak pernah seingat saya. Apatah lagi mendapat bunga atau candy love dari seseorang jejaka. Tidak juga pergi makan bersama-sama meraikanya..sedih bukan? Heh bagi saya itu sudah biasa.

Alangkah romantika de amour jika seorang jejaka melamar saya dan bagi saya bunga ..Oh! Sudah! Melampau berangan aku ni..hahahaha!

Neway, aku dah tengok cerita Valentine's Day!

Pelakon sangat mantop ok! Tapi Taylor Swift agak kaku dan gedik dalam filem ni. Oh aku memang suka kalau perempuan badannya seperti Taylor Swift. Aku rasa ramai je lelaki suka dia bukan?

Jalan cerita dia biasa-biasa je. Disebabkan pelakon-pelakon hebat, so tak jemu la untuk menonton :P. Aku rasa kalau pelakon ala kadar, mesti filem ni failed! :P

Soundtrack filem ni best! Ada yang hendak tolong aku mendownloadnya? :D

Sunday, January 17, 2010

White dell and lily :)

Jalan-jalan dekat Ikano. Last sekali, masuk kedai komputer. My BIL nak survey lappy. Hari tu aku punya toshiba lappy dah kondem :(. Sayang gila. Mother board rosak.

My BIL cakap baik kita beli yang baru je. Repair pun mahal.

Nak Dell ke HP? Then, aku cakap nak Dell yang warna-warna tu. Heh! Demand. Ye la lappy aku dulu pun bewarna oren. Gantinya juga mesti lah bewarna gak :P.

So survey-survey. Berkenan kat white dell :).

Nak ke taknak? Terkedu aku. Biar betulkan? Offer terus nak ke taknak? Habis sayang la lappy dulu. My BIL cakap buat sentimental value je :D. Memang sentamental value pun! heh.

Aku cakap nak!! Aku pilih warna putih!

Dialah perosak lappy aku dulu (nasib baik Nina dapat Ciksu baik, kalau makcik lain mesti kena maki hamun dah :P). Dia dah rasmi dulu. Tak pe la. Sharing is caring. Aku pun dah ada lappy lain. Tak kan nak pakai 2. Nampak sangat aku tamak! So white dell ini akan di'share' kan dengan Nina. :D. Nina take note! di'share' ok?? :D.

Itu cerita lappy.

Aku punya kasut dah banyak rosak. Tapak tercabut la...Tali putus la. Kesian. So aku beli ini..

Comel tak? Bai mesti ada pink punya. Aku punya 'fav' color :D.

Saturday, January 2, 2010

Saat mencuci mata..

Besau juga bontot ko ya Jelo.

Orang lain boleh usha orang bogel aku pun boleh :D. Suka gila tengok orang pakai bikini tapi tak nampak stretch mark. Licin saja. Aku? Aku selalu pakai Islamic Swimsuit. Islamic la sangat, kadang-kadang kedaung gak aku ni :D. Masih banyak setan-setan berlegar dalam badan aku ni.


Aku usha tak pernah kena ketumbit. Kenapa orang selalu kaitkan ketumbit dengan orang bogel, dalam erti kata lain tengok orang tak pakai spender? Boleh ketumbit? Sampai sekarang aku penin duk pikiak.

So, petang tadi aku pergi menjamu selera. Asyik duduk terbaring je kat atas katil macam orang sakit tenat. Katil pon dah malas menampung badan aku ni. Duk henjut-henjut suruh bangun.


Aku pergi swimming!! Lama gila aku tak buat aksi kuak kupu-kupu. Apatah lagi gaya bebas. Sampai tsunami kolam renang tu dibuatnya :D. Nasib baik tak ramai orang sangat. Kalau tak berlaga-laga bontot nak berenang.

Sangat la tak mencabar. 4 kaki je dalam dia. Sampai paras buah dada je. Nak buat aksi duyung pun tak boleh.

Lepas swimming makan ais krim. Huh sangat sedap!

Lepas tu macam orang sakai pergi jalan ke Ikea dan The curve. Muka pucat lesi macam orang tak cukup darah je. Pakai selipar buruk pulak tu. Selamba masuk MNG. Nasib baik aku tak masuk kat Coach, LV ke. Mampos orang tak layan aku. Nak menyambut masuk, apatah lagi.

Monday, December 14, 2009

Makan bontot ayam adalah satu kenikmatan!

Lepas je kitaorang pergi, kenduri kawin family angkat. Terus berangkat ke Pasar Malam Jalan TAR. Membawa jalan-jalan warga tua :D.

Eh, my mom dah start baca blog i (tetiba 'aku' menjadi i :P). Hiks!! Dia suruh anak sedara aku yang bukak kan internet. My mom siap perli lagi, "oh tengok natrah dua kali ya". Kantoi~

Ok sambung balik. Dengan berbaju kurung kitaorang pergi jalan TAR. Aku mulanya taknak dan mogok la konon-kononnya. Mana boleh jalan pakai baju kurung! Kang terselak-selak kain sebab kepanasan. Sungguh tak perempuan!

Ayat mak aku adalah seperti berikut "ala apa salahnya, nanti orang tengok sejuk je anak dara pakai baju kurung". Apa kes sejuk pun aku tak tahu :P.

Ok la nasihat diterima. Tak terima jadi anak durhaka lak. hihihi

Seperti biasa, bila dah sampai mestilah cari bontot ayam. Tak senang duduk kalau tak sambar seringgit dua bontot ayam =D. Nikmat!!

Lepas tu, kitaorang pergi ke Ikea. Agaknya korang dah muntah hijo baca entry aku asyik ke Ikea je kan? Korang muntah, aku lagi la muntah hijo tahap biru dah.

Ntah apa ada kat Ikea tu. Akak aku suka sangat tijau-tijau barang baru.

Tahap kebosanan yang melampau jadinya. So inilah hasilnya!


Aku telah menjadi paparazi. Terserempak dengan Tomok. Pada mulanya, aku tak perasan sebab dia pakai spek itam. "Apa kes mat rempit sorang ni..dalam Ikea pun pakai spek itam". Sekali Tomok daaa... Kerempeng rupanya dia! Dia bersama awek kesayangan =D.


Dua gambar di atas, adalah gambar badut-badut yang di tahap kebosanan yang kehilangan kasih sayang :P.

Gambar anak dara jalang duduk terkangkang akibat kepenatan tawaf di Ikea.
WT *oh mak aku tak bagi sebut, nanti kena cili*

Wednesday, November 25, 2009

Cam ni ke perangai saya masa kecik?


Dapat rakam kelakuan diaorang semasa aku kat depan Ikea . Sangat menghiburkan hati aku =D.



Ini belum campur anak abang aku. Pasti lagi huru-hara.