Sunday, December 13, 2009

Mari teruskan hidup!

Yeah! Tak pasal aku seharian emo terlebih. Perempuan dah meningkat usia memang macam tu kot ;P. Tak period pun emo gak. Sensitip!!

Aktiviti Sabtu adalah salah satunya menghadiri kenduri kawin. Fewwhhh!! *lap air peluh. Ada 4 kenduri. Cuma dapat pergi satu je.

2 jam stuck kat Sungai Buloh! Apa kes? Kalau aku kayuh basikal pun sampai :D.

Nasib baik sampai kat kenduri kahwin tu, ada makanan lagi (orang datang nak menjenguk pengantin, aku datang nak melahap!). Kalau tak terpaksa lah pergi kedai mamak, pekena nasi briani ;P.

Sabtu tu, kalau ikutkan aku nak hangkut semua sekali ke kenduri kawin budak opis aku. Sorry to Megat, sebab aku tak pergi kenduri ko. Congrats ya! Hilang lagi seorang skandal aku (kalau bini dia baca tak ke naya!).

Aku sempat pergi ke kenduri kawin belah keluarga angkat je.. Mak aku paksa semua pergi. Kata orang tua 'membalas'. Lagi pun masa kakak aku kawin bertungkus lumus, diaorang tolong.

Tak elok pula. Nak-nak mak aku selalu pesan, "nanti ko kawin tak ada orang nak datang, so jangan buat sombong". Aku rasa semua orang tua cakap cam ni kan?

Gambar pengantin yang dapat aku snap.. Nama pengantin tu Nina. Sama je ngan anak buah aku. Nina kat tepi skali bertudung hitam (apa kes ntah dia pakai tudung Siti, agaknya perasan dia Siti kot :P)

Mak anak dara tua aku bersama ibu pengantin. Beliau lah yang membantu masa kakak kawin 13 tahun yang lepas ;)

Lepas tu, kiteorang jalan-jalan mencari bontot ayam. Tak lengkap hidup, jika seminggu tak makan bontot ayam :D.

2 comments:

mrs shaifull said...

best tau sebenarnya pegi wedding org ni, dan2 tu rasa mcm kita pun pengantin baru gak (akaklah) :)

Byzura Mj (By) said...

CT NORAMIZA : ye ke kak? ada feel macm tu eah kalau dah kawin?

saya takde feel apa apepun..hihihi..nak lari lagi ada dengan soalan cemus mas dieorg :D