Sunday, December 6, 2009

Nak ajar 'push' ke atau biarkan?!!

Masalah 'push' ni bukan aku je mengalami (eh bila pulak aku beranakkan? ;p), aku rasa ibu-ibu mengandung pun ada masalah nak 'push'. Aku lagilah tak ada pengalaman langsung! Kata orang sakit macam nak berak sembelit... *aduh!

Termasuklah Putih, putih tak pandai langsung nak 'push'. Dulu makcik aku jadi bidan. Kali ini tak ada bidan. Memang parah.

Macam mana ntah Putih 'push'. Tengok-tengok dah terkeluar 2 anak yang comel. Syabas Putih!

Our new baby. Eh bukan. Putih babies =D. Satu popo (yang putih tu, ganti dengan popo yang sudah temui ajal , AL-FATIHAH) dan satu lagi pipi. Tapi semalam kakak nak tukar nama lak. Satu Jerry satu Tom. Kalau ikutkan aku, satu Mat Semat satu lagi Mat Sentul sudah =D. Tak apalah, bukan kena pergi daftar kat jabatan apa-apa pun. Suka hati nak panggil apa. Biar kompius kucing tu.

Sangat lah comey. Aku dah cium berapa kali dah. sedaaaaaaaaaaappppp

Eh ko buat ape ni? Kecik-kecik dah pandai. Babap kang..

I nak kiss u boleh? U punya bau macam HUGO BOSS la..yummy~

Ini lah ibu dia, Putih yang tak pandai nak 'push'. Mahal ni! Mata sebelah biru sebelah kuning. Ajaibnya kuasa Tuhan ;)



Bapak bukan sebarang bapak. Bapak datang dari Pahang. Mat Kilau la konon. GELIMAT. Tapi nama tak boleh blah ok. Kitaorang panggil mimi, sebab ingat dia betina..Sekali jantan daa....

Gambar dari hp diselitkan untuk preview post next entry (aktiviti di hujung minggu ;D)

Eh gigi bersinar lah. Pakai lah kayu sugi!

5 comments:

teddy_froggy said...

cute nye....
nk kiss gak...
hikhikhik

puan.farah. said...

tak suke sanngat kucing. tapi baby kucing ni sangat kiut~

CiK By said...

teddy_froggy : sgt kiut...muahhhhh =D

puan.farah : kenapa tak suka? memang kiut..leh jadi peneman waktu sunyi ;)

fara. said...

kucing putih tu
yang mate dia kaler lain2
tu sama ngan kucing i dulu
tapi kucing i da mati :((

CiK By said...

fara. : yeke? sedih sedih... * lap air mata..

napa mati?