Monday, December 7, 2009

Orang cakap biarlah kentotpun secara kebetulan siri - 2..

Hah ingat tak hari tu, aku ada buat entry ni , ni sambungan dia..Aku dah dapat gambar-gambar dari photographer tak berbayar aku, so boleh lah aku update. Panas bontot tunggu dia balik kerja =D.

Dalam perjalanan menuju ke Kota Metropolitan (KL), abang ipar aku tanya :

" Nak tengok Natrah tak?"

"Boleh juga...." * terkesima ok! tatau nak cakap apa..

"Ok nanti dapatkan tiket. Kisah sejarah tu" * aku berdiam saja


Decide nak pergi KLCC, sebab sepupu nak beli baju kat KLCC. Last-last pergi Sungai Wang. Kat situ lagi banyak pilihan untuk orang muda seperti dia. KLCC tu haram jadah mahal. Parking pun mahal. Baik dia menyimpan duit untuk hari tua.


Baguskan aku mengajar sepupu supaya berjimat? ;). Macam aku. Sumpah tipu. Aku adalah seorang yang boros! Pantang nampak benda-benda yang memikat hati aku, kalau tak dapat confirm aku bawa sampai masuk mimpi =D. Kalau dapat, mesti bawa tidur.


Jalan-jalan seharian di Sungai Wang. Lenguh tak lenguh la kaki ni, sampai aku terpaksa beli sandal lembut. Tobat la tak pakai heels dah (pergh aku tobat tu...tarik balik!). Lenguh!


Tengah shopping-shopping, aku terjumpa ..ala ape ke nama artis tu.. Ain? Adik si Ekin Mawi. Setinggi aku je rupanya. Cuma dia pakai heels tu yang nampak tinggi. Kulit jangan cakap la. Cantik nak mampos!


Sampai pukul 7 malam, ada Power Rangers lak keluar. Haish maghrib-maghrib, Power Rangers keluar lak. Harus lah tunggu untuk memenuhi impian Suci bertemu Power Rangers kesayangan.

Tengok sampai terbeliak biji mata ambil gambar dengan Power Rangers kesayangan. Tapi kan yang paling tak boleh blah, seluar Power Rangers yang bewarna biru tu konyak kat tengah-tengah kemaluan masa buat show =D.

Semasa tengah boring menunggu Power Rangers. Dua orang ni bandingkan perut siapa lagi menonjol ;P


Nak tahu apa yang terjadi selepas itu? Jeng jeng jeng....






Yes. Aku pergi tengok Natrah.

Bersama kakak, mak dan sepupu..

Tengah cool kan Suci. Risau dia buat hal.

Tabik pada Suci. Dia sangat ok pabila menonton Natrah! *tepuk tangan.



Apa yang aku nak komen pasal Natrah, hanya nak cakap SOKONG LAH TEATER MELAYU.



AKU AKAN MENONTON SEKALI LAGI =D.


(pandangan tentang NATRAH akan di next entry selepas aku menonton buat kali kedua. Harap Maklum)



2 comments:

CT NORAMIZA said...

best x natrah tu? akak x penah tgk teater :)

CiK By said...

CT NORAMIZA : terletak pd individu..tp bagi saya best!! akak pergi la tengok..sejarah tu.. =D