Showing posts with label klcc. Show all posts
Showing posts with label klcc. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Tak di sangka, buah cempedak menjadi nangka.

Eh boleh ke cempedak jadi nangka? Boleh kot kan? Kalau kacuk pasti menjadi... OK dah merapu. Macam ni cerita dia, macam tak di sangka-sangka pulak semalam. Aku pergi ngedet. Eh ngedet pun nak bagitahu? Matilah Anon, cop aku minah kecoh :P.


Aku pergi tengok wayang. Sat-sat, aku nak cerita aku dinner apa semalam. Malam semalam, memang lapar tahap kebulur macam apa ntah. Yela lepas training netball, berlari-lari anak aku siapkan diri, penat libas-libas lemak, cuci mana yang patut dalam bilik air. Surelah laparkan?


Aku makan.....

Speggeti Afredo Bylado. OK tipu. Nama dia Speggeti Afredo. Aku minta extra gravy :D. Yummy! Ditambur pulak dengan cis! Yummy 100x!


Dan aku tengok cerita ini!!!!!!!!

















Oh Jacob, kalau aku Bella mesti aku pilih engkau! *matilah lepas ni*


Setelah tengok trailer, baca blog Ladyverde dan Iz. Ahkak teruja diknon. Teruja nak tengok. Walaupun, ahkak agak sedih part 2 cerita dia sangat selow. Disebabkan dah ikut part 1, part 2....mestilah tengok part 3 juga kan?


Ternyata, Twilight : Eclipse kali ni best!!! Ahkak tak nafikan, memang best!! Banyak action ahkak suka. Tetapi, lakonan Edward romantik tahap 'Jalaludin Hassan' ahkak tetap tak suka. Matilah kena sumpah seranah dengan peminat Edward lepas ni :P.


Rasa macam nak tengok 2 kali. Oh terlebih dahulu Cik Su minta maaf ya Nina. Cik Su tengok dulu :P. *matilah kalau dia terbaca*


Oh lakonan Jacob tetap mantap!! Mantap!! Kalau aku jadi Bella pasti aku pilih Jacob. Muahahaha. Lagi satu statement, membuatkan peminat Edward muntah darah. Tetapi, sikap Jacob yang selalu salah sangka dengan Edward tu mungkin buat Bella tak suka Huhuhu. Oh Jacob, jangan macam tu ya! Tapi, ko tetap cool!!


Petikan di sebalik penonton wayang *aku dan dia*


"You suka siapa dalam cerita ni...mesti suka Edward kan? Ramai perempuan suka Edward. Mana hensem mamat tu..putih lesu je I tengok.."


"Tak la....I suka Jacob......"


"Lepas ni, I ingat nak pergi gym la..."


"la dah kenapa? kan dah lama tak pergi...." *mata tertumpu pada Jacob!*


"You suka Jacob, so I nak buatlah badan macam Jacob.....Bia ketul-ketul sikit..."


^________________^



Hoih!! Yang aku suka bukan badan la. Aku suka sikap dia yang cool, selalu mengalah, bertindak sebagai pelindung dan......hangat!!!! Muahaha! Siapa yang menonton pasti tahu maksud hangat di situ :P.



p/s : Eclipse banyak adegan cium-cium. Syoook wo :P





.:. By .:.

Thursday, April 22, 2010

Nightmare eh Date Night sebenarnya....

OH! Semalam date night kami. Kami? :D. Sudah lama tidak berjumpa. Rindu pula rasanya. Hahahahahahahaktuih!

Fikir punya fikir, pergi tengok wayang. Punyalah lapar tak ingat, kami sapu je apa yang ada dulu untuk alas perut. Hotdog for him and crispy popiah to me. Eh TGV sudah jual popiah, sedappppp! Erk ke aku yang kebulur?? :D.

Kami tengok cerita Date Night. Ingat cerita ini berat, tapi masyarakat~ ringan seringan-ringannya!!!! Puas gelak, kelakau tahu?

Sangat kiut pasangan ni. Aku tak boleh blah sebab Steve Carell sangat lurus bendul! Kalau aku dapat suami macam tu, tak tahulah aku menjerit macam pontianak ke apa. Hihihi.

Bini dia (Tina Fey) pun boleh tahan sengal! Lawak gila pasangan ni.

Tengah-tengah date (mereka sudah berkahwin sebenarnya), ada sesuatu berlaku. Hahaha. Masa ni pun lawak. Tak boleh blah negel pemandu teksi tu. Korang tengoklah sure terbahak-bahak gelak.

Dah korang pergi tengok!! Sesuai untuk pasangan-pasangan suami isteri. Eh aku bukan ada suami lagi tapi boleh je tengok..hihihihi!!! *gatal*

Tapi, sebenarnya pasangan ini romantik~ Weeeeeeee. Korang sangat comel. Saya sukakkkkk!

Shut up!!! Stupid Virgina!! Hahaha!




.:. By .:.

Thursday, February 4, 2010

Adnan Semp-it

Akhirnya aku tengok gak cerita bodoh ni :D. Dulu aku pernah cakap, aku taknak tengok cerita ini..macam bodoh je. AKU NAK TARIK BALIK..hahaha! boleh? :P

Sebenarnya cerita ini tak sebodoh yang aku sangka. Sangat kelakar weh!! Sakit kepala aku asyik duk gelak je.

Memang dari awal sampai akhir gelak je memanjang. Jalan cerita pun ringan. So, tak payah aku penin kepala nak fikir apa jadi, apa jadi :D.

Siapa-siapa belum tengok, baik pergi tengok. Sokong cerita melayu :D.

Gila lawak dan selambe je si Shaheizy Sam tu. Sangat menjadi lakonan dia. Poyo nak mampos muka. hahaha!

Si Along tu pun best. Sangat kiut bila dia pakai baju tidur. Hahaha!

"Di situ ada jalan di situ ada highway"

Reunion si Shaheizy Sam bantai cakap reninuen..

"Pakcik and all the pakcik-pakcik" :D

"Ugly mat rempit"

"I don want banana fruit at 2 times" >> Pisang berbuah dua kali..hahahahaha!


Korang dengar la sebutan-sebutan di atas dalam cerita Adnan Semp-it. Memang sangat cilaka!! :D

Monday, December 7, 2009

Orang cakap biarlah kentotpun secara kebetulan siri - 2..

Hah ingat tak hari tu, aku ada buat entry ni , ni sambungan dia..Aku dah dapat gambar-gambar dari photographer tak berbayar aku, so boleh lah aku update. Panas bontot tunggu dia balik kerja =D.

Dalam perjalanan menuju ke Kota Metropolitan (KL), abang ipar aku tanya :

" Nak tengok Natrah tak?"

"Boleh juga...." * terkesima ok! tatau nak cakap apa..

"Ok nanti dapatkan tiket. Kisah sejarah tu" * aku berdiam saja


Decide nak pergi KLCC, sebab sepupu nak beli baju kat KLCC. Last-last pergi Sungai Wang. Kat situ lagi banyak pilihan untuk orang muda seperti dia. KLCC tu haram jadah mahal. Parking pun mahal. Baik dia menyimpan duit untuk hari tua.


Baguskan aku mengajar sepupu supaya berjimat? ;). Macam aku. Sumpah tipu. Aku adalah seorang yang boros! Pantang nampak benda-benda yang memikat hati aku, kalau tak dapat confirm aku bawa sampai masuk mimpi =D. Kalau dapat, mesti bawa tidur.


Jalan-jalan seharian di Sungai Wang. Lenguh tak lenguh la kaki ni, sampai aku terpaksa beli sandal lembut. Tobat la tak pakai heels dah (pergh aku tobat tu...tarik balik!). Lenguh!


Tengah shopping-shopping, aku terjumpa ..ala ape ke nama artis tu.. Ain? Adik si Ekin Mawi. Setinggi aku je rupanya. Cuma dia pakai heels tu yang nampak tinggi. Kulit jangan cakap la. Cantik nak mampos!


Sampai pukul 7 malam, ada Power Rangers lak keluar. Haish maghrib-maghrib, Power Rangers keluar lak. Harus lah tunggu untuk memenuhi impian Suci bertemu Power Rangers kesayangan.

Tengok sampai terbeliak biji mata ambil gambar dengan Power Rangers kesayangan. Tapi kan yang paling tak boleh blah, seluar Power Rangers yang bewarna biru tu konyak kat tengah-tengah kemaluan masa buat show =D.

Semasa tengah boring menunggu Power Rangers. Dua orang ni bandingkan perut siapa lagi menonjol ;P


Nak tahu apa yang terjadi selepas itu? Jeng jeng jeng....






Yes. Aku pergi tengok Natrah.

Bersama kakak, mak dan sepupu..

Tengah cool kan Suci. Risau dia buat hal.

Tabik pada Suci. Dia sangat ok pabila menonton Natrah! *tepuk tangan.



Apa yang aku nak komen pasal Natrah, hanya nak cakap SOKONG LAH TEATER MELAYU.



AKU AKAN MENONTON SEKALI LAGI =D.


(pandangan tentang NATRAH akan di next entry selepas aku menonton buat kali kedua. Harap Maklum)