Thursday, December 10, 2009

Skirt... Oh ladies!

Transformasikah aku? Tidak. Kecik pun aku ada pakai skirt. Tapi aku lagi senang pakai seluar. Senang nak lari sana sini. Nak merangkak pun senang ;P.

Malas pakai skirt ni. Tau je la...kalau terangkat nampak segala bulu-bulu kaki, peha 'drumstick', kulit putih gebu.. *perasan.

Sebenarnya aku pernah pakai skirt, masa sekolah rendah. Tapi masuk je darjah 6 aku dah ada perasaan malu. Tak tahu kenapa. Ia hadir tanpa dipinta. Cewah! Tu nampak dalam gambar, aku adalah yang ber'circle' merah tu. Masa ni darjah 4. Jadi pengawas sekolah =D.

Masuk alam dewasa sampai la alam pekerjaan..Aku langsung tak pernah pakai skirt. Then dapat tawaran kerja gomen (dulu).. Aku kena pakai skirt bersama baju keparatkorporat. Terkangkang-kangkang aku jalan. Macam bapok. Tapi aku rasa bapok lagi lawa jalan dari aku =D. Pastu pulak pakai heels. Lagi lah tekecah-kecah aku jalan..

Gambar di atas, adalah pertama kali aku pakai skirt ditempat kerja sekarang. Hari Jumaat adalah hari yang boleh berpakaian bebas. Suka hati nak pakai macam mana asalkan 'sopan'. Tu pun budak-budak laki pelik tengok aku pakai skirt. Diaorang cakap gila ladies!! =D

Owh, gambar yang ini adalah menunjukkan pertama kali aku berkenan, jatuh cinta pada skirt. Tapi skirt ni cuma pakai sekali je..

Kenapa eik ada perasaan malu sebegitu. Dan nampak pelik ke kalau aku pakai? Atau sebab aku nampak otai? =D


* Ayat macam formal lak. Aku ngah penin dan pinau mata buat kerja :(

3 comments:

angah iza said...

kan lawa tu pakai skirt...
ayu je..hehehe :)

mrs shaifull said...

cik by, akak suka tgk gambar awak pakai skirt, gambar yg ke 2 tu, nampak feminin, n comel :) ikhlas ni tau..

Byzura Mj (By) said...

angah liza : thank you laling..

ayu? ayu tangkap muat je tu..hihihi



CT NORAMIZA: hiks!! *malu i. Thanks akak ;)