Showing posts with label makeOver. Show all posts
Showing posts with label makeOver. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Makeup mata...

Bukan, fashion je aku lemah. Tapi bab makeup pun. Hihihi. Setelah, diutuskan oleh designer-designer ahkak, ahkak dah pilih baju untuk dinner malam ni. Huhuhu kalau jadi pergilah.

Tadi, curi masa kekosongan, banyak pula masa kosong hari ni :D kerja. Tengok makeup-makeup. Kawan aku suruh makeup, biarlah zassssssssssssss! Tak tahu, aku ni bukan pandai sangat!

Kalau aku makeup, lepas tu sure aku nipiskan balik. Tak pun aku cuci balik :D. Macam hantu pontianak sesat je.

Ok. Pilihan pertama adalah makeup sebegini~

*pict google-ed

Cantik tak?

Pilihan kedua~

*pict google-ed

Tapi terasa 'gomen' pula. Baju nak pink makeup pon pink. Heh.

Pilihan ketiga~
*pict google-ed

?

Pilhan keempat~






*pict google-ed

Gilo ko by!!!!!

.:. By .:.

Thursday, December 24, 2009

Perah santan sekarang!

Tadi aku tinggal sorang-sorang. Apa lagi test makeover diri sendiri. Aku bukan reti sangat nak make up ni. Ada tak yang nak offer aku belajar make up free? Heh ingat ko artis ke Bai? :P.

Try nak makeup ala ala lengkap. Satu muka. Dengan blusher bagai. Tapi pipi aku dah tenbam, macam badut pulak kalau aku sapu blusher. *see aku suka macam tu.

Nak mencuba pakai lipstik merah tapi macam bapuk pulak tengok bibir aku besar lebar tu xD.

Sama je muka aku, make up ke tak. Maybe kena pakai tebal baru nampak lain heh?

Thursday, December 10, 2009

Skirt... Oh ladies!

Transformasikah aku? Tidak. Kecik pun aku ada pakai skirt. Tapi aku lagi senang pakai seluar. Senang nak lari sana sini. Nak merangkak pun senang ;P.

Malas pakai skirt ni. Tau je la...kalau terangkat nampak segala bulu-bulu kaki, peha 'drumstick', kulit putih gebu.. *perasan.

Sebenarnya aku pernah pakai skirt, masa sekolah rendah. Tapi masuk je darjah 6 aku dah ada perasaan malu. Tak tahu kenapa. Ia hadir tanpa dipinta. Cewah! Tu nampak dalam gambar, aku adalah yang ber'circle' merah tu. Masa ni darjah 4. Jadi pengawas sekolah =D.

Masuk alam dewasa sampai la alam pekerjaan..Aku langsung tak pernah pakai skirt. Then dapat tawaran kerja gomen (dulu).. Aku kena pakai skirt bersama baju keparatkorporat. Terkangkang-kangkang aku jalan. Macam bapok. Tapi aku rasa bapok lagi lawa jalan dari aku =D. Pastu pulak pakai heels. Lagi lah tekecah-kecah aku jalan..

Gambar di atas, adalah pertama kali aku pakai skirt ditempat kerja sekarang. Hari Jumaat adalah hari yang boleh berpakaian bebas. Suka hati nak pakai macam mana asalkan 'sopan'. Tu pun budak-budak laki pelik tengok aku pakai skirt. Diaorang cakap gila ladies!! =D

Owh, gambar yang ini adalah menunjukkan pertama kali aku berkenan, jatuh cinta pada skirt. Tapi skirt ni cuma pakai sekali je..

Kenapa eik ada perasaan malu sebegitu. Dan nampak pelik ke kalau aku pakai? Atau sebab aku nampak otai? =D


* Ayat macam formal lak. Aku ngah penin dan pinau mata buat kerja :(

Wednesday, May 13, 2009

Cik by wat plastic surgery facial

Setelah tengok Along (housemate aku) licin je muka dan nampak segar sebab dia facial gune Mary Kay, aku pun hendak mencuba product tersebut. Semlm Along telah buat appointment untuk org tu Mary Kay beauty consultant, datang ke rumah. Korang pernah dengar Mary Kay??

Aku pun tak pernah dengar sebelum ni.Tp dah lama product ni bertampak kat Malaysia. Dah ade iklan pon kat tv untuk product baru (scrup untuk tangan..kalo tak silap aku). Product ni bahan2 die diperbuat dr buah-buahan. Smlm kitaorg mencuba scrup tu..Memang ade beza, jadi lembut dan bersinar skit. So, kalu bertunang ke nak kawin ke tak segan la nak menyusun jari jemari ke mak mertua

Die Mary Kay beauty consultant bagi cube dr face cleanser sampai la makeup..so ini lah hasil nya!!!!

Marlina tengah duk explain product Mary Kay


Cik By n Ayu Makeover

Ayu Makeover

So, sesiapa nak makeover try product ni boleh bgtau aku..Nanti aku arrangekan appointment untuk korang. ok?

p/s : kepada sesiapa yg gatal nak kawin sila buat makeover cepat!


Cik By