Monday, January 4, 2010

Terima Kasih mengepau aku!

Jutaan terima kasih kerana (skema lak pulak) mengepau aku. Eh aku ikhlas sebab semenjak gaji baru rezeki murah, memang niat untuk belanja my sis and family. My sis cakap bila nak belanja, dia dah tunggang tonggek berdoa supaya aku murah rezeki :D. Bukan tak nak belanja, tapi sebab-sebab tertentu aku tunaikan sikit-sikit.

Disebabkan Suci menjerit-jerit nak tengok 'tikus' katanya (dah puas ajar panggil chipmunks dan tupai bukannya tikus), maka aku belanja semua pergi tengok Alvin dan the Chipmunks 2.

Nina pula berkeras nak tengok Bandslam. Tak habis-habis dengan Vannesa Hudgens. nasib baik bukan anak aku, kalau tak memang kena :D. Nak tengok asing-asing. Tapi aku cakap lain kali sudah. Sekarang tengok cerita ni dengan family. (Pandai tak aku? Itu semua ayat janji kosong ..hehehe. Tak apa Nina sudah faham perangai Ciksunya).

Kelakar gila A&C 2, aku gelak sampai berair biji mata, lap lap bagai . Mushkil orang tengok, cerita kelakar aku pergi nangis :D. Alvin tu kenapa nakal sangat hah?

Tiba-tiba teringat sugar glider aku.. *sigh

Lepas itu pergi tawaf Sunway. Tetiba aku ingin jadikan Sunway tu 'syuga membeli belah' boleh? :P. Jatuh hati aku tengok shop-shop kat situ. Makin ber'style'. Banyak baju lawa-lawa woo!! Sampai keluar air liur aku.

OK. Nanti pergi lagi. Tak lengkap kalau tak bergambar. Gambar dirakam semasa BIL aku pergi bayar parking. Snap cepat-cepat. Nanti dia cakap, aku poyo pulak :D.

Ini dia Nina sebagai peneman sejati, sahabat sejati dan pelayan sejati aku.


Dulu masa muda remaja tak ada gambar kat dinding-dinding ni. Sekarang nak juga merasa seperti 'orang muda' yang suka bergambar di dinding shopping mall :P.

Terima kasih juga kepada jerawat kerana terbit di ufuk dagu aku. Kelihatan sungguh manis pergi ke pejabat dengan seketul jerawat batu :D.



2 comments:

sheLLy said...

pe kata ko wt simbol kt jerawat batu tu..lukis2 corak ker...heheh!!..suree sweet gilerz ..heheh!!

Bai said...

sheLLy: benci!!! :D