Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Khurafat dan Yogi bear!

Eh eh.. bukan marathon movie. Yang sebenarnya nak tengok Khurafat kan? Pergh full beb. Harapan hancur terus. Takpe esok masih ada. hehehe.


Then pergi tengok Yogi bear.. Dah macam hari family pula :)). Mana tak nya. Kakak, anak sedara aku semua aku hangkut. Hahaha.


Hey sangat comel ok yogi dan bobo ni!! Lawak habis.

Movie yang ringan dan kelakar. Suci gelak sambil pukul-pukul umi dia :D.


Thanks Wak. Enjoy your trip! Hihihi.

.:. By .:.

Monday, December 13, 2010

Ngangkung..

Huhuhu.. dah tengok cerita ni. Main rembat je beli tiket. Sebab, malas nak fikir cerita apa, pasal apa. Fikir.. cerita ringan, dan aku tak perlu nak fikir.


So tengok cerita ngangkung. So far ok lah cerita ni. Aku kasi 2.5 bintang je boleh? Sebab tak berapa berkenan dengan ending dia. Patut Sam kenalah sakat dek hantu lebih sikit, macam kawan dia yang lain. Tak aci, kena sikit je. Huhuhu.


Dalam banyak-banyak part, boleh pulak isteri si Tasnim(kot namanya?) sakat husband dia... dengan pakai bedak sejuk. Huhuhu. Kalau aku pun boleh lari lintang pukang. Hahaha.


Erm tak tahu apa dah nak reveiw. Tapi, logiklah filem ni.. sebab zaman sekarang pun ada orang ngangkung-ngangkung ni. Tak nafikan.



picture google-ed.


.:. By .:.

Thursday, August 5, 2010

Kenapa pengabisan SALT macam itu?

Semalam, tengok cerita SALT kat Mid Val. Boleh pulak terserempak dengan kawan sebulu Iz (Izzie). Rancak berborak Iz? Hehehehe. Hampir tak kenal Mr.K :P.



Sampai pun dah lewat. Pastu tunggu Mr.boyfie siapkan kerja. Dekat 30 minit tunggu. Baikkan i? Tu pengorbanan tu, kalau u tak hargai siaplah u.hoh.



Masuk-masuk dah sampai adegan ahkak Angelina naik motor. Terus tenganga. Kali ni ahkak Angelina berlakon dengan bagus sekali. Berjaya.



Kagum dengan watak yang diberi. Nak-nak time action yang ada tumbuk menumbuk. Kuat gila tenaga. Minum tongkat ali ke apa? Heh.

Aku suka masa adegan masa ni. Ahkak Angelina sangat cool hokeh. Dia warnakan rambut untuk kaburkan orang. Best-best.



Tapi, kenapa SALT pengabisan dia macam tu? Sangat tak puas hati. Ada SALT 2 ke?



Then lepas menonton movie, jalan-jalan kejap. Berjaya merembat syampoo dari LOREAL. Saja nak tukar angin. Selama ni guna Rejoice je. Dari kecik sampai besar guna Rejoice. Balik rumah terus mandi dan syampookan rambut.


Oh ternyata kamu sangat memuaskan hatiku ;). Lembut sehalus sutera + ombak-ombak rambut ku dan dan wangi!!! Ingin kekalkan selamanya.



*pict google-ed


Sekian hari ngedate saya ;) ;

.:. By .:.

Thursday, February 18, 2010

Valentine's Day

Saya tidak menyambutnya..sekali pun tidak pernah seingat saya. Apatah lagi mendapat bunga atau candy love dari seseorang jejaka. Tidak juga pergi makan bersama-sama meraikanya..sedih bukan? Heh bagi saya itu sudah biasa.

Alangkah romantika de amour jika seorang jejaka melamar saya dan bagi saya bunga ..Oh! Sudah! Melampau berangan aku ni..hahahaha!

Neway, aku dah tengok cerita Valentine's Day!

Pelakon sangat mantop ok! Tapi Taylor Swift agak kaku dan gedik dalam filem ni. Oh aku memang suka kalau perempuan badannya seperti Taylor Swift. Aku rasa ramai je lelaki suka dia bukan?

Jalan cerita dia biasa-biasa je. Disebabkan pelakon-pelakon hebat, so tak jemu la untuk menonton :P. Aku rasa kalau pelakon ala kadar, mesti filem ni failed! :P

Soundtrack filem ni best! Ada yang hendak tolong aku mendownloadnya? :D

Thursday, February 4, 2010

Adnan Semp-it

Akhirnya aku tengok gak cerita bodoh ni :D. Dulu aku pernah cakap, aku taknak tengok cerita ini..macam bodoh je. AKU NAK TARIK BALIK..hahaha! boleh? :P

Sebenarnya cerita ini tak sebodoh yang aku sangka. Sangat kelakar weh!! Sakit kepala aku asyik duk gelak je.

Memang dari awal sampai akhir gelak je memanjang. Jalan cerita pun ringan. So, tak payah aku penin kepala nak fikir apa jadi, apa jadi :D.

Siapa-siapa belum tengok, baik pergi tengok. Sokong cerita melayu :D.

Gila lawak dan selambe je si Shaheizy Sam tu. Sangat menjadi lakonan dia. Poyo nak mampos muka. hahaha!

Si Along tu pun best. Sangat kiut bila dia pakai baju tidur. Hahaha!

"Di situ ada jalan di situ ada highway"

Reunion si Shaheizy Sam bantai cakap reninuen..

"Pakcik and all the pakcik-pakcik" :D

"Ugly mat rempit"

"I don want banana fruit at 2 times" >> Pisang berbuah dua kali..hahahahaha!


Korang dengar la sebutan-sebutan di atas dalam cerita Adnan Semp-it. Memang sangat cilaka!! :D

Friday, January 22, 2010

Paranormal activity.


Disebabkan nak sangat tengok Pananormal Activity, duduk depan sekali pun oklah :D. Gila mendongak aku!

Dah la duduk tempat, tengok pula cerita macam ni. Sampai akhirlah aku tutup mata :P.Hahaha! Kalau duduk belakang aku rasa ok sikit. Ini dah macam dekat depan muka aku je.

Nak kata seram, tak adalah seram sangat. Tapi, bila waktu malam tu. Dia rakam guna video cam nak tengok apa terjadi. Tengah-tengah tidur, ada tapak kaki lah, selimut beterbanganlah, kena tarik kaki lah. Aku pun cuak! :S

Tapi ending dia macam tanda tanya pula, kenapa dia bunuh pakwe dia. Haish! Ada sambungan kot?

Sekian laporan movie dari Bai.

Monday, January 4, 2010

Terima Kasih mengepau aku!

Jutaan terima kasih kerana (skema lak pulak) mengepau aku. Eh aku ikhlas sebab semenjak gaji baru rezeki murah, memang niat untuk belanja my sis and family. My sis cakap bila nak belanja, dia dah tunggang tonggek berdoa supaya aku murah rezeki :D. Bukan tak nak belanja, tapi sebab-sebab tertentu aku tunaikan sikit-sikit.

Disebabkan Suci menjerit-jerit nak tengok 'tikus' katanya (dah puas ajar panggil chipmunks dan tupai bukannya tikus), maka aku belanja semua pergi tengok Alvin dan the Chipmunks 2.

Nina pula berkeras nak tengok Bandslam. Tak habis-habis dengan Vannesa Hudgens. nasib baik bukan anak aku, kalau tak memang kena :D. Nak tengok asing-asing. Tapi aku cakap lain kali sudah. Sekarang tengok cerita ni dengan family. (Pandai tak aku? Itu semua ayat janji kosong ..hehehe. Tak apa Nina sudah faham perangai Ciksunya).

Kelakar gila A&C 2, aku gelak sampai berair biji mata, lap lap bagai . Mushkil orang tengok, cerita kelakar aku pergi nangis :D. Alvin tu kenapa nakal sangat hah?

Tiba-tiba teringat sugar glider aku.. *sigh

Lepas itu pergi tawaf Sunway. Tetiba aku ingin jadikan Sunway tu 'syuga membeli belah' boleh? :P. Jatuh hati aku tengok shop-shop kat situ. Makin ber'style'. Banyak baju lawa-lawa woo!! Sampai keluar air liur aku.

OK. Nanti pergi lagi. Tak lengkap kalau tak bergambar. Gambar dirakam semasa BIL aku pergi bayar parking. Snap cepat-cepat. Nanti dia cakap, aku poyo pulak :D.

Ini dia Nina sebagai peneman sejati, sahabat sejati dan pelayan sejati aku.


Dulu masa muda remaja tak ada gambar kat dinding-dinding ni. Sekarang nak juga merasa seperti 'orang muda' yang suka bergambar di dinding shopping mall :P.

Terima kasih juga kepada jerawat kerana terbit di ufuk dagu aku. Kelihatan sungguh manis pergi ke pejabat dengan seketul jerawat batu :D.



Thursday, December 10, 2009

Couples Retreat!

Semalam, tengok wayang cerita ni. Permulaan yang membosankan tapi 10-15 minit kemudian, filem ini telah membuat aku ketawa bagai orang gila meroyan dan ketawa! Filem ini mengisahkan tentang bagaimana pasangan nak baiki balik hubungan yang renggang. So, diaorang kena melalui fasa-fasa yang telah disediakan dalam program.

Ada juga adegan lucah yang tak lucah sangat =D. Dan tentang bagaimana nak memahami pasangan, about layanan.. seks romen erm..Aku rasa this is true. Kalau kita tak create 'relationship' macam mana nak kekalkan hubungan itu bertahan lama kan?


Nak tengok laki hot berbulu dada sila la tengok cerita ni ;).

Berjaya atau tak, korang kena lah tengok ;P.




pict : google-ed



Satu yang menarik dalam filem ni, adalah locationnya. Adakah ini Bora bora Island? Yerp Bora bora Island, French Polynesia. Lawa seh tempat ni. Tiba-tiba nak jadikan location ni sebagai 'dream holiday' boleh?



Memang lawa gila. Air biru bagaikan awan (ape kes aku jiwang? =D). Teringin gila nak pergi dan melihat keadaan kat sana! Adakah ia sama dengan Redang (day 1, day 2, day 3).. Mari kita tengok, sama tak?



Kat Malaysia pun tak habis lagi 'round' Pulau. Dah berangan nak pergi Bora bora =D.

Sunday, December 6, 2009

Orang cakap biarlah kentotpun secara kebetulan..

Banyak benda berlaku hari ini...semua secara kebetulan.. =D. *tiba-tiba rasa happy.


1. Jalan-jalan

2. Jumpa artis

3. Menonton ?

4. Beli sandal

5. Dapat anak

Baru je balik nihah! Rasa macam nak tercabut kaki. Bila balik mulalah sakit itu ini. Kalau jalan, tak hingat! =)

Esok-esok aku cerita, ni mata aku dah nak terkatup! Nak letak batang mancis mcm Mr.Bean pun dah tak boleh.

Lagipun gambar belum upload dari camera photographer tak berbayar aku =D




Saturday, November 28, 2009

New Moon..buat tertido

Mesti orang ramai tak nak click title ni =D. Takut gara-gara tak ada feel bila tengok New Moon. Hihihi... jahatkan? * kepala setan.

Tak plan nak tengok New Moon pon, sebab bawa mak ayah (macam tak sesuai lak nak tengok new moon =P). Mula-mula nak tengok cerita 2012. Tapi full. Midnite je ada. Tapi dah malam sangat. Tak elok kalau mak ayah aku kena embun malam =P.

Tengok cerita Jalang? Ayah taknak. Senario The Movie? Taknak juga katanya. Lawak ntah apa apa.. huhuhu kalau suka pun watak Mek je dalam cite senario tu =P.

Last-last, tengok New Moon! Suci dengan abahnya tengok Astro Boy! Ok nak aku start dari siapa? Edward???? hihihihi.. Mestilah tidak kan??
pict-google-ed

Jejaka-jejaka ini telah buat aku terkejut-terkejut. Lakonan yang gagah perkasa ini buat aku tertanya, orang apakah ini?

Oh Jacob? Gagah perkasa! Dan penyelamat! Aku suka jenis laki macam ini, sanggup bertindak sebagai pelindung wanita =D.

Aku suka ko kali ini! Muka ko takde lah sepucat yang dulu! Rambut ko juga cantik!


Oh dia membuatkan panggung sesak! Ternyata ko telah memukau orang dalam panggung wayang, apabila ko bersahaja membuka baju menampakkan bulu di dada dan ?? =D sila la tengok sendiri! Tapi aku tak suka lelaki berbulu di dada. Harap maklum.
Bedak tepuk ke ko pakai? Terlalu putih =P.

Ayah dan emak tidur. Yelah 'orang tua' mana suka cite macam ni kan? Ayah tersedar bila dengar serigala je. Kakak pula bising, dan pertikaikan macam mana aku leh beli tiket cite ni. Tak suka! Kacau saja, feeling aku dengan Nina nak tengok cerita tu!

Ramai dalam panggung tu, tak tengok episod yang dulu! Peringatan, kalau nak tengok cite ni tengok la episod yang dulu k! Takde lah tertanya-tanya dalam panggung nanti. Gangguan tau....

Thursday, November 12, 2009

Macam mana aku nak start pon aku tak tahu..

Mula nak buat entry aku jumpa doktor tanya pasal kulit tu.. Tapi aku tatau nak start macam mana.. sebab aku nak rehatkan otak sekarang. Teramatlah nak muntah training tadi (tak paham dia cakap..dropdown jadi dokdon)..huhuhu failed lak tu! Tak menjadi aku buat! Hampeh.

Kita cerita pasal movie la. Semalam jangan tak tahu, aku pergi tengok cite Pisau Cukur (support filem melayu beb =P). Best gak la. Filem ni tak berat. So, leh la untuk rehat-rehatkan kepala otak.

Fazura gediknya sedikit aku rasa. Kalau dia lagi gedik, pasti cerita itu akan lagi best! Tapi lakonan dia amat menjadi. Tak boleh bla masa dia cakap Oh My Gucci! Oh My bla bla.. semua barang branded keluar dari mulut dia..

Maya Karin? Lakonan dia masih lemah lembut. Tapi aku suka waktu dia joget cha cha! Ya, aku adalah peminat Maya Karin =). Sebab tu pergi tengok gak movie ni.

Aron Aziz? Erm agak kaku la...y? Best lagi mamat bergigi besi =D.

Kesimpulan cerita, tidak semestinya banyak duit, kaya raya itu boleh membahagiakan hidup =).

Thursday, August 6, 2009

Hencemnye die.. :D

'First' yang akan keluar dari mulut aku " Hensemnya die, boleh cium skit comey giler!". Semalam pergi menonton wayang. Biaselah hari Rabu adalah hari menonton wayang seisi keluarga . Korang hafal k? Hari Rabu hari ape??

Hari By menonton wayang! :D

Kalau aku tak 'update' pasal review movie tu maknanya aku tak pergi menonton wayang kerana duit kering movie tak 'best'.

OK berbalik pada movie, THE PROPOSAL. Movie ini telah menambat hati aku. Korang mesti dah tengok iklan dia kan? Kawin kerana alasan tertentu (kerana apa, tak yah la aku cite eik, kang, tak laku lak cite ni :D).

Lakonan Sandra Bullok dan Ryan Renolds. Sandra sudah nampak tua ya? Tapi aku rase sesuai dengan watak yang dia lakonkan. Sebagai wanita yang bekerjaya dan asyik tumpu kepada kerja,kerja,kerja. Tegas-tegas pun ada lucu nya. Paling aku gelak gila masa dia menari bersama nenek Andrew (lakonan Ryan Renolds).

'Sweet' sangat lakonan Ryan Renolds! Sangat teruja masa dia 'purpose'kat aku kat Sandra Bullock.

So, tengok! tengok dan tengok! Sangat kiut la wehhhh, tak boleh tahan lo! :D



Cik By

Friday, July 31, 2009

Azura versi By *_*

Mood aku bila petang2 macam ni biaselah adalah jiwang! Nak-nak bila tengok poster konsert Jamal kat Istana Budaya dengar lagu Jamal Abdillah. Teringat lak aku kat cite Azura yang dilakonkan oleh Jamal dan Fauziah Ahmad Daud Ni aku nak imbas kembali :P

Imbas kembali....

"Filem dimulakan dengan babak cabaran perlumbaan haram motorsikal di antara dua kumpulan muda-mudi. Di dalam perlumbaan yang terganggu oleh serbuan polis itu Zack telah terbabas di pusingan terakhir lalu tercedera dan pengsan.Zack dijumpai oleh sekumpulan pelajar sekolah yang sedang berjoging. Walaupun dinasihati rakan untuk menjauhi Zack, namun cik Azura tidak sampai hati lalu menolongnya.

Setelah sembuh, Zack pergi ke sekolah tempat Azura belajar secara selamba dan dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda terima kasih. Zack juga sempat memberi nasihat yang membina untuk semua rakan sekelas cik Azura. Zack yang sudah jatuh hati kepada Azura, mula menunggu di luar perkarangan sekolah setiap hari untuk mencuri hati Azura namun tidak diendahkan Azura pada mulanya. Modal mengayat Azura adalah mengajak menonton wayang cerita perang..tetapi cerita perang tak nak ditonton sebab ia ganas." di petik dari sini

So kiut kan Kak Ogy mase ni? I like! Banyak kali dah tengok cite ni tapi still nangis! (touching gile ok!)
dan aku gak suke lagu ni sangat2..(suka dengar suara kejantanan Jamal)

Lirik Aku - Jamal Abdillah

Aku
terluka sendiri
mengenang nasib
nasib ditimpa cinta


Engkau tiada menduga
aku merana kerna mencintaimu


Kau mencintainya
aku kecewa
dia yang kau puja
tentu bahagia

Tapi aku
sendiri memendam rasa
apa yang kurang pada diriku

Kehampaan ini
biarkan kutanggung sendiri
asal kau bahagia
hidup dengannya

Aku engkau dan dirinya
telah terjerat
dalam gelombang cinta

Hensem bukan? Ops! Aku adalah peminat tegar Jamal :D. Sini aku nak 'share' skit. Dulu aku pernah konsert Jamal (tahun lepas mase kat Istana Budaya), ramai org suke Jamal ni (termasuklah org tua dan muda). Walaupun Jamal lambat 1 jam setengah lamenye tapi peminat still tunggu kemunculan Jamal di situ. Bab ni memang aku 'respect' kat peminat Jamal. Walaupun Jamal adalah penghisap 'tut' tapi peminat still terima die seadanya (termasuklah aku :D).

Sekian saje mud jiwang saye(icon shy kat ym).


p/s : nak g lagi konsert Jamal :P. Kat Istana Budaya gak.. title tu takde kena-mengena ngan versi aku..muahahahaha *larik!!!

Thursday, July 16, 2009

Public Enemies


Semalam aku g tengok cite Public Enemies. Biasalah seminggu sekali mesti nonton wayang :P Takot gak nak tengok sebab takot cite ni ngantok. Tapi rupanye best . Cite pasal rompakan bank (masa dulu kala). Johnny Depp, memang mantap lakonan die. Aku suke sebab die leh bawak mcm-mcm watak. Jahat boleh, pelawak boleh, baik boleh dan muka kesian pun boleh :D. Manakala, Si Cristian Bale (John Connor dalam terminator) lak smart tp apsal suara die tak sedap :P. Patutla dalam terminator tu die tak banyak cakap(aku rase memang tak ckppun lah)..kuikuikuikui.

Cara dieorg menembak dalam cite tu memang mantap. Mcm real pun ade.. Sebab ade yang tembak kat kepala sampai tembusla kepala tu.. Pastu tembus perut..huhu peluru ape die pakai ntah. Ada satu part aku suka, Johnny Depp dah di tangkap tapi boleh terlepas, sorang pun tak perasan die leh terlepas. Pastu mase Johnny Depp masuk kat balai polis. Boleh plak Johnny tu jalan-jalan dan polis lak tak perasan die. Johnny Depp hanya tersenyum bile tengok gambar die dan ada bilik khas untuk tangkap die kat balai tu..

Tapi last tu sedih lak sebab perompak (Johnny Depp) tu mati..huhuhu..Aku pun tatau perompak tu baik ke tak sebab perompak tu hanya merompak bank bukan rompak barang org lain. Sila2 tengok :D

**** star!

p/s : mane ade perompak baik ye dak? tp Botak chin tu baik..rompak tolong org miskin..ape kes?


Cik By

Thursday, July 2, 2009

Lawak nak mampos!



Lawak nak mampos cite Ice Age 3 ni... Aku rase lagi best dari Ice Age 2.. Hahahaha nak cite lebih-lebih tak leh la plak. Nanti ade yang pelangkong pale aku yang sedia mulat ini..hehehe!

Kali ni Sid memang buat dajal...sebab die la degil yang amat...taknak lepaskan baby dinasour tu..ops2! dah dah! Adakah dinasour jr. tu, Sid dapat jage? tengok sendiri la eah? Yang pasti cite ni memang tak kering gusi!

Sid


Tersangat la bengong lawak dia sampai aku hentak2 lantai dan tepuk2 tangan si jejaka kat sebelah aku tu..hahahaha!

Lawak Sid yang memang bengong di tambah lagi ngan Buck si lanun gila tu lagi la.. ketawa sampai sakit usus..

Buck


Ada satu part dalam gua tu korang mesti gelak sakan punya..aku tak berhenti-henti gelak!


Dua ekor ni pon bengong gak! Korang tengok la!!

Aku bagi ****1/2 ! nak bg lebih kang terlebih sudeyyy plak..hehehehe..




Wednesday, June 24, 2009

Transformers, panggung wayang sesak??




Untuk pengetahuan semua, saya dah tengok...best ke tak? Best!!! Mcm mane cite?

Sebagai menghormati kawan-kawan dan permintaan kawan-kawan yang belum tengok, saya tidak akan menceritakan di sini..(baik nya sya :P)

cume nak bg bintang je! 4 star!!



saya rase die Megan Fox tiru lakonan Angelina Jolie...bibirnya yang menjueeeehhh itu mcm bibir Angelina Jolie...



Cik By

Friday, June 12, 2009

lagi2 Hannah!

Die menang lagu the climb. Wah muda dah dpt award...


Aku suka lagu ni, dia nyanyi ngan ayah dia.... best! lalalala sila bayangkan haku main gitar tu :P Ntah nape aku jatuh cinta gila ngan lagu2 dia..hehehe.


Butterfly Fly Away lyrics

Songwriters: Ballard, Glen; Silvestri, Alan;

You tucked me in, turned out the light
Kept me safe and sound at night
Little girls depend on things like that

Brushed my teeth and combed my hair
Had to drive me everywhere
You were always there when I looked back

You had to do it all alone
Make a living, make a home
Must have been as hard as it could be

And when I couldn't sleep at night
Scared things wouldn't turn out right
You would hold my hand and sing to me

Caterpillar in the tree
How you wonder who you'll be
Can't go far but you can always dream

Wish you may and wish you might
Don't you worry, hold on tight
I promise you there will come a day
Butterfly fly away

Butterfly fly away, butterfly fly away
Flap your wings now you can't stay
Take those dreams and make them all come true

Butterfly fly away, butterfly fly away
We've been waiting for this day
All along and knowing just what to do
Butterfly, butterfly, butterfly, butterfly fly away

Butterfly fly away
Butterfly fly away

Thursday, June 11, 2009

Mesti tonton! Hannah Montana The Movie!

Mesti tonton! Hannah Montana The Movie! Aku dah tengok! Lawak weh...aku sukak. Aku nak badan macam dia la..slim gitu. Perut pon kompas kempis je .best2...sila la tengok ya! Aku suka part menari tu.. Mcm nak bangun je ikot step dia. Tp kene cover ayu gitu! cet..hahahaha! ok la aku nak g buat keje sambil dengar OST Hannah Montana The Movie ni.Lagu dia best so haruslah men'download'nya! alalala~~~ ha! nak?? nak ..nak nak??

Cik By

Friday, June 5, 2009

Agak tercari-cari...


Agak tercari-cari bilakah perkataan ni muncul..

"The key of happiness is doing something you love with someone that you love."

Di akhir garisan penghujung cerita rupanya. Bagus gak mem 'blogging' ni.. Buat kita tertanya-tanya, teruja, semua lah..boleh gosip2 ya?? Aku tahu word ni pun dari blog kawan aku.. hehehe..

Best gak cerita ni, tetapi aku tak tengok yang 1 kot. So aku tak beberapa nak paham kesinambungan cerita. Agak blur tetapi buat-buat gelak je la! Nak hilangkan tensen boleh la..hehehe..

Aku suka gak laki ni berlakon buat lawak tapi muka tak leh blah! Muka tak ada perasaan..nak komen ape pon aku tatau hehehe..Paling aku suka part angel menyanyi-nyanyi tu..dah la peyut muncit! comey..agagagaga~~~

Cik By

Monday, June 1, 2009

Bila dua menjadi satu?

Saje je bagi gimik kat title kan? hahaha... ni cerita aku mase last weekend.. Aku jadikan cerita dua hari aku, ke satu jalan cite je la..disebabkan aku malas nak menaip dan merapu di blog ni..naik muntah hijau lak org nak bace...Ade ke org bace? hand's up!!

Sabtu tu aku g tengok ayang(wayang kate suci..mengotakan janji aku kpd budak mulut becok Suci) Tengok Alien vs Monster. Best gak..Lawak..Kalo dah nina, anak sedara aku tu gelak bagaikan tak sedar diri so cite tu telah berjaya membuktikan cite tu cite lawak..(ape aku ngarut ni..hehehe) Yang si Suci lak terdiam..Agaknya gerun tengok Susan besar sgt.hehehe.Ehem** asik gelak je..Dapat invitation, so g jela.. :P so thanks HP!

Lepas tu kami g jejalan..makan2..lepaking..n window shopping. Duit aku abis nyah! Ternyata Nike telah menggoda aku..hahaha! Dengan ringan tulang tangan, aku mengambil kasut yg aku idamkan untuk menggantikan kasut ku yang sudah lunyai, yang merundumkan semangat aku bila aku beraksi. Ces! dulu kasut tu la ko bwk ke sana ke mari. Ape lagi kebas jangan tak kebas. Kebetulan dpt wang pemberian seseorang wang runtuh, ape lagi?? So, zapppp!! Ini die aku dapat! 5 tahun la aku pakai kasut ni...


kasut ni baru bape hari beli. Aku ingat nak promosi di blog. Belom sempat BIL dah belikan utk akak aku :P Sorry kawan2 ! Tak sempat nak pelawa kat uols~~

Yes! Aku sudah dapat ape yg aku idamkan! PINK mesti tak akan lari dr hidup aku :P


Ok habis sudah cerita hari Sabtu aku :p.. Next! Hari Ahad aku telah digoda oleh akak aku untuk pergi menghabiskan duit yang sedia sudah habis, masaklah aku makan biskut raya je shopping.. Dapat la aku sehelai seluar kerja. Padini buat sales kat Pyramid.. Memang murah..Ade RM 9, ade RM 13..Tapi ramai sgt org sampai aku pun fenin untuk memilih!

Pastu try makan kat Mr.Teppanyaki. Best gak la makanan kat situ tp agak kemelayuan dan agak lambat! Si Suci dah buat hal kat situ. Sampai kami tak larat nak layan..



Si Suci dah start buat hal! Tengok aksi die.. Ni gara2 tengok AF la ni.. Duk berangan jadi artis .. Duk nyanyi, " panash, panash,panash ingin..pushing pushing pushing pale ini~~"



Anak dara yang suke melaram :P


Ok sekian saje cite aku ~~ next! next!..