Friday, February 5, 2010

Bermain dengan perasaan mahu atau tidak..

Kalau ikut kata emak, belilah. Simpan. Kalau jadi kawin senang. Emak dah beli cadar dan beli apa ntah. Tak ingat pulak aku.

Dulu masa pergi Jakarta, emak siap pesan beli baju pengantin. Simpanan katanya. Kalau digigit lipas macam mana. Beli beratusan(jika di sini beribu terkena dek buatan designer sini) tapi akhirnya warna pudar dan digigit lipas. Tidakkah rugi?

Tapi kawan aku ramai je buat. Bulan ini beli ini..Bulan itu beli itu. Ada yang setahun dua tahun mereka simpan. Aku? Tak ada. G string adalah :D. Itupun sudah tibai dek Nina. Heh!

Kalau aku tak kawin sampai ke tua siapa mahu menjawab? Mana tahu aku jumpa jodoh aku di Syorga!! Ke syorga ke aku?

:D. Persoalan??!!

Ini bukan cerita orang pasrah. Ini cerita pasal perasaan, pasal kemahuan. Perlukah?

Tapi kalau perlu apakah barang yang perlu disimpan untuk lelaki yang bernama suami? :D

6 comments:

mrs shaifull said...

dik, satgi kalau akak jawab soklan yg last tu, bai cakap akak gatai plak heheheh...ada benda yg boleh disimpan dik oi..

Byzura Mj (By) said...

CT NORAMIZA : heheh..ok..sila jawab :)

Mag said...

hehe..kalo aku dah ready baru beli..so, dah ready ke?

Byzura Mj (By) said...

fabulous.farah : belum :D

Ena said...

BG akak la kan.. semua terpulang pd hati awk camner.. klu tergerak ati nak mula membeli dari sekrg teruskan lah.. buat persiapan tu x salah.. tp tang baju pengantin tu.. kain & design sentiasa berubah mengikut peredaran mase klu dah dkt ngan masenyer blh la beli..
Yg last tu.. barang yg paling berharga utk disimpan utk suami? hik3x.. Tentula Mahkota milikMu..

Byzura Mj (By) said...

Ena : tak tergerak..tp kalo tiba2 maunya menggagau...hahaha..mahkota? huhuhu yang tu sy masih tidak bsedia :)