Monday, February 8, 2010

Pantai Remis, Kapar...

Aktiviti minggu lepas.. Aku tidak ke Ikea, tidak ke Sunway Pyramid. No more go to shopping mall!!! :D.. Bagus tak?

Aku ke Pantai Remis, Kapar. Bukan Pantai Remis kat Perak tu. Tapi, kat Kapar..dekat je dengan rumah kakak aku.

Kiteorang pantai kali ini, sambil menikmati ikan bakar, kerang bakar, angin-angin sepoi bahasa dan juga mencuci mata.. Tapi ramai yang datang bersama family. Apa kejadah nak cuci mata. Kang tersalah cuci, terkena suami orang :P.

Kat sini boleh layan semua yang bakar-bakar. Cicah air asam. Sangat superb!!! Aku layan kerang, sotong dan ikan pari bakar... Separuh ikan pari RM 2.50- RM3.00. Kerang tu tak silap RM 3.00 sepinggan. Korang boleh pilih apa yang korang nak, mengikut kepuasan nafsu makan sendiri :D.
Layan dengan nasi lemak kampung.. Selain nasi lemak, ada masakan panas.

Lepas makan haruslah beriadah. Berjalan-jalan di tepi pantai mengurangkan lemak. Pantai Remis ni tak boleh mandi...nanti GATAL. Tapi orang India slambe je mandi. Kulit diaorang dah lali kot :P. Ha..pernah makan Super Ring? Sedap lol. Nak nak bila pewarna oren tu melekat kat jari. Jilat pasti sodap!
Layan si Nina ni..nak letak gambar kat myspace katanya. Aku ada gak. Tapi belon tu tak keluar-keluar. Agaknya, bila dah tua..penafasan dah kurang kot nak meniup air buih tu :D.

Tuan punya blog :P. Ramai orang cakap aku dah kurus. Tapi setiap aku tengok gambar, pipi aku tonbammmmmmmm jo..

Ntah apa kakak aku buat. Main layang-layang tapi tak naik-naik pon. Aku suruh dia lari, dia cakap aku gila. Nanti orang nampak perut buncit dia..hihihi...

7 comments:

angah iza said...

lama nye x gi sna....besttt...
terliur lak aku tgk kerang tu..
org pompuan mmg suka mkn kerang kan.
hehehehehhe :P

Bai said...

angah iza : yeke? aku tengok program ape aritu..Fasha Sandha ke sapa tak suka makan kerang :P

Natasha said...

kak tash rajin gak g cini..main layang2 n layang seafood bakar dia

Bai said...

Kak Tash : ye ke? bestkan? sesekali hirup udara pantai :D

fabulous.farah said...

wah..suke super ring!

Espresso Guy said...

Kerang??? Saya suka kerang... kerang mengingatkn saya kepada subject biologi... hahahaha

Bai said...

fabulous.farah : sedapkan? :D.



Espresso Guy : suke? tak tau pun selama ni :P