Showing posts with label pantai remis. Show all posts
Showing posts with label pantai remis. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Romantica de amore.

Since preggy ni memang jarang berjalan. Nak-nak sedang enak melalui time pembawakan budak hahahaha. Orang lain memula preggy je. Aku up to 3 months teruk pulak T_T.


Nak berjalan sangat pun takut sebab kes bleeding tempoh hari. Dekat-dekat boleh lah. So haritu teringin sangat nak pergi pantai dan makan tepi pantai.


So ke Pantai Remis kita! Lebih kurang 30 minit dari rumah. Kali ni pergi ikut jalan kampung. Dekat je rupanya!


Sesudah sampai pekena mentarang bakar, mee hun tomyam udang(yang banyak) , sambi menghirup udara segar dan menikmati keindahan ini ;)








Monday, February 8, 2010

Cepatlah cepat lah...sambil mengetuk 'bird' nya...

Cepat lah..cepatlah...cepatlah keluar..

Cepatlah..(sambil mengetuk-ngetuk 'bird' dia)

Cepat lah..ish..lambat betul keluar..

Cepatlah!!! (kali ini memukul 'bird' nya)..

Tengok punya tengok..Si Suci nak kencing daaaaa~ :D. Tak sabar nak main layang-layang kat tepi Pantai...Bantai ketuk 'bird' suruh air kencing keluar. Hahaha!

Pantai Remis, Kapar...

Aktiviti minggu lepas.. Aku tidak ke Ikea, tidak ke Sunway Pyramid. No more go to shopping mall!!! :D.. Bagus tak?

Aku ke Pantai Remis, Kapar. Bukan Pantai Remis kat Perak tu. Tapi, kat Kapar..dekat je dengan rumah kakak aku.

Kiteorang pantai kali ini, sambil menikmati ikan bakar, kerang bakar, angin-angin sepoi bahasa dan juga mencuci mata.. Tapi ramai yang datang bersama family. Apa kejadah nak cuci mata. Kang tersalah cuci, terkena suami orang :P.

Kat sini boleh layan semua yang bakar-bakar. Cicah air asam. Sangat superb!!! Aku layan kerang, sotong dan ikan pari bakar... Separuh ikan pari RM 2.50- RM3.00. Kerang tu tak silap RM 3.00 sepinggan. Korang boleh pilih apa yang korang nak, mengikut kepuasan nafsu makan sendiri :D.
Layan dengan nasi lemak kampung.. Selain nasi lemak, ada masakan panas.

Lepas makan haruslah beriadah. Berjalan-jalan di tepi pantai mengurangkan lemak. Pantai Remis ni tak boleh mandi...nanti GATAL. Tapi orang India slambe je mandi. Kulit diaorang dah lali kot :P. Ha..pernah makan Super Ring? Sedap lol. Nak nak bila pewarna oren tu melekat kat jari. Jilat pasti sodap!
Layan si Nina ni..nak letak gambar kat myspace katanya. Aku ada gak. Tapi belon tu tak keluar-keluar. Agaknya, bila dah tua..penafasan dah kurang kot nak meniup air buih tu :D.

Tuan punya blog :P. Ramai orang cakap aku dah kurus. Tapi setiap aku tengok gambar, pipi aku tonbammmmmmmm jo..

Ntah apa kakak aku buat. Main layang-layang tapi tak naik-naik pon. Aku suruh dia lari, dia cakap aku gila. Nanti orang nampak perut buncit dia..hihihi...