Monday, April 5, 2010

ABP...

Aku tak sempat nak tengok Faizal Tahir aku beraksi. Dengar dalam kereta je... Itupun sudah mencukupi. Punyalah aku pecut sampai berdiri, tak sempat juga tengok One Nation Emcees beraksi. Aku nak sangat tengok Mimie menari. Terpaku ok tengok dia menari! Tak apa kita tengok youtube saja :D.

Nasib baik, pengacara ABP si Kak Engku dengan Shahirah kan? Kalau tak, sepi juga ABP. *tepuk tangan pada dieorang. Sangat lucu.

Nak komen sikit about ABP.

Aku rasa masa lagu KRU dan feminin tu, baik diaorang ambil penyanyi asal. Aku rasa macam ada cacat sikit lah! Rosak lagu. Pastu pakai macam power rangers.. :P. Go Go power rangers!

Kedua, adoila aku lagi suka Ramli Sarip nyanyi berduet dengan Khatijah Ibrahim lagu Doa Buatmu Kekasih.

Ketiga, gambungan Wings dan Black itu adalah sangat mengancam! Tapi bila tampilkan Jac, aku agak keciwa. Aku rasa Ella lagi layak untuk ditempat Jac. Jac sangat menjerit!

Kritik punya kritik kang, aku lak kena saman. Cuba aku yang nyanyi, sure ribut petir taufan melanda. Silap-silap, rambut aku jadi trojan kena panah petir :D.

p/s : Siti boleh kasi I kereta tak?

2 comments:

fabulous.farah said...

aku tak suka sangat wing..aku rasa mcm serabut jer 3 org nyanyi..hehehe
tapi raja gelek memang cool lah!

Bai said...

f.f : hahaha sangat serabut kot?

ala raja gelek aku tak sempat nak tengok!