Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts
Showing posts with label Faizal Tahir. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Teater Tun Mahathir, siapa gerangan heronya?

Hihihi saja je aku nak gedik buat entry ini. Korang tahu, nanti ada Teater musikal Tun Mahathir?Pastilah aku nak tengok!! Aku suka Tun!!

Gambar ini, pasti akan lebih hangat daripada entry Dr. SMS. Aku sahaja bikin panas. Hahaha! *keji. Aku pernah tunjuk gambar ni kat dalam blog. Tapi mungkin pengikut korang tak perasan sebab, dekat entry lama.




Hihi panas tak? Masa ini umur aku baru ye baru... 22-23 tahun. Slim je. Memang macam tengkorak hidup :D. Pakai baju pun selebehhhhhhh~ Bontot pun tak ada ^_^.


OK. Sekarang ini tengah ada audition dekat Istana Budaya. Siapa yang berangan nak jadi pelakon teater boleh lah serbu ya.

Nak tengok aku calonkan siapa? hihihihi*gedik*


*pict google-ed

1. Akim Af.
Aku calonkan untuk Tun masa kecil :D.


*pict google-ed

2. Faizal Tahir.
Aku calonkan untuk di masa remaja + dah kahwin bagai. Hihihi. Aku pilih Faizal sebab dia mempunyai suara lantang dan dia seorang yang tegas!



dan Tun di masa tua..










*pict google-ed

Pastilah jejaka malaya, Dato Rahim Razali



Amacam cara tak pilihan aku?

Ada ke orang calonkan Farid Kamil?? ^_^



.:. By .:.

Monday, April 5, 2010

ABP...

Aku tak sempat nak tengok Faizal Tahir aku beraksi. Dengar dalam kereta je... Itupun sudah mencukupi. Punyalah aku pecut sampai berdiri, tak sempat juga tengok One Nation Emcees beraksi. Aku nak sangat tengok Mimie menari. Terpaku ok tengok dia menari! Tak apa kita tengok youtube saja :D.

Nasib baik, pengacara ABP si Kak Engku dengan Shahirah kan? Kalau tak, sepi juga ABP. *tepuk tangan pada dieorang. Sangat lucu.

Nak komen sikit about ABP.

Aku rasa masa lagu KRU dan feminin tu, baik diaorang ambil penyanyi asal. Aku rasa macam ada cacat sikit lah! Rosak lagu. Pastu pakai macam power rangers.. :P. Go Go power rangers!

Kedua, adoila aku lagi suka Ramli Sarip nyanyi berduet dengan Khatijah Ibrahim lagu Doa Buatmu Kekasih.

Ketiga, gambungan Wings dan Black itu adalah sangat mengancam! Tapi bila tampilkan Jac, aku agak keciwa. Aku rasa Ella lagi layak untuk ditempat Jac. Jac sangat menjerit!

Kritik punya kritik kang, aku lak kena saman. Cuba aku yang nyanyi, sure ribut petir taufan melanda. Silap-silap, rambut aku jadi trojan kena panah petir :D.

p/s : Siti boleh kasi I kereta tak?

Tuesday, January 12, 2010

Tetiba rasa gatal!!

Nak buat entry pasal Juara Lagu :D. Ye la dah la tak dapat pergi. Kesian aku terlantar kat depan tv sambil badan disaluti comforter yang tebal. Aku tinggal dengan 2 orang anak buah aku je. Yang lain semua pergi :(.

Termasuklah mak aku sekali. Tak apa bagi peluang :P. Aku jadi bibik 'parkinson' pun jadilah.

Yang penting penolong aku, si Nina tu ada. Adik nak susu dia buat, adik nak makan dia ambilkan.. aku? Baring je, berlakon buat buat kena parkinson :D.

Aku sempat tengok semua persembahan! Kecuali sampai je time Jefri Din, aku dah kedaung. Lalok macam orang gila, macam orang mabok todi.

Terkejut pun bila dengar si Nina jerit..Yes Aizat Menang!!! Ala Akim tak menang (frust agaknya pakwe dia tak menang :P)..duk goyang-goyangkan badan aku suruh aku bangun. Aku ingat apa la. Rupanya orang tengah umumkan pemenang. Dunia aku masa tu dah macam seperti angel bekepak-bekepak di dunia lain dikelilingi bintang. Heh!

Eh kenapa si Black dapat vokal terbaik? Tetiba nak jadi pengkritik. Tapi siapa aku nak mengkritik? hehehe. Tapi betul la..for me Black punya vokal biasa je. Macam geng-geng XPDC dulu.

Neway, taniah to Aizat!! Naik bulu roma aku tengok minah tu start dengan tamil version.

Aku mati-mati ingat Faizal Tahir menang :D. Aku suka rambut Faizal Tahir. I jeles sampai sekarang. Tak pasal nak jeles kan? Padahal macam sama je :P.

Eh nasib baik la aku tak pergi. Mak aku duk cerita kat aku..orang tolak-tolak masa nak masuk stadium tu. Dah la pintu bukak 2 je kalau tak silap. Kalau aku pergi mesti pitam :D. Lepas tu, pintu bukak lambat. Pukul 7 baru bukak. Tak macam dulu. Dulu lagi sistematik.

Nasib baik I tengok kat rumah. Leh golek-golek Inul :D.