Sunday, April 11, 2010

Penat! Tapi hilang bila tengok blogger-blogger cantik di luar sana

OH. Aku kepenatan setelah berhempas pulas bermain netball hari ini. Balik dari tournement netball, terus aku terbaring atas sofa. Ketiak mashaaaammm pun aku bantai tidur.

Bangun. Mandi, makan maggi, lumur minyak panas. Tidur balik. Sampai termimpi, kenapa boleh kalah untuk first game. Haih* lap air peluh. Tapi kelab kami, adalah menang untuk tempat pertama dan kedua. Kira menang keseluruhanlah tu. Yeah! nanti mesti ada makan best untuk meraikan kemenangan. Budak pipi gemuk ini sedang mahu makan manisan di hotel-hotel 5 bintang ya! ;).

Lepas bangun tidur, terkebil-kebil sorang. Nak peluk suami, suami tak ada. *bermakna kena cari suami sekarang :D. Boring punya pasal, balik ke rumah kakak. Tadi sombong taknak balik. Tapi rindu pula pada Si Suci dan Si Siti (kucing). Eh Suci tu anak sedara aku.

Sekarang, mata aku tengah bulat sebab banyak tidur tadi. Mari kita pergi baca blog blogger yang cantik di luar sana! :D. Aku suka!

Nak tahu aku selalu jenguk blogger mana? Hah nanti aku cerita.

Oh ya. Mungkin esok pergi picnic! Menikamati nasi lemak sotong di tepi air terjun amat syokkkk bukan?


p/s : sambil-sambil duduk baca pasal PR bleeding. Aku takut sebenarnya.


.:. By .:.

5 comments:

Diana Ishak said...

awek netball rupanya dia ni...

*Dak kecikkk* said...

kita sama lah,ske terjah ke belog2 org cantik2..he3

Byzura Mj (By) said...

kak Di : hehehe..bukan awek. penggila netball :P

Byzura Mj (By) said...

Dak kecikkk : leh buat grouplah kalau macam ni :D

Byzura Mj (By) said...

Januskiez : ok thanks~