Wednesday, April 14, 2010

PR bleeding..Part II

Seperti yang dijanjikan(erk janji ke?) di entry lepas, aku nak pakai baju tudung warna biru ke hospital buat skop kan? Konon-konon cool....

Padahal tak tahu dalam hati ada tamannnn~ Ketar lutut. Aku rasa tak boleh drive! Nak pitam pun ada.

Masa ini tengok tv kat rumah, bagi denyutan jantung reda sikit. hihihi


OK. Start. Time appointment adalah pukul 10.30 pagi. Aku sampai pukul 10.25 pagi. Main parking je, sebab parking full. Gila apa! Aku rasa hospital patut tambah parking. Dah la aku tengah ketar lutut, kena buang masa cari parking. Nak jalan pun, aku rasa dah longgar skruuuu.. longlai~

Sampai je kat daycare, aku terpaksa menunggu sebab ramai. Kata nurse, hari ini sibuk sikit sebab esok ada Tamil festival. Ermmm layankan je la. Boring gila duduk tengok chanel Discovery je. Pasang lah AF ke apa. Boleh aku nyanyi-nyanyi. Kata ketar lutut kan? :D

Tiba-tiba, nama aku dipanggil oleh nurse. Check berat dan juga darah. Yesssssssssssss! Berat badan aku turun 2 kilo!! 2 kilo!! :D. Senyum-senyum sorang macam kerang busuk.

Lepas itu, nurse bagi baju untuk salin. Tak boleh pakai spenderrr. Bra je. Nasib baik bra tak payah tanggal, kalau tak nampak nasi lemak I. Ueeeewwww :D.

Aku pun beria-ria lah salin. Ikatan tu, aku siap buat reben-reben lagi. Konon-konon perasan kiut. Pastu aku pergi kat bilik aku. Tersengeh-sengeh lagi macam kerang busuk.

Tiba-tiba, nurse tu cakap "dikkkkkkk, adik salah pakai ni. Tali ni kat belakang!!!! " (dengan nada ketawa-ketawa). Cesss!! Sia-sia aku buat reben, mana aku tahu. Kata fisrt time, masuk bilik skop :D. Patutlah pakcik kemas bilik itu gelak-gelak, tengok aku.

Lepas itu, aku disuruh baring. Tunggu doktor. Haih! Mana aku boleh duduk diam. Baring pula tu. Seriusss aku jadi sengal. Duduk main kain selimut.

Nurse cakap nanti masukkan ubat dan jadi lalok. Aku tengok 'jiran-jiran' sebelah, semua berdengkur tidur. Oh agaknya macam ini lah, nurse tu maksudkan. Aku juga mungkin tidur bedengkur?

"OK ready ya Baizura...kita nak masuk bilik skop.." GLUPPPP!!! Dah nak masuk ke? Sengeh lagi, walaupun hati gundah gulana.

Bila katil aku ditolak dan diheret ke bilik skop tu. Aku duduk tergelak-gelak. Macam cerita dalam drama pulak. Serius aku jadi jakun :D.

Bila sampai je bilik skop...mak aiii banyak nya TV!! Wayar!! Pastu nurse nak cucuk aku. Nak masukkan ubat bagi aku pengsan. Dia suruh aku tahan. Kalau sakit cakap.

Siap nurse tu cakap "be strong ya Baizura.." *Macam kronik je penyakit aku, ko suruh aku tabah :D. Dah siap cucuk, nurse tu cakap "good gurl..". OK layankan je la. Aku tahu ko nak sedapkan hati aku.

Pastu dia pasangkan wayar untuk oksigen. Then, kepitkan ibu jari untuk jantung. Aku asyik tanya, ni untuk apa, wayar ni untuk apa. Nurse penat kot nak melayan aku.

Bila, nurse tak ada..aku duduk main nafas. Tengok jantung....Pastu keluar ♥ ♥ ♥ ♥ ♥... Hahaha gila jakun lagi.

"OK dik...doktor dah sampai.." *Dupdapdupdap!

Sempat aku cakap "Tak ngantuk pun.............."

"Sabar dik, doktor tak cucuk lagi ubat tu..takot eah?" Gila sengal. Masa nurse cucuk kat tangan aku rupanya itu baru lubang. Ubat tak masukkan lagi. Huahuahuahua.

Bila doktor masuk, dia cucukkan ubat 'pengsan' tu. Aku still boleh borak-borak. Haih tak ngantuk pun!!! Kebal kah aku????

Pastu, doktor masukkan skop kat lubang dubur. Haih!! Still aku boleh nampak!!! Siap tengok dekat TV lagi. Tengok usus aku macam mana... Grrrr!! Geram kat dalam hati, apsal aku kebal ini!!


Tempat ubat 'pengsan' dimasukkan dalam badan aku.

Tiba-tiba, aku terasa perit, pedihhh... Aku jerit..doktorrrr!!! Sakit!!!! Sakitt!!!! Sakit!!!!! Nurse usap belakang badan aku. "Tahan ya Baizura..tahan...."




Penat pula jari taip, rehat lah dulu :D. Nak tengok video masa buat skop tu? Tunggu..hihihihi




.:. By .:.

8 comments:

fabulous.farah said...

die bius pon sakit jugak eh? result terus dapat ke?

Bai said...

f.f : rasa gak..huhuhu..dapt terus..nanti ada sambungan lagi tu :P

.::WaNiE::. said...

apsal aku rasa ngeri baca entry ko ni bai

huhuhu

apsal ko tak pengsan??

heeeeee

Bai said...

WaNiE : ngeri? aku cuba buat sehabis kelakar dah tu..hihihi takot org baca ngeri.

Aku kebal kot.hahaha

ayu said...

aku lak mmg xrs ngeri.. aku rs lwk nk mampus...leh main2 lg dlm bilik skop.. muahaha!!!

Bai said...

Ayu : hehehe aku tahu, ko mesti bayangkan muka aku kat bilik skop tu kan?

ayu said...

tu la dh bygkan dh... mmg xleh blah.. xpela, jnji ko chat:-)

Bai said...

ayu : alhamdulillah :)