Thursday, April 15, 2010

PR bleeding..Part III

Lepas je aku jerit-jerit kesakitan, aku mati keras. Bak kata orang Kelantan, mapuh keghaaaaah...Pengsan. Terus tak sedar apa dah. Sampai sekarang, aku fikir betul ke aku jerit tu atau aku mimpi :D. Lupa nak tanya doktor. Tapi kalau aku jerit, tak nak masuk neraka....lagilah harukan? :P

Iklan jap.
Ubat ini memang sesuai untuk diet. Clear terus usus aku :D. Memang tak ada apa-apa. Air je yang tinggal. Tapi, tak bley blah bila minum. Bayangkanlah ginger + lemon. Korang bayangkanlah rasa dia macam mana! After 1 jam, terus proses. Tahu proses? Terus tersembur bahan kumuhan aku. Padanlah doktor suruh duduk rumah je. Selang 10 minit macam tu keluar dan keluar lagi.

Habis iklan.

Aku tak tahu aku sedar dalam pukul berapa. Sebab kat ward tu tak ada jam. Tengok-tengok, aku dah kat bilik 3. Sebelum itu di bilik 1. Still mamai-mamai. Nampak nurse tanya aku ok ke tak. Pastu aku tidur balik.

Dan lepas itu, aku terjaga. Rasa sihat je. Elok badan aku ditutup selimut bagai. Macam tak diliwat pun :D. Rapi je baju aku.

Lepas itu, nurse bagi baju aku. Suruh salin. Dia nak pakaikan. Aku cakap takpalah. Aku ok lagi. nurse tu pelik, tanya aku tak mamai ke? Aku cakap, tak...aku ada kuasa kuda. Muahahaha *please By jangan bergurau.

Aku tak tahu nak buat apa. Nurse suruh tunggu doktor, nak bagitahu result dan apa susulan dia. Bosan gila. Perut kosong pula tu. Laparrrrr..

Nurse buatkan milo dan bagi aku sebungkus biskut (ada 3 keping je dalam bungkusan tu). Aku ingat dapatlah nasi briani ke apa. Ni biskut kering je. *Bersyukur By bersyukur. Nak minta lagi malu. Perut kosong haruslah di isi segera.

Pastu, aku kacau lagi pesakit. Last-last aku kena halau ke bilik menonton TV. Hahaha! Padan muka. Tak duduk diam.

Dalam pukul 4.30 petang( Aku agak-agak je) Aku ke tempat discharged. Tiba-tiba, aku tengok ada orang menunggu! Aku siap buat 'lambaian kasih' dan peace. Gembira sungguh.

Dalam 5.30 petang aku discharge.*macam office hourkan?

Result doktor:

1. Memang kena buasir, dah haruslah di operate dan di stapler.

2. Ada tempat lain yang bleeding, di saluran ulu hati.

3. Next week, doktor nak jumpa lagi untuk tengok improvement.




So, doktor bagi aku ubat ni untuk perbaiki masalah kedua. Hamik sekali 3 botol dia bagi. Kena habiskan 14 hari!!


Budak ini sanggup temani saya. Siap ambil cuti, cancel meeting. Ribuan terima kasih diucapkan. Lain-lain ucapan, underground :P.


Aku request nak makan domino pizza. Teringin gila. Tapi perut aku kan kosong. Still pedih nak terima makanan.

p/s : Aku was was nak bagi tengok video ni. Sebab aku sendiri takut nak tengok!!! Eh ada lukisan, doktor bagi. Nanti aku tepek kat sini.

.:. By .:.

14 comments:

Salbiah bt Karim said...

ngeri jgk ye proses dia sampai leh pengsan

driedroses said...

1. oh, kak by.. abg nazim kah itu?? kem salam kat dia ye!

2. apa sbb dpt buasir?? hoih, takot ni!

3. doc ensem tak?? ngehehehe

4. bila plak nak kene operate tuh?? T______T

.::WaNiE::. said...

iskkkk dalam sakit sakit ko gigih jugak nak makan pizza kannn

Bai said...

Salbiah bt Karim : bila dah pengsan, tak ngeri dah...:D

Bai said...

driedroses :

1. ye dialah tu. Apa kamo rabunkah? hahaha..ala asik kim salam je..kim lain tak mo? hehehe..ok nanti sampaikan.

2. pemakanan. makan pedas, jeruk pun boleh jadi.tssk

3. tak tahu lagi. tunggu checkup minggu depan.

Bai said...

WaNiE : aku lapar gila. Ko bayangkan usus tiada apa-apa. Kosong!! kosong!!! ;(

Espresso Guy said...

Video ko kena liwat?? musti laa nk tgk!!! muahahaha

Bai said...

Espresso Guy : ko tak de keje lain ya!! kalo aku post sure ko tengok kusyuk gila. cait!

fabulous.farah said...

erk..macam teruk je bai..

Espresso Guy said...

haha... bila lagi nk usik ko puas2 kalau x ms nie? nnt2 bila kes nie dh basi, dh x best dh nk ulang2 usik ko... =p

ko nie... br je kurus 2kg, tp nafsu mkn mcm nk tmh blk 5kg je... ahaks!

Bai said...

f.f : huhuhu mcm tak tapi bila dengar ulu hati itu, macam teruk ;(

Bai said...

Espresoo Guy : cait!!!

well u noe me~ :D

driedroses said...

mmg sah-sah saya ni rabun, tahu?? tp abg nazim nampak lain..auuww..
nak kirim rindu buleh?? panggggg sedas

Bai said...

driedroses : hahaha lain? lainla sebab telah dijaga rapi..auwww...boleh bole...

boleh bla! lalalala~ :D