Sunday, May 23, 2010

Selamat ulang tahun sayang....

Ok serius geli :D.

Macam ini. 24 mei ****, pada pukul 12.30 pm (patutlah degil :D) lahirlah seorang gadis yang ayu lagi lemah lembut bernama Norbaizura (bukan taknak letak nama ayah, nanti stalker dapat cari lak.hahaha). Uweekkk uweeek dia nangis.

Baby yang seberat 3.2 kilogram ini, dilahirkan sehari sebelum harilahir emaknya. Kata, emaknya doktor siap wish birthday dan mengatakan bahawa baby itu adalah hadiah hari jadi. *Kalau aku dah faham time ini, mesti aku pun mengalir airmata*.

Akulah baby itu :D. Kata emak, ramai yang menjangkakan bahawa aku kembar. Sebab, perut emak berbelah dua. Tapi, rupanya aku kembar air.

Kata emak lagi,masa nak lahirkan aku, dia kena tumpahan darah.Dan dalam banyak-banyak mak mengandungkan anak (macam banyak, 3 je pun), aku lah anak yang paling banyak alah sewaktu mengandung. Oh patutlah aku degil :D.

Patutnya, nama aku Nurliayana. Last-last makcik aku letak Norbaizura, potong!!. Oh kalau nama ini kekal sampai sekarang, mesti terserlah lagi keayuan. Motif? Yela Baizura agak kasar bunyinya. Sekarang bukan Baizura dah, Bai terus. Tak macam Bai roti ke?

Aku ditantang bagai minyak yang penuh. Padanlah muka aku jenis oily. Luckly, aku ada seorang abang dan juga kakak. Aku kepingin nak adik. Adik lelaki. Mak boleh mengandung lagi tak? Kalau soalan ini, yang aku ajukan pada mak sekarang..Tentu aku kena hempuk dengan batang penyapu. Dah monopous dah kot? :D

Kot? Ok ok nanti aku tanya dah monopous ke belum (^_^").

Jarak antara aku dah kakak adalah 10 tahun. 10 tahun. Agaknya mesti akak aku terkejut beruk. Yelah konon-konon anak bongsu tetiba aku lahir. Hahaha! Padanlah muka.

Makin hari semakin membesar. Pejam celik pejam celik..

Dan kini aku sudah hidupppppppp



*




*




*




*




*


28 tahun!!!!! *bangga*


SELAMAT ULANG TAHUN BYZURA!!!!


p/s: tadi banyak idea nak tulis...tiba-tiba hilang. Aku kerja esok!! Potong!!


.:. By .:.

6 comments:

xalimx said...

hepi besday by~!!!

potong kek kat opis

Byzura Mj (By) said...

xalims : thanks lim. ok nanti kita potong :))

SheLLy said...

Hepi b;day bai...semoga pjg umo n murah rezeki...;)

Byzura Mj (By) said...

SheLLy : me kasih kak elis. amin

Mag said...

ko same umo ngan husband aku!

tapi aku rasa kita sebaya. yang penting jiwa muda bai

Byzura Mj (By) said...

f.f : hehehe!!

ye jiwa muda ^__^