Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Homemade snowy vanilla chocolate cake to beloved husband birthday.

Ceh tajuk. Ada yang muntah hijau kang! Hehehe. 26 Oktober yang lepas, sahaja aku try buat kek untuk suami. Celebrate awal sikit dari tarikh sebenar sebab tarikh sebenar adalah hari kitaorang bekerja. Memang tak sempat sangat aku nak buat itu ini. Dan yang lagi satu takut mood MALAS aku datang. Hehehe.



So, waktu weekend sahaja lah yang boleh membantu buat itu ini kan? Memang dah lama nak try buat snowy kek. Almaklumlah diri pembuat kek adalah peminat setia cheese. Hehehe. So beli barang awal-awal sebab taknak wak Ajim tahu. Tapi, akhirnya dia tahu juga sebab aku kecoh-kecoh lupa nak beli cheese cream! Hahaha. Kantoi. Cuma rupa wak Ajim tak tahu kek tu macam mane :P.



Bakar kek selama 30 minit lebih kurang. Sebab aku nak buat dua lapis. Sambil-sambil aku tunggu kek sejuk untuk sapu cream cheese, aku buat topping cream dia. Jimat masa kan? Hehehe. Cuma lambat sikit masa nak parut cheese. Tak pandai sebenarnya. Main parut je. Kejap besar kejap kecil cheese aku tu. Hahaha. Takpe janji sedap dimakan. Hahaha.Puiii. Nak gak puji diri sendiri.



Ok jom tengok hasil kek aku :D.




Macam cantik jewww, macam comel jewww, macam sedap jeww. Hahaha. Inilah hasil snowy vanilla choclate cake aku. Amacam? Hiasan aku beli kat Daiso je. Macam-macam ada! Comel-comel tau kat Daiso.




Haraf maaf. Disebabkan kek ini aku buat, haruslah gambar kek aku tepek banyak kali :P.



Lilit atas kek tu  huruf, 3?. Wak Ajim suruh pasang lilin tu nak tiup, tapi aku tak kasi. Hahaha. Sayang ok! 



Birthday boy dengan kek. Potong pakai pisau Faris je uols. Tak ada pisau potong kek. Hahaha.



Birthday bersama isteri solehahahahahah dan anak yang tidak mengganggu kek di waktu kejadian. Terima kasih anak!


Kebetulan mak ada, kita belajar sekali macam mana nak buat nasi dagang untuk kali yang errrrr ke beberapa ntah. Hehehe.






Dan last....







mestilah gambar...





erm...



















Kek lagi sekali. Hahahaha

(Eh lupa nak bagi tahu, kek ni guna pemanggang ajaib je. Nanti aku share resipi)


Selamat ulangtahun husband. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Tak lupa juga, sebagai isteri doakan supaya menjadi suami dan abah yang baik. Amin.




Thank you become to half  of my life :D. Luv u!


+ By +

Thursday, February 24, 2011

Besday saya, Nina

Hi My name is Nina. Anak sedara tuan punya belog yang gedik


Ni dengan adik saya Suci.

Dulu tuan punya belog yang selalu basuh berak saya masa kecil. Hari ni besday saya tau!! Ok papai!


.:. By .:.

Tuesday, May 25, 2010

Dapat ilham 'gubah' kek sebab teringatkan blog aku ?? :D.

Thanks to inventory team!! To Kak Jie, thanks a lot buat kek. Rajin betul Kak Jie buat kek for me!! Lain kali buat lagi ok?? Sedap!! Kat rumah, By bantai lagi!! Sebab cokelat dah meleleh-leleh dan basah-basah. Syurga!!

Inilah kek birthday aku yang direkacipta oleh Kak Jie. Sama tak kaler dengan blog aku? *__*

Eh baru aku perasan. Mana Rosini?

Boleh pulak buat aksi gila-gila. Diaorang nyanyi lagu birthday. Malu pulak bila dah tua, orang nyanyi lagu birthday untuk aku :D.

Semua nak pegang kek comel ni. Nak amik!!! Lengan aku nampak besar pula di sini. Haih. Pakaian mungkin?



Thanks. Thanks.Thanks *lap air mata*

.:. By .:.

Monday, May 24, 2010

Kalau balik kampung, pasti makanannya enak-enak!!!

Kesian mak tunggu kitaorang lama. Dia dah siap masak, petang Sabtu. Kitaorang sampai lewat malam! Gara-gara tunggu BIL habis kerja. Naik kecur airliur nak rasa masakan emak.

Mak kalau dengar je kitaorang nak balik, mesti dia masak banyak-banyak. Tapi, kali ini tak ada ikan phatin. Nanti mak masak kat KL je, sebab mak ikut kitaorang balik KL. Weee!!!!

Aku ni memang kuat nafsu makan.nafsu lain ada gak Makan. Makan. Masakan mak lagilah! Aku boleh tak sedar diri tambah dan tambah lagi :D. Aku rasa semua orang macam tu kan? Masakan air tangan emak lagi best dari segala. Terima kasih makkkkk!!

Masakan pertama aku melahap : Laksa lemak. Dengan kadar 3 kali aku tambah.

Masakan kedua : laksa asam

Dengan kadar 2 kali mangkuk hayun aku tambah.



Kek dengan 1 slice. Cukuplah, esok bedal lagi :D.



2 biji mak buat. Gila bapak banyak!! Semangat mak aku ni.



Desert. Memang tiap kali lepas makan, mesti ada desert. Ada je buah. Tak ada, dia pergi petik tanaman sendiri ^__^.



Dan yang paling mahal!!! Sambal belacan buah kuini. Glup. Kecur airliur. Makan nasi pula :D. Berlaukkan ikan singgang, udang masak pedas, sotong kicap dan bayam.

Inilah syurga dunia!!!!!!


Kasih Emak tiada bandingan.



Selamat Hari Lahir Emakk!!!!!!!!

- 25 Mei 1952-





.:. By .:.

Thanks to all yang wish!!

Oh mak betul-betul terharu. Ramai yang wish "happy birthday!!" kat sms, fb dan blog. Me kasih...

Dan doa yang paling mak terharu adalah.....






Doakan mak cepat kawin...Pergh!! Mahu meleleh air mata kejap lagi ni.



p/s : birthday ex bf adalah seminggu lepas. jarak antara kami 7 hari je. Moga dia panjang umur dan berbahagia. tssssk ^__^.
To my mr.bf thanks wish semalam. You orang pertama!! xoxo. *dengan niat dia tidak terasa dengan statement itu* :D. Luv u.


.:. By .:.

Sunday, May 23, 2010

Selamat ulang tahun sayang....

Ok serius geli :D.

Macam ini. 24 mei ****, pada pukul 12.30 pm (patutlah degil :D) lahirlah seorang gadis yang ayu lagi lemah lembut bernama Norbaizura (bukan taknak letak nama ayah, nanti stalker dapat cari lak.hahaha). Uweekkk uweeek dia nangis.

Baby yang seberat 3.2 kilogram ini, dilahirkan sehari sebelum harilahir emaknya. Kata, emaknya doktor siap wish birthday dan mengatakan bahawa baby itu adalah hadiah hari jadi. *Kalau aku dah faham time ini, mesti aku pun mengalir airmata*.

Akulah baby itu :D. Kata emak, ramai yang menjangkakan bahawa aku kembar. Sebab, perut emak berbelah dua. Tapi, rupanya aku kembar air.

Kata emak lagi,masa nak lahirkan aku, dia kena tumpahan darah.Dan dalam banyak-banyak mak mengandungkan anak (macam banyak, 3 je pun), aku lah anak yang paling banyak alah sewaktu mengandung. Oh patutlah aku degil :D.

Patutnya, nama aku Nurliayana. Last-last makcik aku letak Norbaizura, potong!!. Oh kalau nama ini kekal sampai sekarang, mesti terserlah lagi keayuan. Motif? Yela Baizura agak kasar bunyinya. Sekarang bukan Baizura dah, Bai terus. Tak macam Bai roti ke?

Aku ditantang bagai minyak yang penuh. Padanlah muka aku jenis oily. Luckly, aku ada seorang abang dan juga kakak. Aku kepingin nak adik. Adik lelaki. Mak boleh mengandung lagi tak? Kalau soalan ini, yang aku ajukan pada mak sekarang..Tentu aku kena hempuk dengan batang penyapu. Dah monopous dah kot? :D

Kot? Ok ok nanti aku tanya dah monopous ke belum (^_^").

Jarak antara aku dah kakak adalah 10 tahun. 10 tahun. Agaknya mesti akak aku terkejut beruk. Yelah konon-konon anak bongsu tetiba aku lahir. Hahaha! Padanlah muka.

Makin hari semakin membesar. Pejam celik pejam celik..

Dan kini aku sudah hidupppppppp



*




*




*




*




*


28 tahun!!!!! *bangga*


SELAMAT ULANG TAHUN BYZURA!!!!


p/s: tadi banyak idea nak tulis...tiba-tiba hilang. Aku kerja esok!! Potong!!


.:. By .:.

Monday, March 1, 2010

Nina's birthday!

At De Palma hotel. Sekali sekala apa salahnya :D. Enjoy buat macam ni.. Tapi terasa jeles juga, aku dulu main tiup lilin je :P. Pastu besar tak sambut dah :(. Teringin gak! Hahaha! Tak sedar diri. Mak aku cakap tua bangka pun nak sambut lagi :D. (bangka jangan sebut mak...terasa macam kuih bingka lak..kedut sana sini :D)

Mesti lah..Best tahu dapat hadiah. Semakin dewasa semakin sikit je orang bagi hadiah. Tunggu kahwin je, pasti ramai bagi hadiah :P. Melalut sudah!

OK. Sabtu haritu, sambut birthday Nina kat De Palma hotel. Bukan besaran pun ala kadar je.

My BIL memang sporting. Tapi aku suruh nyanyi lagu Kamelia, dia tak mahu. Tinggi katanya. Last-last dia layan lagu dangdut dan blues geng. Lu memang blues!! :D.

Sesi nyanyi! :D Aku pasal ntah muncung macam tu. hehehe..Macam koir pun ada duk baris macam tu ...
Oh Ini sesi mak datin :D. I tak masuk campur :P. I duk dating belah sana :D.
Nina and friends...Aku rasa dia paling kecil :D dah la muka macam orang vietnam!

Tuesday, May 26, 2009

So lucky!

Hapi Besday tuk diri sendirik! sila tepuk tangan...heheheh..Besday aku 24 n mak 25/5. so lucky kan?? Dulu mase aku kecik mak aku cite la, paling susah mase mengandungkan anak2 adalah mase mengandungkan aku. Sebab? mak aku slalu ketagih minyak kapak. Slalu je berbekalkan minyak cap kapak tu kalo ke mana-mana. Pastu mase mengandungkan aku doktor ckp aku ni kembar sebab perut mak aku besar dan berbelah tengah. Mengikut patuakata2 org tua, kalo perut mcm tu dapat kembar.Mesti seronok if aku kembarkan? Kalo g dating anta je sorang lagi saudara kembar aku mewakili aku:P.

Mase mak aku bersalin pada 12.30 am (patot la degil!) 24th may 1982, lepas je doktor tu bersihkanmandikan aku, dok tu hulurkan aku ke tangan mak aku. Dok tu cakp ni anugerah tuhan kasi kat kamu. Besday kamu esokkan? (mesti mak aku tangkap leleh!) hahaha!

Ok aku bg skit je kisah silam aku..lain aku nak novelkan :P

Memandangkan besday aku, Akak aku n BIL telah meng offer kan diri mereka untuk belanje aku makan..Kiteorg slalu gak ke sini sebab tempat ni tepi laut. Bestkan? ye la nak lari dr sesak samun Kl tu.. Kat situ ade ikan bakar, udang, ketam.. macam2 la..if bernasib baik korang dapat makan tiram, ala aku lupe la name yang lain2 tu..tp jenis yang ade cengkerang la..Name tempat tu Medan selera Pantai Remis. Dekat je kalo dr rumah akak aku. Ikot kapar..korang mesti jumpe.

So enjoy!

Nina tengah syok makan sotong bakar..aku lak lupe nak snap pic makanan..so ini lah hasilnya! selepas dibelahappelahap oleh makhluk2 tuhan :P



Adik uci n Nina. Uci pon celebrate sebab besday die 16th may. Tp sayang mak aku di kampung, tidak celebrate skali ..



blakang tu pantai..tp korang tak nampak la gelap sey.. syok sebab bile makan bersama bunyi deruan ombak dan angin sepoi2 bahase gitu :P


p/s : aku di tag oleh KD ..nanti aku buat..aku nak post dlu :P lame tak berblog



Tuesday, May 19, 2009

hapi besday suci!


Agak2 Suci bace x? Takpe la untuk diari aku kan? Yang pasti BIL (brother in law) aku jd silent reader kot..hehehe... Ahad aritu aku jumpe si kecik ni...
soalan pertama die tanye aku :


Ichu..ichu bg ape kat adik?
Aku jwb bagi ape??
ape ape la...
huhuhu..aku lupe besday die!
adik nak ape..

Ichu isi game je la..game lawan2..tengok ayang(wayang) ite (cite) trans..ooooo mesh ..


belom klua lagi la dik...

ala nak ayang ayang...nak!!!!

~ sudah pandai main psp n tengok wayang! Dulu takot nak tengok wayang..die cakap ade hantu...



Cik By

Monday, May 4, 2009

Birthday Gift!

Sabtu aritu aku dapat besday gift yang pertama walaupun tarikhnya belum tiba.... Thanks to *****... Thank you very much. Akan ku abadikan dalam diari hatiku (cewah muke blushing2). Saya sangat suke hadiah itu! Moga2 die buka blog ini dan membaca nya dan mengetahui saya amat menghargainya! hahaha...hadiah? biala menjadi rahsia peribadi aku :P



p/s : kalau taknak bgtau takyah la bgtau kat sini By :P



Wednesday, March 25, 2009

Happy Besday B!

argh!! byk giler aku nak cite...satu2 la..pastu kene tag lagi.mampos! ngan keje aku yang ala2 blambak skang..hehehe...neway...hapi besday b...slmat hari tuwo..kakakakah...tak lame lagi aku lak tuwo.. B dtg KL jumpe aku..jgn jeles! so kiteorg g makan kat HR steak house..sedap n harganye bpatutan..kat area kg baru..try la!

Cik By