Showing posts with label mentakab. Show all posts
Showing posts with label mentakab. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

Kuih kampung memang sedap...

Kan? Walaupun ada kat bandar tapi tak sama. Lemak, berkrim, cukup rasanya, cukup intinya. Walahh!


Hari Isnin lepas, decide nak pergi Pasar Ramadhan Paya Pulai, Temerloh. Siapa duduk area Temerloh tahulah kot. Eh kat sana ada nama tempat Buntut Pulau jugak tahu? Gila tak senonohkan?


Selalunya pergi Pasar Ramadhan Temerloh, tapi taknak. Pasar Ramadhan Temerloh, kuih memang banyak tapi haram jadah tak berapa sedap!


Lagipun kepingin sangat nak makan tepung bungkus!!

Ni dia rupa tepung bungkus! Erk gila tak lawa, snap pict guna hp ni. Lawa lagi snap pakai sony aku dulu. tssk.


Ha ni rupa sebenar. Terpaksa google-ed. Aku beli RM 2.00. Weee!


Tepung pelita untuk mak. Tengok santan tu! Meleleh leleh.


Dan ini popia untuk kakak. Ceh siapa tak kenal popia kan?


Ni kerabu sare. Pernah makan tak? Cis sekali lagi hp ni tak best! *alasan*


ok


ok


macam ni rupa sebenar kerabu sare.... pict google-ed lagik! mencik!


Pernah makan tak? Ni rumpai laut. Kalau ikutkan salah kalau jual benda ni. Ni kes seludup lah ni. Hihihihi. Sedap wess rasa dia. Macam kerabu perut. Yum yum!!





Dan makanan seterusnya!!








Hai saya Suci. Cik Su selalu nak ngap saya. Sebab saya suka kacau dia.... Ichu ichu. nampak tetek lah! Hish tak malu..



Woittt!! Padahal ko telek aku dalam bilik kan?


.:. By .:.

Sunday, May 23, 2010

Selamat ulang tahun sayang....

Ok serius geli :D.

Macam ini. 24 mei ****, pada pukul 12.30 pm (patutlah degil :D) lahirlah seorang gadis yang ayu lagi lemah lembut bernama Norbaizura (bukan taknak letak nama ayah, nanti stalker dapat cari lak.hahaha). Uweekkk uweeek dia nangis.

Baby yang seberat 3.2 kilogram ini, dilahirkan sehari sebelum harilahir emaknya. Kata, emaknya doktor siap wish birthday dan mengatakan bahawa baby itu adalah hadiah hari jadi. *Kalau aku dah faham time ini, mesti aku pun mengalir airmata*.

Akulah baby itu :D. Kata emak, ramai yang menjangkakan bahawa aku kembar. Sebab, perut emak berbelah dua. Tapi, rupanya aku kembar air.

Kata emak lagi,masa nak lahirkan aku, dia kena tumpahan darah.Dan dalam banyak-banyak mak mengandungkan anak (macam banyak, 3 je pun), aku lah anak yang paling banyak alah sewaktu mengandung. Oh patutlah aku degil :D.

Patutnya, nama aku Nurliayana. Last-last makcik aku letak Norbaizura, potong!!. Oh kalau nama ini kekal sampai sekarang, mesti terserlah lagi keayuan. Motif? Yela Baizura agak kasar bunyinya. Sekarang bukan Baizura dah, Bai terus. Tak macam Bai roti ke?

Aku ditantang bagai minyak yang penuh. Padanlah muka aku jenis oily. Luckly, aku ada seorang abang dan juga kakak. Aku kepingin nak adik. Adik lelaki. Mak boleh mengandung lagi tak? Kalau soalan ini, yang aku ajukan pada mak sekarang..Tentu aku kena hempuk dengan batang penyapu. Dah monopous dah kot? :D

Kot? Ok ok nanti aku tanya dah monopous ke belum (^_^").

Jarak antara aku dah kakak adalah 10 tahun. 10 tahun. Agaknya mesti akak aku terkejut beruk. Yelah konon-konon anak bongsu tetiba aku lahir. Hahaha! Padanlah muka.

Makin hari semakin membesar. Pejam celik pejam celik..

Dan kini aku sudah hidupppppppp



*




*




*




*




*


28 tahun!!!!! *bangga*


SELAMAT ULANG TAHUN BYZURA!!!!


p/s: tadi banyak idea nak tulis...tiba-tiba hilang. Aku kerja esok!! Potong!!


.:. By .:.

Tuesday, May 4, 2010

Teringat kawan lama..

Eh Zura birthday ko bukan 24 Mei ke? *hint* . Ko kena operate apa 20 Mei ini? La dekat dengan birthday ko.

Weh serius aku terharu. Bila bab-bab ingat birthday ni mulalah, dalam hati ada taman :P. Tapi, lagi terharu aku kena decide nak operate ke tak. Huhuhu. Aku masih fikir lagi. Haih. Kadang-kadang, malas nak fikir boleh?

OK berbalik dengan kawan lama. Serius aku ingat kawan-kawan aku dulu. Nak-nak setaman dengan aku. Ingat bilamana main galah panjang, kurik kundi, guli, polis entry. Aku lah paling campion dulu.*agaknya*. Sebab, semua orang bila 'one to jus' semua pilih aku. Hahaha.

Ada sorang budak tu selalu ponteng ngaji. Heh nakal sungguh kamu. Dah la kamu kentut kat surau, time orang tengah sembahyang.hihihi.

Bestkan bila ingat time kita waktu kecil ;(. Tak mungkin berulang lagi. Sekarang semua benda kena fikir sendiri, kena buat keputusan sendiri, kena pilih jodoh sendiri. Eh.




.:. By .:.