Monday, July 12, 2010

Di pagi yang hening....

Semalam masa balik rumah, terus je masuk rumah. Letih sesangat. Tapi masih boleh jalan sambil senyum. Semalam adalah hari yang tercatat dalam memori indah aku. Akan ku abadikan dalam hidupku. Eh. Terjiwang.


Mandi, kedebunggggg baring atas katil. Baca majalah Nur. Then tertido.


Sedar-sedar bunyi msg masuk. Spain menang! heh sukalah tu pasukan dia menang. Reply sms dalam pukul 6 pagi. Sebab, wa terperasan macam wa terketut dalam tidur :D.


Tak senonoh betul anak dara ni!


Dengan lemah longlai, wa terus bersiap-siap ke opis. Lantaklah kena bayar parking ke. Wa tak larat betul nak bangun tadi. Wa tak tengok bola. Tapi, badan wa lesu. Sabtu, wa kena mop lantai, kena sapu sampah, kena tukar karpet. Ahad kena bangun pagi, kemas rumah. Tolong makan mana yang patut. Mak masak wa tak tolong pon :D. Semua dah siap after wa kemas rumah.


Lepas tu duduk tercanguk tunggu orang datang. Eh lari tajuk pulak!


Dah siap pakai baju. Mata tak boleh bukak lagi. Pergi beli pulut kepal salut dengan serunding. Jalan ke kereta, baru perasan. Rumah pangsa yang wa duduki tu, setiap blok penuh dengan bendera SPAIN.


Terasa macam wa berada di Sepanhanyol. Tetapi, bila toleh ke kanan nampak KLCC. Spoil!!! Terus start enjin pecut ke opis!



.:. By .:.

2 comments:

.::WaNiE::. said...

terasa berada di spain

statement lu kasik wa panas je

hahahahaha

Bai said...

WaNiE : hahaha! pakai kipas :P