Showing posts with label zara. Show all posts
Showing posts with label zara. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Belanga, Mid Val

Selepas baca belog Maghfarah. Kedai ni terus jadi wish list jalan-jalan cari makan. Heh. Ibu tengah mengandung ni, buat aku telan air liur tau! :D.


So hari Sabtu lepas, memandangkan BIL dan akak aku ajak aku makan kat luar. Apa lagi aku suggest Belanga. Aku book atas nama aku.


Basura ye kawan-kawan. Nama ku Basura.


Aku book pukul 4.00 petang. ngagagagaga. Awal kan? Tahu je lah Mid Val kalau time berbuka mesti penuh punya. Pernah dulu aku berbuka pukul 8.30 malam. Masa tu perut dah masuk angin dah. Tak lalu nak makan. Main kentut je. Ok tipu.


Pelayan tu suruh aku order siap-siap tapi aku keras taknak. Nanti dia sediakan awal. Sejuk kejong semua makanan. So aku cakap pukul 7, baru aku start order.


Oh dalam hati, punyalah dup dap dup dap. Takut harga mahal. Nanti BIL aku cakap aku demand pulak kan? Mati aku kena bayar sendiri nanti. Matilahhhh!!!



Sebelum tu, sempat lah pergi usha apa benda yang sales. Pergh!!! Memang mencabar. Sana sini akak aku ajak masuk. Mentang-mentanglah dia dengan Nina tak puasa. Dalam kereta pun minum air. Aku? Telan je la air liurrrrrrr. 3-5 kali telan air liur.( Aku baca email HR ke siapa kasi, telan air liur banyak-banyak tak batal. wallahualam.)


Pukul 7.05 kitaorang dah berada di sana. Ni lagi mencabar. Semua bau-bauan menusuk dalam hidung.
Deco Restoran ni macam style Indon. Tapi, makanan semua makanan Kelantan maghi...


Bila makanan sampai, aku sibuk duk snap gambar. Dari buang masa, baik aku snap. Kalau time aku sampai masa tu azan tengah berkumandang, tak kuasa aku nak snap. Baik aku mengadap makanan. Pakwe hensom pun aku tak tengok dah. (konon.)


Sirap selasih for sejuk tekak. RM 4.90. Bandung tu Nina punya.


Nasi lemak RM 13.90 tak silap, kepunyaan abang ipar. Nasi lemak hijau. Boleh tiru time nak buat open house raya.


Nasi dagang ikan tongkol for me, RM 12.90


Nasi kerabu ayam percik for Nina(gila betul minah ni, tak puasa pun boleh habis satu pinggan). RM 13.90. Yang ni aku respect. Ayam percik dia sama macam mak aku buat. Pastu panggang, bau ayam panggang betul. Erk paham tak? Orang cakap bau api.


Kimchi untuk orang tak puasa. Akak aku makan meggi Korea. Apa ntah nama. Dia share dengan Suci.



Keseluruhan - Restoran ini berpatutan dan berbaloi dan sedappp.



Last.

Budak tak puasa berangan kiut yang selalu buli Cik Sunya snap gambar kiutnya.


.:. By .:.

Monday, July 19, 2010

Sabtu dan Ahad.

Sabtu.

Training sampai nak dekat pukul 12 tengahari. Maka gelaplah muka. Kaki tak elok lagi. Tak boleh lompat. Serius aku rasa macam nak pergi berurut! Takot Jumaat tak dapat naik main. Dan serius aku akan lagi frust kalau aku tak boleh main.

Apa kes tunjuk kaki kat belog? Bukti kaki membengkak dan aku rendam kaki dengan ais. Rasa dia? Macam nak kerammmm!! Kebas sampai ke kepala.

*pergi urut + mengedet. soka!*


Balik rumah kakak, ajak pergi Stadium. Ada konsert katanya, konsert kehidupan orang Jepun. Semangat ni nak pergi. Aku suka pertunjukkan sejarah-sejarah 'live' ni. Tapi, kalau baca buku Sejarah aku bosan.

Sampai je hampeh. Kena lepak kat padang. Duduk kat VIP kena halau. Walaupun dah explain kenapa. Dia support orang dia je. Orang kita dia tak support, tapi orang kita yang terlebih support diaorang, siap pakai baju Kimono. Tu lah Melayu. Semangat lebih.


Maka lepak tepi-tepi bangunan sampai orang main drum habis. Ingatkan dia duduk cerita pasal kehidupan Jepun. Tapi, lebih pada macam poco-poco. Makanan pun was-was nak makan. Kempunan makan sushi!


Lepas tu pergi layan Rhythm konsert. Ella, M Nasir, Black, Rashmonu (ke Roshmonu?) dengan Zainal Abidin je aku kenal. Lain ntah siapa-siapa. Aku usha awek sebelah je. Lawa, dah tu joget plak. Lagu Tamil pun dia joget. Layan :D.






Ahad.


"Yang jom g pantai ke..asyik shopping je....bosanlah.."*ayat pertama muncul dari akak aku. Takpernah dia cakap bosan g shopping.

"Boleh layan Pantai Remis.. dekat sini. Makan bakar-bakar. Nak setlekan rumah uya dulu..."













Nah amik! Tak jadi pergi Pantai Remis. Dah ke Kuala Lumpur, tak ada maknanya ke Pantai-pantai ke sungai-sungai.

Ke ZARA kita. Ada clearance stok hokeh!

Nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak aku yang kena jadi bank bergerak
('_' ")





p/s: minggu ni bz sikit. Aku nak cabut hari Khamis, pastilah kerja pun kene tiptop masa 3 days ni :D.



.:. By .:.