Dan beberapa belas hari lagi untuk majlis itu! Berdebar ye juga. Takutpun ye juga. Kadang-kadang kan terfikir, erm dah banyak aku cerita kat belog.. kalau tak menjadi macam mana? Ah itu kerja Tuhan. Kita berdoa je. Tu kadang-kadang Wak Ajim pun bebel. Aku suka fikir mengarut, negatif! *lempang diri sendiri*
Ok cerita pasal DIY Veil.... Cadangnya nak pakai selendang je. Tapi memandangkan baju sudah crawded (bagi akulah. Aku, kalau bling skit pun aku cakap crawded...hehehe) macam tak sesuai lak.
Puas kakak aku tunjuk jenis-jenis veil. Tapi terlalu crawded dengan bling-bling. So, aku cadangkan buat veil sendiri! Lagipun, ada lebihan kain chiffon (untuk kain haritu).
Puas cari siapa nak tolong potongkan. Takut nak potong sendiri. Nanti kalau tersalah potong, tak ke ranap (rosak) kain tu? Last-last jumpa, kedai mak andam.... Aku suruh dia potong je.. Salah seorang pekerja dia(Kak Nor) aku kenal. Dia tak charge apa-apa pun. Free!! Rezeki. Alhamdulillah...
Then, aku pergi kedai jahit Mei Mei, Mentakab, Pahang. Aku jahit halus di tepi. Upah dalam RM 3. Kakak belanja. Rezeki lagi. Alhamdulillah. Tukang jahit adalah lelaki cina ok?! Sangat 'tabik hormat' bila tengok jahitannya amat teliti (kemas).
Hasilnya?
*
*
*
*
*
*
Ini hasilnya. Peachy! Bling tu pun atas idea sendiri. Cuma tak tahu macam manalah gaya aku pakai nanti :P.
Bila dah siap, baru tahu..rupanya senang je buat veil ni. Siapa nak tempah contact aku. Hahaha!
Dan last, InsyaAllah panjang umur, murah rezeki, panjang jodoh ada sambungan untuk entry ini ;).
.:. By .:.
9 comments:
oo jumpa kak nor
Lynda: aku g kedai pengantin syarifah tu.. tatau pun kak nor keje sana.. masuk-masuk macam kenal je.. rupanya kak nor. tapi cikpah yang tolong potong.. kak nor sedang muntah2. alahan hehehe
wah..mesti cantik...xsbrnye nk tunggu bai tunang...=)
zack_blossom : insyaAllah ;). heh sabar2.
Wah.. boleh tempah ni.. Boleh wat bisnes hehe..
Kaljis : boleh boleh. delivery free. hehehe... sila2 =P
:D:D congrats on your veil!!! thanks so much for tell me about it o my blog, i love know that my advice helped! :) though i dont understand your post as well as i would like to, i am still very happy to see you completing your veil!
petiterepublic : thanks 2 u 2!! its really help me!! im very happy =). Heh. Im form Malaysia. So my blog is more to use bahasa melayu ;)
mohon booking satu ye puan blog. tapi majlisnya x taule bile. huhu!
Post a Comment