Wednesday, September 22, 2010

Cerita Nina dan Suci nak jadi pengapit wa...

Nina dan Suci ni memang peneman hidup aku. Kadang-kadang macam anjing dengan kucing. Asyik gaduh je. Yang si Suci suka bercerita... Kejap-kejap ichu,ichu, ichu... Tengah drive pun dia bantai tarik kepala aku suruh tengok dia buat aksi. Haih!


Tapi, kalau diaorang tak ada aku jadi sunyi. Dah perlu ada anak ke? Hahaha.


Haritu, Nina sibuk tanya..


"Cik Su bila nak kahwin? Bulan 10 ni kahwin kan?"


"Ada pulak. Tu tunang la..Kenapa?"


"Nina nak jadi flower girl. Nak pakai lawa-lawa. Nanti Cik Su belikan baju eah? Chiffon ke lace ke eah? pastu Nina nak sanggul ke letak bunga... mesti comel". mak ai mintak chiffon atau lace tu! Ko ingat makcik ko kayo?Maaflah siapa nak jadi pengapit aku tu, anak sedara aku dah cop.


Yang Suci pun menyampuk..


"Adik nak jadi flower booooiii(boy).... Ina gilll(girl) adik boiii..."


Tunang ni Cik Su belikan adik baju ya?


*angguk-angguk*


Aku dah belikan Suci baju, siap dengan samping...

"Tapi adik tak nak pakai samping..macam gillll(girl) je. Yeah! Boleh jadi pengapi... Ina takdeeeeeeee". Hah menjawab!


Tunang mana ada pengapit. Excited lebih 2 orang ni... Berpeluh ketiak aku.




.:. By .:.

6 comments:

kaljis aka onggon said...

org lain yg nak bertunang, org lain yg excited ye hehehe.. Semoga semuanya berjalan dgn lancar.. :)

Bai said...

Kaljis : tu la pasal..

terima kasih :). amin...

xalimx said...

perghhh....kalo kawen, mesti meriah teramat kan?

Bai said...

xalimx : meriah dan sederhana. hiks! :)

xalimx said...

sederhana ke? macam grand je~!

Bai said...

xalimx: tak la biasa je ;). dan sederhana...