Thursday, September 23, 2010

DIY: Veil (tapi semua orang buatkan, cuma design sendiri :P)

Dah masuk post yang ke 889 ! Banyaknya aku merapu.. Hahaha. Gila kental aku menaip, walaupun kadang-kadang ada orang baca atau pun tidak.


Dan beberapa belas hari lagi untuk majlis itu! Berdebar ye juga. Takutpun ye juga. Kadang-kadang kan terfikir, erm dah banyak aku cerita kat belog.. kalau tak menjadi macam mana? Ah itu kerja Tuhan. Kita berdoa je. Tu kadang-kadang Wak Ajim pun bebel. Aku suka fikir mengarut, negatif! *lempang diri sendiri*


Ok cerita pasal DIY Veil.... Cadangnya nak pakai selendang je. Tapi memandangkan baju sudah crawded (bagi akulah. Aku, kalau bling skit pun aku cakap crawded...hehehe) macam tak sesuai lak.


Puas kakak aku tunjuk jenis-jenis veil. Tapi terlalu crawded dengan bling-bling. So, aku cadangkan buat veil sendiri! Lagipun, ada lebihan kain chiffon (untuk kain haritu).


Puas cari siapa nak tolong potongkan. Takut nak potong sendiri. Nanti kalau tersalah potong, tak ke ranap (rosak) kain tu? Last-last jumpa, kedai mak andam.... Aku suruh dia potong je.. Salah seorang pekerja dia(Kak Nor) aku kenal. Dia tak charge apa-apa pun. Free!! Rezeki. Alhamdulillah...


Oh ya. Sumber inspirasi adalah di belog ini! sila click untuk lanjutan. Thanks Juebejue!

Aku pilih bentuk D, design 2.


Then, aku pergi kedai jahit Mei Mei, Mentakab, Pahang. Aku jahit halus di tepi. Upah dalam RM 3. Kakak belanja. Rezeki lagi. Alhamdulillah. Tukang jahit adalah lelaki cina ok?! Sangat 'tabik hormat' bila tengok jahitannya amat teliti (kemas).


Ini Juebeyue. All picture above adalah hak milik blog Juebeyue. Dan veil aku, bukan panjang macam ni. Just sampai pinggang je.


Hasilnya?


*

*


*


*


*


*

Ini hasilnya. Peachy! Bling tu pun atas idea sendiri. Cuma tak tahu macam manalah gaya aku pakai nanti :P.



Bila dah siap, baru tahu..rupanya senang je buat veil ni. Siapa nak tempah contact aku. Hahaha!




Dan last, InsyaAllah panjang umur, murah rezeki, panjang jodoh ada sambungan untuk entry ini ;).



.:. By .:.

9 comments:

Lynda said...

oo jumpa kak nor

Byzura Mj (By) said...

Lynda: aku g kedai pengantin syarifah tu.. tatau pun kak nor keje sana.. masuk-masuk macam kenal je.. rupanya kak nor. tapi cikpah yang tolong potong.. kak nor sedang muntah2. alahan hehehe

~zack~ said...

wah..mesti cantik...xsbrnye nk tunggu bai tunang...=)

Byzura Mj (By) said...

zack_blossom : insyaAllah ;). heh sabar2.

Khairul Onggon said...

Wah.. boleh tempah ni.. Boleh wat bisnes hehe..

Byzura Mj (By) said...

Kaljis : boleh boleh. delivery free. hehehe... sila2 =P

Anonymous said...

:D:D congrats on your veil!!! thanks so much for tell me about it o my blog, i love know that my advice helped! :) though i dont understand your post as well as i would like to, i am still very happy to see you completing your veil!

Byzura Mj (By) said...

petiterepublic : thanks 2 u 2!! its really help me!! im very happy =). Heh. Im form Malaysia. So my blog is more to use bahasa melayu ;)

blog-tips-kurus said...

mohon booking satu ye puan blog. tapi majlisnya x taule bile. huhu!