Friday, September 3, 2010

Siput sedut. Serooot seeerooot...

Semalam adalah kepingin makan nasi lemak. Mula-mula nak buat, tapi macam malas. Nak beli santannya, nak beli timunnya... argh tetiba tekanan. So, ajak mr.boyfie berbuka kat Nasi lemak Rasa Sayang (ke cinta sayang? eh mana-manalah), Shah Alam.



Sebelum tu kitaorang sempat gaduh. Aku nak makan nasi lemak. Nak jugak! Nak jugak! Tapi, biasalah datang lambat mestilah penuh kan? Gaduh depan kedai (tak adalah gaduh sampai baling pinggan ke tarik rambut ke..). Last-last dah dapat makan, baik semula. Hahaha.



Aku ambil nasi lemak paru. Mr. boyfie ambil nasi putih biasa.Tengah-tengah ambil paru, aku nampak siput sedut. Ha apa lagi!! Tak puas makan hari aritu. Aku beli kat Pasar Ramadhan Temerloh, ada ke RM 3...dapat dalam 10 ekor siput sedut? Ades..lekat celah gigi je tu. Semalam, aku ambil semangkuk, RM 3. Puas hati.



Lemaknya, masinnya semua cukup. Ada batang keladi plak tu. Kalau ikutkan hati mahu aku hirup kuah guna mangkuk tu terus. hihihi.



Dan hari ini, sakit perut!! hahaha. Bukan sebab keracunan, tapi sebab makan pedas. Tebal bibir macam nigel kena sengat, weh!



Persoalan, kenapa siput sedut kampung lagi mahal dari bandar?



.:. By .:.

6 comments:

Xora said...

Lemak keladi yek? gatal tak tekak?

Byzura Mj (By) said...

Xora : ah ah siput sedut masak lemak cili api dengan keladi.

tak la. cuma pedas bangat cili apinya!

ita cutevirus said...

bai,
akak da lame tak makan siput sedut... tetiba ngidam plak....

Byzura Mj (By) said...

ita cutevirus : akak, kalo boleh hari2 saya nak ngidam! hahaha.

Mag said...

sedap siput sedup letak keladi..pelik gak tuh..sepatut kg la murah

Byzura Mj (By) said...

f.f : tu la patutnya la. sebab senang cari. hish tak puas hati betul