Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Mee Bandung Muar sedap di Restoran Bisik-Bisik.

Hi,

Nafsu makan ini kadang-kadang mengada-ngada kan? Nak kata mengidam itu tak adalah pula tanda-tanda :P. Tapi memang gitulah selalu aku ini. Tiap weekend ada je. Kejap-kejap rasa nak makan luar, mulalah google sana sini. Kalau tak ada mood nak makan luar, duduk rumah dan masak sendiri dengan cuba resipi baru. 


Last week, aku teringin nak makan mee bandung Muar. Dulu masa study adalah area satu dekat Kampung Melayu Baginda, Bangi jual mee bandung ini dan memang puas hatilah rasa dia. Tapi disebabkan dapat suami yang 'rajin' drive idoklah ke sana semata-mata makan, lepas itu balik. Wak Ketut Ajim tak macam itu. So kena cari jalan penyelesaian untuk mencari makanan tempat yang berdekatan dengan rumah. He he he he.


Maka dapatlah jumpa dengan satu Restoran ini, yang bernama...


Restoran Bisik-Bisik! Ada mee bandung udang galah dan mee rebus tulang Johor! Wow! Meriah perut mak aritu :D.



Duduk-duduk, ada orang kasi Sata Johor. Panas-panas. Eloklah dengan suasana petang. Hahaha.



Untuk Faris, kita order keropok ikan. Faris dah minum susu waktu ini. Dia kalau dah siap minum, kenyanglah. So bagi kudap-kudapan je kat Faris.



Mee Rebus Geax Box untuk Wak Ketut Ajim. Isi tulang gear box itu, akulah sedutnya. Tak apa chestday kan? Hehehehe


Dan untuk aku Mee Bandung Udang Biasa. yumsssssssss! Lepas ini pasti repeat dan repeat!


Service pula tip top. Cepat, tak lama menunggu. Masa kitaorang datang orang tak penuh lagi..Suka keadaan macam ini. Sebab kalau datang orang tengah tak ramai ini, selalunya tekstur makanan adalah berganda sedap! Kan? 


Oh ya kedai ini juga ada menyediakan sajian kacang pool ok. Lain kali nak try singgah lagi =D.



Oklah ini lah signboard besar depan kedai. Ada lagi satu, tapi tak sempat snap. Masa kitaorang nak balik, orang dah start datang. Kalau nak pergi better sebelum 4.30 petang gitu. Nanti penuh. He he he


Lokasi Restoran Bisik-Bisik : Belakang Unisel Shah Alam, Seksyen 7.



Ok da~

Monday, May 9, 2011

Rumah.

- Gambar hiasan -


Last week kitaorang dah dapat rumah untuk di sewa. We decided untuk menyewa dulu. Then buat anak. Then baru cari rumah. Hahahaha Gatai! Tak la.. lepas je selesai semua urusan kahwin/ bertandang, kitaorang start balik cari rumah untuk di beli. InsyaAllah kalau ada rezeki, umur panjang.


Memula nak cari apartment je untuk sewa. Jimat kots kan? Duaorang je duduk lepas tu nak bayar beriban untuk tuan rumah?? Oh no! Baik duit tu simpan untuk kekdah lain kan? Lepas tu wak nak yang land house. Katanya nak bercucuk tanam. OK kita tengok! Kita tengok! Haha angan kemain lagi wak tu.


So Alhamdulillah kitaorang dapat land house. Dah sekarang bz beli perabot sikit-sikit. Oh tak sabar nak hias!


Nak hias master bedroom. Hahahaha Aku suka master bedroom warna cokelat. Ntah rasa nyaman!



Tuesday, January 25, 2011

Jalan-jalan By sefamily di I-City.

Lepas je photoshoot, kitaorang pergi ke IKEA... then berjalan-jalan ke I-City. Mak lah paling beria nak pergi I-City. Sebab, dia tak pernah pergi. Dah kecoh satu kampung pasal pasal I-City ni. Hihihi. Dia tak pergi- pergi lagi.


Tak apa, kitaorang bawa. Janji mak bahagia.


Heeee~


My Sis & BIL.

Kalau tengok gambar, mata aku mesti tertumpu pada aksi Suci. Hahaha.

Nina dan Suci bersama lembu bela-an -_-".


Mak dah sampai I-City. Sila print kan gambar ni untuk tunjuk kat orang kampung. muahahaha kenangan.


Dan last mestilah gambar tuan punya blog yang belengas.
.:. By .:.

Friday, December 3, 2010

Keadaan baru, mood pun baru!

Yeay! Semalam dah start tidur kat bilik baru. Baru boleh golek-golek, pusing-pusing 360 darjah! Nak nangis, nak ketawa seorang...ye aku punya suka! :P.


Dan mood adalah berkobar-kobar sampaikan sampai pukul 7.15 pagi kat office! *u gila kentang i kan?? Hahahaha.


Bukan berkobar apa, takut jem. Sekali takkkkk...Huhuhu.


Dah boleh start buat projek DIY. Yeay yeay suka!


Oklah mengantuk, nak tidur eh keje.


.:. By .:.

Wednesday, December 1, 2010

Pindah ke tempat yang baru.

Mesti dah bosan, asyik cerita pasal persiapan kahwin je kan? Nanti orang lain cakap, aku meroyan desperate nak kahwin. Hahaha.



Sekarang ini tak masa sangat nak fikir pasal persiapan, list-lis bagai. Yang aku tulis pasal persiapan kat entry ni adalah untuk peringatan aku sendiri.



Lepas je aku pindah, projek DIY aku akan beroperasi seperti biasa. Sekarang ni, semua dah masuk kotak packing untuk berpindah. Pindah rumah. Yeah!!



Walaupun, tempat tu semua orang cakap jauh. Tapi, senang untuk aku buat urusan perkahwinan nanti. Lagipun, ikut pendapat keluarga.. nak aku dekat dengan wak Ajim. Agak-agak wak Ajim tidur...senang aku nak gegarrrr. Hihihi.



Tup-tup dah bulan Disemberkan? Haih... Dah kena counting days ke?



.:. By .:.

Friday, September 3, 2010

Siput sedut. Serooot seeerooot...

Semalam adalah kepingin makan nasi lemak. Mula-mula nak buat, tapi macam malas. Nak beli santannya, nak beli timunnya... argh tetiba tekanan. So, ajak mr.boyfie berbuka kat Nasi lemak Rasa Sayang (ke cinta sayang? eh mana-manalah), Shah Alam.



Sebelum tu kitaorang sempat gaduh. Aku nak makan nasi lemak. Nak jugak! Nak jugak! Tapi, biasalah datang lambat mestilah penuh kan? Gaduh depan kedai (tak adalah gaduh sampai baling pinggan ke tarik rambut ke..). Last-last dah dapat makan, baik semula. Hahaha.



Aku ambil nasi lemak paru. Mr. boyfie ambil nasi putih biasa.Tengah-tengah ambil paru, aku nampak siput sedut. Ha apa lagi!! Tak puas makan hari aritu. Aku beli kat Pasar Ramadhan Temerloh, ada ke RM 3...dapat dalam 10 ekor siput sedut? Ades..lekat celah gigi je tu. Semalam, aku ambil semangkuk, RM 3. Puas hati.



Lemaknya, masinnya semua cukup. Ada batang keladi plak tu. Kalau ikutkan hati mahu aku hirup kuah guna mangkuk tu terus. hihihi.



Dan hari ini, sakit perut!! hahaha. Bukan sebab keracunan, tapi sebab makan pedas. Tebal bibir macam nigel kena sengat, weh!



Persoalan, kenapa siput sedut kampung lagi mahal dari bandar?



.:. By .:.

Tuesday, August 3, 2010

Satay Haji Samuri

pict google-ed

Semalam kepingin sangat nak makan satay Haji Samuri ni. Dah lama tak makan. Gambar tidak di ambil sebab ada privacy dicussion. Ewah!


Teruja tak teruja la gak nak makan. Tapi bila satay sampai je atas meja, agak keciwa di situ. Satay Haji Samuri dah kecik-kecik. Tak macam dulu besar gedabak. Makan 3 cucuk pun dah kenyang.


Tapi, kuah dia memang terbaik. Satay perut pun terbaik. Sebab berbau lembu :D.


Oh Satay Haji Samuri kembalikan satay besar gedabak macam dulu. pls!

.:. By .:.

Saturday, April 17, 2010

Berselera sungguh saya..

De Palma, Shah Alam

Jus kedondong.

Bagi zoom sikit. Jus kedondong + serbuk asam boi. My BIL tak boleh minum. Katanya, masam menyengat sampai ke telinga. Hihihi. Inilah petua hilang stress dan pening. Sejuk + masam bila sampai ke tekkkkaaaakkkk


Sesuailah jika bergandingan dengan :



Chicken Chop..

Dan lamb chop!


Dan berakkkk pun lawas :D. Aku rasa sia-sia aku turun berat badan sampai 2 kilogram. Tengok pipi still tetap maintain tenbam. Makin tua makin naik pipi tu. Heh.


.:. By .:.

Sunday, March 14, 2010

I City, Shah Alam

Hari itu, lepas balik makan seafood singgah kat I City, Shah Alam. (Thanks B. Lama tak jalan-jalan dengan ko. Aku sebenarnya nak ambil gambar, tapi orang ramai. Malu pun ada. Tak ada geng nak ambil gambar :D).


Dah dewasa ni, malu lak nak terkijal-kijal lompat ambil gambar :D. Neway, tempat ini agak cantik bila dipenuhi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.


Nak lepak-lepak sambil ambil angin boleh la. Tapi, panaslah! Mungkin terlalu banyak cahaya lampu.


Boleh tahan luas kawasan ini. Tapi masa aku datang, tempat yang deco christmas tu malap sikit. Agaknya dah nak tutup kot.

Korang layan je la gambar...







^-^ . Tatau nak cerita apa, sebab blank fikir masalah lain menjelma!

Try to make it easy but this problem is difficult to solve! Tiada tempat mengadu! *sigh


Sunday, January 17, 2010

Kenyang..

Dinner kat De Palma, Shah Alam lagi :D. Today makan buffet ala-ala barat sikit. Ada bbq, spaghetti, macam-macam lah. Aku seperti biasa melahap kambing, udang, daging lembu dan sotong. Aku cicah dengan air asam! Memang sedap.

Kalau makan dengan bbq sos aku mual sikit. Ye lah sakit tekak, nak makan bbq sos. Huh rasa lekat kat tekak. Minum aku order hot lime tea. Nak jaga suara lah katakan :P.

Siap kena perli dengan BIL aku. Sakit-sakit pun selera. Heh orang dah tak selera makan dah berapa hari tau. Ni balas dendam la balik.

Ni nak habaq kat semua, De Palma Shah Alam ada buat promotion dari 10 malam ke 1 pagi. Teh tarik RM 0.99 dan char kueh tiew RM 1.99. Hah apa lagi terjah lah!! :D

Char kueh tiew lengkap dengan udang dan kerang...memang berbaloi!!

Aku tak ada 'selera' nak snap gambar. Bukan apa, aku kan sakit :(. Mood ambil gambar berkurangan sedikit.

Saturday, January 2, 2010

Saat mencuci mata..

Besau juga bontot ko ya Jelo.

Orang lain boleh usha orang bogel aku pun boleh :D. Suka gila tengok orang pakai bikini tapi tak nampak stretch mark. Licin saja. Aku? Aku selalu pakai Islamic Swimsuit. Islamic la sangat, kadang-kadang kedaung gak aku ni :D. Masih banyak setan-setan berlegar dalam badan aku ni.


Aku usha tak pernah kena ketumbit. Kenapa orang selalu kaitkan ketumbit dengan orang bogel, dalam erti kata lain tengok orang tak pakai spender? Boleh ketumbit? Sampai sekarang aku penin duk pikiak.

So, petang tadi aku pergi menjamu selera. Asyik duduk terbaring je kat atas katil macam orang sakit tenat. Katil pon dah malas menampung badan aku ni. Duk henjut-henjut suruh bangun.


Aku pergi swimming!! Lama gila aku tak buat aksi kuak kupu-kupu. Apatah lagi gaya bebas. Sampai tsunami kolam renang tu dibuatnya :D. Nasib baik tak ramai orang sangat. Kalau tak berlaga-laga bontot nak berenang.

Sangat la tak mencabar. 4 kaki je dalam dia. Sampai paras buah dada je. Nak buat aksi duyung pun tak boleh.

Lepas swimming makan ais krim. Huh sangat sedap!

Lepas tu macam orang sakai pergi jalan ke Ikea dan The curve. Muka pucat lesi macam orang tak cukup darah je. Pakai selipar buruk pulak tu. Selamba masuk MNG. Nasib baik aku tak masuk kat Coach, LV ke. Mampos orang tak layan aku. Nak menyambut masuk, apatah lagi.