Friday, November 12, 2010

Makanan rasmi masa dirisik dan bertunang.

Semalam, call Mak Ngah nak wish congrats untuk anaknya yang dapat 5A UPSR. Tiba-tiba, dia wish aku lak.


Selamat hari pertunangan yang ke sebulan!


Mak Ngah sebulan pun kena wish ke? -__-". Tetapi, aku tetap terharu. Ada gak orang ingat :D.


Ya diam tak diam dah sebulan. Alhamdulillah. Semoga kekal ke jinjang pelamin dan akhir hayat.Amin.


Oh nak cerita sikit pasal makanan rasmi masa merisik dan bertunang hari itu. First, mestilah ikan phatin.


Ikan phatin masak tempoyak. Mula-mula taknak repeat lagi, time bertunang. Tetapi atas permintaan ramai, mak masak juga ikan phatin.

Ikan Phatin masak tempoyak.


Selain Ikan Phatin masak tempoyak, kerabu mangga (kitaorang panggil pecal mangga) ini pun mak buat atas permintaan ramai. Adik-beradik, sanak saudara suka makan kerabu mangga ini. So mak repeat juga kali kedua untuk majlis.


Kerabu mangga (pecal mangga).


Tapi kan. Tapi kan.Tapi kan.


Masa majlis kahwin janganlah repeat lagi. Aku lagi suka nasi minyak, daging masak hitam, dalca, gulai daging tetel, acar mentah, ayam masak merah dengan acar buah.


Lepas tu, sambil makan, sambil dengar lagu...


Selamat Pengantin Baru, Bahgia ke anak cucuk.


mood : verangan.

.:. By .:.

12 comments:

angah iza said...

makanan tu wat aku terliur !!!
oh tidakkk

littlehumblelynn said...

sedapnya gulai tempoyak tuh......menjejes air liuq!!

Bai said...

angah iza : huhuhu jangan jangan susah aku nanti! =D

Bai said...

littlehumblelynn: alamak!!!! =B

mrs.spicy said...

HHAHAHA...verangan xkene bayar by. so silalah=p

best wuuuhh masakan kg mcm tu

Kasut Pink said...

Ala bai, kami x rase lagik gulai tempoyak mak hang.. meh la lagik skali majlis kawen..ekeke

Bai said...

mrs.spicy : hahaha. kan?

masakan kampung memang sedap!

Bai said...

Kasut Pink : saje je kan! namo namo..


hahaha. nanti tak macam majlis kawen :P

Mimis said...

Uihh.. sedap giler ikan patin masak tempoyak & kerabu mangga tu... terliur bebb!!

harzharun said...

by..kalo nak suh aku atend weding ko, masak ikan patin n mangga tu!!

Bai said...

Mimis : huhuhu adakah saya bersalah? ;D.

Bai said...

harzharun: ini dah kes ugut! hahaha