Showing posts with label himalaya. Show all posts
Showing posts with label himalaya. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Himalaya again and again.

Bukan senang nak cari produk yang ngam dengan kita kan? Macam aku memang susah sangat-sangat. Muka sensitip tahap apa ntah. Huhuhu. 


Masa bersalinkan Faris..muka aku kan teruk..teruk sangat. Sampaikan pening nak cari produk apa.Dulu masa bujang sampai kahwin pakai Himalaya. Bila mengandung, hormon bertukar taknak langsung cuci muka. Tak hape hape rasa. Tapi nak buat acaner kan? Dah pembawakan :P



So lepas je pantang haritu, terus pakai balik masker Neem dari Himalaya. So sekarang pun continue je la pakai. Kadang-kadang ada lah jerawat tumbul seketul dua. Biasalah darah kotor perempuan mana nak lari ye dak? Kalau mereka-mereka tak tumbuh jerawat tu sangat lah bertuah. I jeles you!


Haku pakai balik produk Himalaya. Di sebabkan ramai yang tegur kulit muka semakin ok. Maka kita tetapkan produk ini! Hahaha. Jangan racun aku dah ok! Muahahaha.


Haritu pergi kedai Himalaya. Ada promotion. Wahhh lagi lah suka! Beli 3 bekas kecil, boleh campur-camput RM 35 gitewww. Wah murah kan? So rembat lah!

Beli ni satu untuk Nina. Suggest dia pakai Neem ni! Aku memang suka neem ni..sedap! Eh pencuci pun leh sedap ke? Hahaha belasah je la.



Pastu aku beli Neem scrub dengan Walnut scrub. Walnut tu share dengan wak sebab dia banyak sangat black head potong stim bila cium hahaha

Pastu aku dengan suka hati nak try ni. Neem kapsul untuk skin care. Makan ni memang kerap kencing sebab nak buang toksid dalam badan. Wah ternyata betul! Sebab aku asyik lah nak kencing. Huhuhu. Malam-malam pun bangun nak shishi.



OK. Aku beli Himalaya kali ini dengan niat, SAHAJA AKU PAKAI PRODUK KO AGAR AKU KELIHATAN CANTIK DAN BERSERI. AMIN.


:D


+ By +

Monday, October 25, 2010

Produk penjagaan muka yang diyakini sekarang ;).

*senyum*


Aku akui..dulu memang tak jaga muka sangat. Masa sekolah menengah pakai sabun buku lux pun ok. Bila masuk unibersiti, aku notice..aku banyak tukar pencuci muka. Sampailah aku try dove(siapa yang terbaca entry lepas, mungkin tahu apa kaitan aku dengan dove). Mungkin muka aku tak sesuai.


Sampailah aku tukar loreal semula dan try bio enssence. Masih sama. .tiada perubahan.


Kalau dulu, jerawat selalu je kat batang hidung ni... Macam badak sumbu. Hahahaha. Sekalang (sekarang) tiada lagi wooo. Aku dah pakai produk ni hampir 3-4 bulan. Sungguh-sungguh berpuas hati. Kalau jerawat naik pun, time aku period je la. Tak pun time stress sangat.


Tapi, memang tak ada dah jerawat besar yang kelihatan seperti badak sumbu tu tumbuh. Alhamdulillah.. Sekarang tengah memikirkan vit E yang hilangkan parut. Ada cadangan tak?


Oh ye aku pilih Himalaya yang bahanya diperbuat daripada Neem. Baru aku tahu Neem tu adalah daun semambu. Kalau dari dulu, aku tahu daun semambu ni elok untuk kulit...dah lama aku tenyeh daun tu kat muka aku. Hahaha. Aku ingat daun semambu ni elok untuk chicken pox je.


Masa pergi Sabah aku try Neem Face Wash. Pencuci sebelum ni pun Himalaya, untuk oil control. Tu aku simpan kat kampung. Kira stok kat kampung lah.

Produk yang menjadi pilihan hati sekarang ;).


Dan kelmarin telah membeli ini. Notice juga, muka aku memang susah nak ngam dengan mana-mana moistorizer.


Aku cuba pakai siang dan malam


agar... kulit akan menjadi seperti ini...







Pangako Sayo~~~~


Kadang-kadang, aku bermonolog untuk diri sendiri. Dah la muka aku tidak seberapa lawanya, (tapi manis adalah~hahahaha) so kenalah jaga muka, pemakaian kan? Kadang-kadang tengok orang lawa tapi pandai jaga pemakaian dan kecantikan...so bonus untuk dia.. Tapi ada juga yang tak seberapa lawa, pandai jaga kecantikan, pemakaian. Ni pun bonus.... Dia ada kelebihan tentang tu. Ini monolog k. Bermonolog dengan diri sendiri.


Aku yang lemah tentang kecantikan;
.:. By .:.

Friday, April 30, 2010

Ubat kepada entry masalah T zone..

Ingat tak aku pernah buat entry ini?? Ingat?? Aku ada masalah T zone yang sangat berminyak. Aku dah ketemu ubatnya!!!!

Hahaha baru pakai seminggu dah teruja. Tapi, nampak gak la perbezaan. Muka tak berminyak sangat dah. Dulu, kalau bangun tidur..mak aiiii boleh perah buat goreng telur. Sekarang dah tak berminyak sangat.

Lagi satu. Syukurrr. Aku punya jerawat pun kurang naik dah. White head pun none ado...

Alhamdulillah :D

Nak tahu aku guna apa?

Ha ni ha. Brand Himalaya. Memang bagus lah. Aku hanya pakai ini je. Belum cuba face wash dia lagi...

Hanya pakai 2 kali seminggu. Bau dia macam inai. Tapi feel dia macam pakai lumpur Tangkuban Perahu :P

Busuklah juga. Tapi, orang cakap busuk itulah ubat mujarab. Moga-moga aku tak ada masalah T- zone dan berjerawat lagi. amin :D.


.:. By .:.