Showing posts with label himalaya products. Show all posts
Showing posts with label himalaya products. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Himalaya again and again.

Bukan senang nak cari produk yang ngam dengan kita kan? Macam aku memang susah sangat-sangat. Muka sensitip tahap apa ntah. Huhuhu. 


Masa bersalinkan Faris..muka aku kan teruk..teruk sangat. Sampaikan pening nak cari produk apa.Dulu masa bujang sampai kahwin pakai Himalaya. Bila mengandung, hormon bertukar taknak langsung cuci muka. Tak hape hape rasa. Tapi nak buat acaner kan? Dah pembawakan :P



So lepas je pantang haritu, terus pakai balik masker Neem dari Himalaya. So sekarang pun continue je la pakai. Kadang-kadang ada lah jerawat tumbul seketul dua. Biasalah darah kotor perempuan mana nak lari ye dak? Kalau mereka-mereka tak tumbuh jerawat tu sangat lah bertuah. I jeles you!


Haku pakai balik produk Himalaya. Di sebabkan ramai yang tegur kulit muka semakin ok. Maka kita tetapkan produk ini! Hahaha. Jangan racun aku dah ok! Muahahaha.


Haritu pergi kedai Himalaya. Ada promotion. Wahhh lagi lah suka! Beli 3 bekas kecil, boleh campur-camput RM 35 gitewww. Wah murah kan? So rembat lah!

Beli ni satu untuk Nina. Suggest dia pakai Neem ni! Aku memang suka neem ni..sedap! Eh pencuci pun leh sedap ke? Hahaha belasah je la.



Pastu aku beli Neem scrub dengan Walnut scrub. Walnut tu share dengan wak sebab dia banyak sangat black head potong stim bila cium hahaha

Pastu aku dengan suka hati nak try ni. Neem kapsul untuk skin care. Makan ni memang kerap kencing sebab nak buang toksid dalam badan. Wah ternyata betul! Sebab aku asyik lah nak kencing. Huhuhu. Malam-malam pun bangun nak shishi.



OK. Aku beli Himalaya kali ini dengan niat, SAHAJA AKU PAKAI PRODUK KO AGAR AKU KELIHATAN CANTIK DAN BERSERI. AMIN.


:D


+ By +

Friday, July 16, 2010

Himalaya yakin keberkesanannya!

Tajuk macam iklan kan? Yakin bebenar bunyinya :D. Ingat tak aku pernah mengadu ada problem T-zone? Selalu je jerawat naik tang dahi, dagu dan hidung. Selalunya hidung lah. Sampai hidung aku dah senget sebelah. Ok tipu.



Ada aku cerita pada entry yang lepas. Aku dah try Neem Face Pack. So sekarang dah dekat 3 bulan aku pakai. So far, sedap dan berkesan sekali! Alhamdullillah jerawat aku susah nak naik. So kulit aku dah mula terima Himalaya dan ngam ho wif Himalaya!


Inilah dia penyelamat muka aku. Siapa nak tahu lagi detail sila click : sini
Aku memang tak tinggal pakai, 2 kali seminggu. Sampai sekarang masih belum habis :). Jimat!



*pict google-ed*

Dan aku juga telah menggunakan Face Wash Gel : Oily skin. Nak hilangkan minyak kat muka aku ni. So, kuranglah jerawat naik. Jimat juga, sebab hanya pakai 2 kali sehari. Dan hanya guna secalit. Buih pun kurang. Orang cakap buih kurang tu yang elok. Sebab, tak banyak bahan kimia.



Sekarang aku teringin nak pakai Almond & Cucumber Peel-Off Mask. Supaya healthy dan muka seglowing Aishwarya Rai *tak pasal* hahaha!



Dan nak cuba Moisturising lotion, untuk kelembapan. Yang ini aku was-was sikit nak cuba. Bukan sebab tak yakin dengan product tapi, muka aku susah nak ngam dengan any moisturiser pon. Mesti lagi berminyak!




Sekarang, aku memang dah stop habis pakai Bio Essence. Cuma, aku pakai serum je. Itupun sebab sayang. So far serum tu tak mengganggu pun. So aku continue pakai serum Bio Essence.






Sharing is caring bersama;

.:. By .:.