Monday, July 15, 2013

Faris, kaki dan takut.

Lama tak cerita pasal progress Faris. Faris sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah. Dah besar dah rasa anak bujang mama. Cepat betul. Sob. Pergi kerja, balik kerja tup tup dah pandai itu, pandai ini.


Kalau balik awal boleh la bawa Faris kat playground area rumah. Kalau tak, hurm duduk je dalam rumah tengok tv. Weekend je la kalau ada masa pun.


Dulu masa Faris umur 10 bulan ke atas, Faris takut gelongsor, kolam dan air laut. Tatau buat macam mana. Still ajak dia pergi, konon-konon nak ajar jadi jangan takut. Tapi aku rasa budak-budak ini, ada fasa dia la kan? Tak perlu nak risau gelabah sangat (macam aku). Hehehehe.


Aku pernah tanya doktor, kenapa Faris ini lambat dapat kaki. Aku risau. Doktor cakap, jangan takut sebab kanak-kanak ini ada keunikan dia sendiri dan jangan paksa sangat dia buat itu dan ini. Be natural. Tapi, kalau tak jalan semasa umur dah 2 tahun, ha yang tu patut bimbang sedikit. Lepas daripada itu, aku dah banyak biar Faris kenal dunia dengan sendiri.


Alhamdulillah. Faris dah pandai satu persatu. Dah dapat kaki. Dah laju dah sekarang ini.


Paling terkejutkan, Faris dah tak takut gelongsor masa dia start belajar jalan! :D. Nangis-nangis mak tengok. Hihihi. Over mak ko kan! :P

Mama dan Faris. Syok dapat teman Faris macam ni. Mula lah dalam hati....nak berhenti kerjaaaaaaaaaaaa!



Tengok?? Dah tak takut!! *Clap clap



Kemain suka main itu dan ini. 



Lepas ni mama bawa awak ke kolam renang dan mama campak ke dalam tu eah? Ok?


Hehehe.




+ By +

No comments: