Showing posts with label FarisDaiyan. Show all posts
Showing posts with label FarisDaiyan. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Faris : free drypers.

Assalammualaikum!


Hari ini nak buka topik Faris free drypers. Faris start belajar cici {read : buang air kecil}, masa umur 2 tahun lebih. Masa tu aku pantangkan Durrah. Dah tiba masanya supaya Faris belajar semua benda tu. Belajar cici, belajar uk uk {read : buang air besar :D}.


Mula-mula dalam 2-3 hari memang free-kan Faris dari pampers dan seluar. Senang, kalau dia nak buang air kecil dan besar...boleh terus lari ke toilet. Tapi itu pun kena berteman. Kalau tak, Faris tak nak sebab dia adalah seorang yang takut lipas. He he he.


Kadang-kadang dia berlari keluar, cici kat longkang. Selambe ok.


Lepas 2-3 hari barulah pakai kan Faris seluar. Ajar pula untuk buka seluar ataupun tarik je seluar sendiri dan cici. Misi, berjaya :).


Tapi, masa 1-2 bulan tu adalah juga kalau dia asyik main je... dia akan tahan dan terlupa untuk cici. Pernah sekali dia cici kat ruang tamu jiran -___________-". Dia tak sempat nak pergi toilet sebab duk asyik main kereta. Nasib sekali tu je.


Itu cerita pasal cici kan? Kalau cerita uk uk plak, Faris ada tangga sendiri untuk naik ke mangkuk tandas. Yang ini pun berjaya.


Dan masuk 3 tahun, Faris dah tak pakai pampers untuk waktu malam dan di rumah pengasuh. Dulu kalau malam pakai Faris pampers, sebab manalah tahu dia akan terkucir. Mamanya malas nak mencuci hahahaha. Dan di rumah pengasuh pula, Faris ni jenis nak buang air besar kat toilet dia je. Kalau orang lain punya taknak. Tapi sampai bila kan? Nanti bawa tabiat tu ke besar...susah anak jantan mama  nanti hihihi. Tak mo la jadi cerewet ok.


Masa umur 3 tahun juga, Faris dah boleh pergi toilet shooping mall untuk cici dan uk uk. Yeay!



Faris 3 tahun. 


Tahun ini nak masuk 4 tahun. Kejap je rasa. Tengok-tengok gambar, ehhhh dah besar anak sulung aku ;).



ok da! 


XOXO



+ By +

Wednesday, September 17, 2014

Bila Upin Ipin menjadi tatapan harian Faris.

Lama tak update pasal Faris. Faris sekarang dalam fasa banyak bercakap. HAHAHAHA. Tak lama lagi nak jadi abang long dah. InsyaALLAH. Kawan dia sekarang Upin Ipin la. Balik rumah pengasuh mesti layan upin ipin. Oklah takde lah seharian ngadap kan? Itupun banyak ambil yang siri pembelajaran.


Bagi aku Upin Ipin tak adalah kasar sangat bahasa dia, malah Faris banyak belajar bercakap bila tengok Upin Ipin. Ye lah, duk menghafal skrip je....maunya tak pandai bercakap.


Bila orang offer makan...Faris makan... dia jawab taknak, pose. HAHAHAHA. Ni gara Upin Ipin la ni. Sebab duduk tengok siri berpuasa. hehehe.


Lagi satu..kalau makan, mesti nak ayam Upin Ipin pula. Apa saja Upin Ipin makan dia nak makan. Kalau episod buah-buahan tempatan tu (ha sampai mak ko hafal tajuk siri ok. HAHAHA), tengok Upin Ipin makan durian, si Faris tu pun nak durian juga.


Honestly aku ajar Faris takde lah fokus sangat. Aku banyak ajar Faris secara naturally. Cewah. Lain mak lain didikan kan? Macam belajar berdoa, aku suruh wak download siri yang doa makan. So sambil tengok jalan cerita, sambil Faris hafal. Lagipun Faris jenis menghafal cara macam tu. Kalau aku ajar sendiri dan secara paksa aku rasa dia berlari entah kemana. So inisiatif aku ambil jalan macam ni :).


Tahun depan InsyaAllah aku akan hantar dia ke sekolah. Hanya sejam pada hari Sabtu sahaja. Cukuplah untuk dia explore dan belajar. Aku taknak dia belajar dengan cara skop yang tinggi. Dari pengalaman aku, aku sendiri boring kalau belajar benda yang aku dah tahu. So aku nak Faris explore dulu. Kelas tu, dia ajar macam menggunting, menampal, kenal huruf...oklah untuk tahap umur dia.


Itu je cerita Faris. Macam terblur plak nak taip. Hahaha.


Good luck Faris! Mama love u abang :D.



+ By +

Thursday, December 12, 2013

DIY flash kad untuk Faris.

Hi.


Dah lama rasanya gambar ini dalam draft. Simpan-simpan, nak tulis lepas itu buat kerja lain. Dah kedaung semua entry. Hehehehe. Biasalah masalah ketuaan dah melanda beginilah jadinya. Kejap ingat nak buat apa, tak sampai 1 jam dah lupa semula nak buat apa. Teruk betulkan masalah ketuaan aku?


Ok. Berbalik pada tajuk asal.


Faris kalau bab belajar dia tak suka sangat kalau aku ajar abjad semata. Maybe dia boring kot tak ada gambar. Jadi, aku cari gambar abjad dan sekali gambar. Contoh : huruf A, A for Apple, dan ada sekali gambar apple. Nampaknya berkesan dan dia suka =D.


Sebelum ini ajar dia tunjuk kat badan sendiri je. Kali ini bergambar.Pernah aku baca info ini, dalam info itu dia bagitahu bahawa anak yang umurnya setahum ke atas adalah sangat sesuai dengan flash kad dan montesori. Tapi montesori kita dah boleh start dalam 6-7 bulan ke atas. Yang lain jangan push sangat sebab tak sesuai dengan umurnya giteww.


Untuk menjimatkan dan untuk mengelakkan hati kita sakit pabila anak koyakkan flash kad yang agak mahal harganya, jadi aku buat flash kad sendiri. Print dan tampalkan atas kertas warna warni untuk nampak menarik.





Aku selalu keluarkan 2-3 keping flash kad untuk sekali pembelajaran. Cewah ayat! =P. Pernah sekali keluarkan banyak keping. Tapi Faris agak kompius. Dah pandai, kita lebihkan sikit flash kad tu. Untuk mengelakkan Faris kompius macam mama dia, mari kita keluarkan dengan kuantiti yang sedikit dulu. Yang lain simpan dalam lemari [almari].


Ok bila gambar bird, dia akan ambil bird. Dan frog, dia akan ambil gambar frog. Ok lulus untuk 2 flash kad. Tapi bila gambar kangaroo, Faris kompius antara katak dan kangaroo. -_____-". Tak apa cuba lagi nanti ya.




Kadang-kadang masa belajar ada juga tetiba Faris boring. Ye lah, dah 2 flash kad pastu ko duk ulang. Kalau ko sendiri pun boring kot. Hahahaha. Jadinya, Faris akan buat kerja sendiri seperti gambar di bawah.




Kerja korek gambar dan kertas dannnnnn koyakkan. Takpelah bagi dia explore kan? (Sedapkan hati)


Lepas ini mama kumpulkan lagi gambar-gambar ya.



Oklah. Bye!



+ By +

Friday, November 29, 2013

Bercakap.

Faris ini yang jenis dapat bercakap sesuatu perkataan, dia akan sebut sehari suntuk. Pernah 1 hari itu dia dapat perkataan nampak. Sampai ke malam tu tanya, nampak? nampak? nampak? 


Pastu, bagitahu mak..Faris selalu tanya nampak? nampak? Kalau aku tengah drive malam seremmmms juga kan? Hahaha. Mak cakap, ntah-ntah dia nampak betul tak ? Ok so mama dah standby surah yassin dan bacaan dalam kereta ya Faris. Tak baik tau buat cuak cenggini -_-".


Lepas itu dia dapat perkataan teeth, gigi. Ha..ini kejap dia cakap gigi...kejap teeth. Sebab, mama dia ajar Faris bahasa melayu dan abah Faris bahasa inggeris :D. Oklah dapat dwi bahasa. Perkataan teeth dan gigi ni pun dia repeat sampai seminggu. Kalau tak pandang masa dia sebut tu, dia akan jerit. Fuhhh!


Dan bila nampak kedai...dia akan sebut tetai..maaa maaa tetai. Ok la..dapat agak Faris sebuat apa. Tesco = teko...


Yang paling buat aku ingat sambil taip ini, si Faris suka menyanyi. Hahaha ikut siapa ni Ayeh? Salah satu lagu Faris suka repeat sampai bernanah lah telinga dengar adalah lagu twinkle-twinkle... Kadang-kadang terasa anak sendiri comel je sebut pelat-pelat. Dia selalu akan nyanyi cam ni,


"winkel winkel litetaaa...hoo aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatu aaaaaaaaaaa" 


Hahaha ape-ape je la Faris. Memula je ikut betul, lain-lain dia aaaaaaaaaaaaaa kan je =D.



Kadang-kadang dia sebut main taram je, maknanya dia malas la tu nak layan. Sampaikan, orang suruh sebut abah..dia sebut mama -____-. Faris-faris.


Ni gambar latest Faris. 1 tahun 8 bulan. Lagi 4 bulan dah 2 tahun. OK be careful ya Faris! Latihan pre-brother akan bermula. Hakhakhakhak.



Faris yang dah banyak buat auta kari. Belum dapat lagi bercakap sepenuhnya kan? Tatau la macam mana nanti. Hihihihi


Aku dah paham kenapa emak-emak tak bagi anak membesar cepat...Tak puas ok! Pejam celik, pejam celik dah besar. Haih. Kini aku lak rasa.



Ok sampai sini sahaja. Macam dah tak ada idea plak. Selamat hujung minggu!



+ By +

Thursday, November 21, 2013

Breastfeeding : Review pasal madela free style (mfs).

Dari Faris dalam perut lagi, aku dah siap-siap plan dan kumpul duit nak beli Madela Free Style (mfs) ni. Erm harga memang mahal sedikit. Tapi selama aku pakai, aku rasa sangat berbaloi even sekarang aku dah simpan dalam store. So anak kedua tak payah beli, pergi service je nanti =P. Berbaloikan? 



Aku dah tak pam sebab bukan rezeki aku nak meneruskan dan menyimpan stok susu. Sedih itu memang sedih. Siapa yang tak sedih kan, bila rutin tiap-tiap hari dan mengepam hampir 1 tahun 5 bulan gitu. Sekarang pun Faris menyusu tapi direct breastfeeding. Campo-campo.



Masa pantang, aku dah start kumpul stok. Alhamdulillah selama aku guna mfs selama ini, tak pernah mengalami masalah melecet ke sakit ke.Lega rasa. Selesa, boleh buat kerja rumah sekali. Sambil drive sambil menternak. Aku pernah juga terbaca yang guna brand lain, ada yang melecet...ada yang sampai luka. Lepastu sampai bertukar pam. Kalau dikira 2 kali ko tukar, boleh beli mfs aku rasa =D. Sekarang, harga dia tak macam dulu...dah oklah sikit. Kalau rasa tak mampu tu, menabung lah. Tak susah mana. Sehari RM 5, sebulan dah RM 150..9 bulan rasanya dah boleh beli :). 



Rutin mama dulu, Faris. Rindu tapi apakan daya. Rezeki Faris tahap itu je. Alhamdulillah sekarang Faris dah faham...bila mama cakap tak ada susu...mana botol? Faris berlari ambil botol, siap tunjuk susu dan air panas :D. Happy tau! Begitu juga kalau mama ada kerja, bagitau yang mama ada kerja..Faris macam faham even Faris tak beberapa nak petah cakap lagi. Ehhh puji anak sendiri plak kan? Tapi itulah yang terjadi sekarang ini. Maybe Faris pun dah redha kot. Tapi kadang-kadang, Faris rindu...selambe je dia tarik baju depan orang -___-".





Beg ini lah teman kehulur-kehilir waktu dulu...sampai ke Guangzhou pun mama bawa Faris. Hahaha. Punyalah kental kot. Huhuhu.



Oh ya, aku perasan bila guna mfs bukan sahaja selesa tapi aku rasa macam senang berdalir keluar =D. Takperlulah aku bagi tahu sini. Korang paham-paham je lah. Hihihi.


Yang pasti mfs banyak bantu aku. Memang best sangat dah la ringan! Senang nak bawa ke mana-mana..dan lagi satu, tak banyak barang. Sikit je kena bawa...motor dia yang kecik tu, corong susu dan botol. Itu je. Lagi satu mfs ini tak payah nak cucuk dekat suis. Charge siap-siap, bateri full ...boleh bawa kemana sahaja anda pergi :).



Eh ini bukan lah entry sponsor :P...Ini adalah cerita Aku, susu dan Faris. Hahahaha.



Ok bye!





+ By +

Thursday, October 31, 2013

Kisah anak (anak) saya.

Dah lama tak cerita pasal perkembangan anak(anak?) kat sini. Hehehe. Pejam celik pejam celik Faris dah 1 tahun 7 bulan. Cepat kan? Sekarang pun rasa macam Faris itu baby lagi. Sedap gomol-gomol dia. But now, Faris tak berapa suka orang gomol dia. Kalau gomol, bantai dia jerit sekuat hati sebab kacau dia tengah main-main. Hahahaha.


Kalau berjalan, kemain dia taknak orang pegang. Lepas tu melulu dia pergi kat escalator -_-". Laju kemain berjalan. Kalau berjalan dengan aku, memang aku ikat kat dalam stroller. Hehehe. Kalau abah dia ada, ok skit...tidaklah aku mengejar Faris.Biar abah dia mengejar hewhewhew. Sebab itu agaknya badan aku susah nak turun kan? Hahaha.  Eh cerita badan pula :P.


Faris tak berapa laju lagi bercakap. Dapatlah dia beberapa words. Kadang-kadang ajar, dia buat dek je. Macam orang dah tahu nak sebut. Haih. Aku jerit pun dia buat tak tahu. Hahaha. Tapi bila dia sebut-sebut sesuatu, ha masa itu lah aku terkejut! Eh dah pandai cakap lah!! Sebenarnya, anak ini tak payah nak push sangat kan? Biar dia paham dan praktis secara natural. 


Kadang-kadang aku tengok, ada sebilangan ibu-ibu yang suka push anak dia...tak dapat dipukulnya..Aku pun tak berani nak komen pasal ini. Sebab, aku baru ada seroang anak. Tapi pendapat aku, tak perlu pukul.. kesian anak tu kan? Kita nak push, kalau dia tak boleh nak buat sesuatu pun nak paksa? Erm entahlah. Paling tak suka tengok ada yang ibu push-push anak dia, lepas tu pukul depan-depan orang dekat shopping mall. Ok stop pasal ini :P.

Berbalik pada Faris, Faris dah tak sangat nak menepek minum susu ibu. Kalau dekat rumah, dia kadang-kadang nak susu formula je. Agaknya susu aku dah kurang :(. Tapi tak apelah kan? Faris pun dah besar. Dia sendiri akan ambil botol, lepastu tunjuk susu dan air panas. Hehehehe. Seronok tengok perkembangan anak kan? Satu persatu dia pandai :).


Kalau tang bergambar pula, kadang-kadang dia suka lah. Kadang-kadang dia buat dek je. Hehehe.





Faris, 1 tahun 7 bulan.



Nak tengok muka Faris kalau tak layan?



See. Tunjuk macho. Kalau kamera ajukan pada dia kan, kadang-kadang dia buat dek...buat mata ke atas lah, walaupun orang suruh dia smile -_-".




Ok cerita anak lain?


Anak lain adalah anak kucing. Hahahaha. Kat rumah itu ada 2 ekor kucing. Sekor jantan, sekor betina. Yang jantan namnya Jiwa. Yang betina, namanya Lara.

Ini si Jiwa. Si Jiwa ini paling rapat sikit dengan Faris. Suka menyending dekat Faris. Faris lak, kalau tengah makan...disuapnya kat si Jiwa ini -_-". Sunnah Rasullullah :D. Hehehe.


Dan ini si Lara. Si Lara ni, kadang-kadang dia kompius dengan nama dia. Hahaha maybe sebab dari kecil, nama dia baby. Dan si Lara ini, suka buat hal sendiri. Tak suka bergaul. Anti sosial. Hahaha.


Oklah. Sampai di sini sahaja kisah anak-anak aku! Hehehe.Sampai ketemu lagi.



+ By +

Monday, July 29, 2013

Susu ibu dan anak lelaki.

Kali ini nak cerita pasal pengalaman aku menyusukan Faris. Faris sekarang sudah masuk 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah, Faris dah boleh berjalan laju. Dulu punyalah aku risau dia tak boleh-boleh jalan. Tapi itulah keistimewaan setiap anak dan kebolehan setiap anak. Lain anak lain kebolehan kan? Bila dah dapat jalan ini, aku pula yang suruh dia duduk, sebab aku penat tengok dia asyiklah duk berjalan walaupun dalam rumah. Hahahaha.


Faris masih minum susu aku. Tapi dah campur susu formula. Sedih tu memang sedih. Tapi kena redha. Betul tak? Kalau dah Allah tentukan rezeki tahap itu takkan kita nak nangis,takkan kita nak marah. Sebagai contoh, kalau TUHAN cakap anggur itu milik B, maka B la punya. Sudah tertulis begitu. Kan?


Aku dah mula ajar Faris minum susu fresh milk masa umur Faris 1 tahun 2 bulan. Alhamdulillah dia tidakpun menolak. Lepas itu, aku try pula campur dengan susu formula. Juga tidak menolak. Memang ikut mama ni Faris. Kalau bab makan tolak batu dengan kayu je. Hahahaha.


Faris ini, kuat minum susu. Kalau masa baby aku bekalkan 6 botol susu bersamaan 30 oz, habis ok. Maybe anak lelaki? Orang cakap anak lelaki minum susu lebih sikit dari anak perempuan eak? Maybe la kan? Nanti boleh buat eksperimen untuk anak kedua. Hahaha. Ehhhh??


OK habis bab susu. Bab perangai anak lelaki pula. Aku tak pastilah sama ke atau tidak pengalaman aku dengan korang. Aku pun baru anak sorang.   


Aku punyai masalah satu je buat masa ini....

















Masalah aku adalah...





Anak lelaki aku susah nak bergambar sekarang! Hahaha. Paksa lah macam mana. Pujuk lah macam mana. Susahnya lahai nak senyum. Asyik main je. Hahaha.Tak caya? Ni tengok ni.










+ By +

Monday, July 15, 2013

Faris, kaki dan takut.

Lama tak cerita pasal progress Faris. Faris sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah. Dah besar dah rasa anak bujang mama. Cepat betul. Sob. Pergi kerja, balik kerja tup tup dah pandai itu, pandai ini.


Kalau balik awal boleh la bawa Faris kat playground area rumah. Kalau tak, hurm duduk je dalam rumah tengok tv. Weekend je la kalau ada masa pun.


Dulu masa Faris umur 10 bulan ke atas, Faris takut gelongsor, kolam dan air laut. Tatau buat macam mana. Still ajak dia pergi, konon-konon nak ajar jadi jangan takut. Tapi aku rasa budak-budak ini, ada fasa dia la kan? Tak perlu nak risau gelabah sangat (macam aku). Hehehehe.


Aku pernah tanya doktor, kenapa Faris ini lambat dapat kaki. Aku risau. Doktor cakap, jangan takut sebab kanak-kanak ini ada keunikan dia sendiri dan jangan paksa sangat dia buat itu dan ini. Be natural. Tapi, kalau tak jalan semasa umur dah 2 tahun, ha yang tu patut bimbang sedikit. Lepas daripada itu, aku dah banyak biar Faris kenal dunia dengan sendiri.


Alhamdulillah. Faris dah pandai satu persatu. Dah dapat kaki. Dah laju dah sekarang ini.


Paling terkejutkan, Faris dah tak takut gelongsor masa dia start belajar jalan! :D. Nangis-nangis mak tengok. Hihihi. Over mak ko kan! :P

Mama dan Faris. Syok dapat teman Faris macam ni. Mula lah dalam hati....nak berhenti kerjaaaaaaaaaaaa!



Tengok?? Dah tak takut!! *Clap clap



Kemain suka main itu dan ini. 



Lepas ni mama bawa awak ke kolam renang dan mama campak ke dalam tu eah? Ok?


Hehehe.




+ By +