Friday, July 5, 2013

Highsun Fabric Market, Guangzhou.

Ok lepas ini, rasanya ada 2-3 lagi terhutang entry Guangzhou. Pffft! Punya lah banyak...itu pun ada tempat yang aku tak ingat mana. Hurm kalau cerita day by day, part by part rasanya macam panjang berjela. Boring lak nanti. Ni pun dah naik cemuih kan? Hewhewhewhew. 


OK selain Beijing Lu dan Taikang Plaza, ada lagi tempat shopping yang lagi menarik. Tempat jual kasut lain, tempat jual barang kulitnya lain...Tempat jual kain pun lain. Tapi kalau pergi satu tempat tu jual kain, memang satu atau 2 lorong tu jual kain je. Malah ada sampai 5 lorong! 


Yang aku pergi kali ini adalah Highsun Fabric Market. Dari hotel naik teksi. Sebab agak jauh perjalanan. Faris, wak jaga sebab masa ini duaorang tu demam. Hehehe. So mama kuarantinkan duaorang tu, untuk duduk dalam bilik hotel sampai sihat. Ada alasan lah mama nak jalan-jalan bersama mak dara yang lain. Hahahaha.


Kitaorang keluar pagi. Sampai sana memang dah tercongok depan kedai. Hahahaha.


Tanggapan aku teramatlah salah sekali. Aku ingat macam satu bangunan tu je jual kain. Tapi kedai kat tepi-tepi Highsun itu pun berlambak kedai ok! Rasanya macam tak cukup 6 hari ke sana. Kitaorang cancel-kan trip untuk pergi ke Hongkong sebab Faris demam. Takpelah janji Faris sihat kan...boleh pergi lain waktu kalau ada rezeki.


Faris demam bukan sebab cuaca sana ke apa. Dia tumbuh gigi sampai 5 batang! Hahaha. 


Eh berbalik semula ke Highsun Fabric Market tadi. Ok disebabkan building tu tutup lagi, kitaorang jalan kedai-kedai berhampiran.


Kedai langsir! Memang cantik dan murah. Tapi tak beli sebab takut ter-over berat T___T. Tu la kan shopping sakan lagi. Hehehe. 



Korang nak design then suruh orang kedai jahit tu pun boleh. Boleh ambil keesokkan atau hari yang sama. Yang dah siap pun ada. Cantik-cantik dan moden-moden.


Habis semua kedai lah kitaorang pergi sambil tunggu Highsun tu buka. Sampai lenguh kaki berjalan.


Bila Highsun buka apa lagi?? Melompat!! Hehehe. Barang yang di idamkan adalah memborong kain cotton dan kusyen. Hehehe. Langsir tak apa, tahan sabar dulu sebab rumah pun rumah sewa sekarang. So, rasa macam tak berbaloi kalau beli.



Highsun Fabric Mariket ini, memang banyak kedai dan banyak pilihan kain. Dan yang paling penting adalah murah! Aku buat kusyen 45 minit je dah siap! Dalam RM 25 macam tu. Murah? Murah lahhhh sebab kusyen tu jenis bulu-bulu zebra, bulu-bulu bear. Hehehe. Kalau sini beratus kan??


Untuk kain cotton pula, memang lah sangat-sangat murah dan berkualiti. Bukan jenis ada sesetengah cotton yang berbulu tu. Memang yang jenis mahal kalau kat sini. Tskkk kalau ingat balik kan, memang menyesal tak beli banyak-banyak T_T.


Ok bila dah masuk lunch, kitaorang balik ke hotel. Aku nak balik jenguk Faris. Lagi pun Aku pam susu sampai tengahari je. 


So, kitaorang balik ke hotel naik bas. Lagi murah dari tambang teksi. Huhuhu. Ada warga sana tunjukkan kitaorang macam mana nak naik bas. Merasalah naik bas di Guangzhou hehehe. Macam rapid KL juga, masuk duit then jalan.





Ha tu antara hasil rembatan! Hahaha baru setengah hari berjalan ok. Kalau seharian? Grrrr boleh jadi gila. Hahaha.



Ok sampai di sini sahaja. Lepas ini kita cerita pasal tempat barang kulit, handbag ok!


+ By +

1 comment:

safurara said...

wahhh berbungkus2.sonoknyaaa.bape lah habis kan.