Tuesday, July 9, 2013

Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.

Ok lepas kita cerita pasal kain, kita cerita pula mengenai tempat borong barangan kulit. Masa ni, Faris dah kebah demam sikit. So kitaorang dah berani bawa Faris jalan-jalan.


Oh ya..sana farmasi ke apa memang susah nak dapat ya. Sebab diaorang majoriti guna tabib. Masa Faris demam aritu kitaorang gamble pergi Hospital Guangzhou. Yelah risau juga kan? Check apa yang patut. Hurm dari segi bahasa nak cakap, seperti biasa agak susah. Doktor diaorang je pandai BI tapi tu pun dia susah nak explain. So far kitaorang faham la apa yang dia maksudkan. Sebab kitaorang punya BI pun macam cina bukit. Hewhewhewhew. So siapa nak pergi memana, aku nasihatkan standby ubat dari klinik sini. Senang.


Berbalik semula pada entry. Tempat barang kulit ni agak jauh sedikit dari hotel kitaorang menginap. Dalam 30-40 minit termasuk jem. Tempat ni memang jadi tumpuan. Ramai ok! Pastu keliling ada kedai leather -_-". Sampai tatau mana nak pergi. So kitaorang decide pergi yang bangunan besar dulu iaitu Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.


Gambar ini sebenarnya di hadapan tempat leather tu. Mak dah tak tahan tengok juice. Hehehe memang juice asli.



Nampak tak alat untuk perah juice tu. Macam senang je kan?


Mak, wak, abang wak dan Faris tengah tidur di hadapan Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.



Memang ramai gila ke sini, terutama mat salleh dan negro. Semuanya peniaga...  Barangan kulit dia memang kualiti dan tiada lagi brand. Kalau nak di-brand-kan maybe kena tempah untuk cop je.


Sana kebanyakan barang, baju, aksesori yang beli secara borong memang tak ada sangat yang bercop. Kalau ada cop pun, cop barangan tempatan diaorang. 


Memang gila kalau tengok dan membeli. Tak tahu nak pilih yang mana. Gambar yang kat atas ni, gambar barangan kulit biasa je. Terlupa nak snap handbag yang jenis berkualiti. Huhuhu. 


Dah habis berjalan dan membeli, kitaorang terus balik sebab kat luar hujan lebat. So tak ada kesempatan nak berjalan kat kedai-kedai berhampiran :(. Hanya menjerit dalam van je, wahhhhhh kat sini lagi banyaklah handbag...kat situ banyakkkk. Takpelah tak ada rezeki. Kalau ada peluang, kita pergi lagi :).


Ok last entry rasanya lepas ini cerita pasal tempat borong kasut. Tapi, nama aku dah tak ingat. Hewhewhew.


+ By +

No comments: