Thursday, October 31, 2013

Kisah anak (anak) saya.

Dah lama tak cerita pasal perkembangan anak(anak?) kat sini. Hehehe. Pejam celik pejam celik Faris dah 1 tahun 7 bulan. Cepat kan? Sekarang pun rasa macam Faris itu baby lagi. Sedap gomol-gomol dia. But now, Faris tak berapa suka orang gomol dia. Kalau gomol, bantai dia jerit sekuat hati sebab kacau dia tengah main-main. Hahahaha.


Kalau berjalan, kemain dia taknak orang pegang. Lepas tu melulu dia pergi kat escalator -_-". Laju kemain berjalan. Kalau berjalan dengan aku, memang aku ikat kat dalam stroller. Hehehe. Kalau abah dia ada, ok skit...tidaklah aku mengejar Faris.Biar abah dia mengejar hewhewhew. Sebab itu agaknya badan aku susah nak turun kan? Hahaha.  Eh cerita badan pula :P.


Faris tak berapa laju lagi bercakap. Dapatlah dia beberapa words. Kadang-kadang ajar, dia buat dek je. Macam orang dah tahu nak sebut. Haih. Aku jerit pun dia buat tak tahu. Hahaha. Tapi bila dia sebut-sebut sesuatu, ha masa itu lah aku terkejut! Eh dah pandai cakap lah!! Sebenarnya, anak ini tak payah nak push sangat kan? Biar dia paham dan praktis secara natural. 


Kadang-kadang aku tengok, ada sebilangan ibu-ibu yang suka push anak dia...tak dapat dipukulnya..Aku pun tak berani nak komen pasal ini. Sebab, aku baru ada seroang anak. Tapi pendapat aku, tak perlu pukul.. kesian anak tu kan? Kita nak push, kalau dia tak boleh nak buat sesuatu pun nak paksa? Erm entahlah. Paling tak suka tengok ada yang ibu push-push anak dia, lepas tu pukul depan-depan orang dekat shopping mall. Ok stop pasal ini :P.

Berbalik pada Faris, Faris dah tak sangat nak menepek minum susu ibu. Kalau dekat rumah, dia kadang-kadang nak susu formula je. Agaknya susu aku dah kurang :(. Tapi tak apelah kan? Faris pun dah besar. Dia sendiri akan ambil botol, lepastu tunjuk susu dan air panas. Hehehehe. Seronok tengok perkembangan anak kan? Satu persatu dia pandai :).


Kalau tang bergambar pula, kadang-kadang dia suka lah. Kadang-kadang dia buat dek je. Hehehe.





Faris, 1 tahun 7 bulan.



Nak tengok muka Faris kalau tak layan?



See. Tunjuk macho. Kalau kamera ajukan pada dia kan, kadang-kadang dia buat dek...buat mata ke atas lah, walaupun orang suruh dia smile -_-".




Ok cerita anak lain?


Anak lain adalah anak kucing. Hahahaha. Kat rumah itu ada 2 ekor kucing. Sekor jantan, sekor betina. Yang jantan namnya Jiwa. Yang betina, namanya Lara.

Ini si Jiwa. Si Jiwa ini paling rapat sikit dengan Faris. Suka menyending dekat Faris. Faris lak, kalau tengah makan...disuapnya kat si Jiwa ini -_-". Sunnah Rasullullah :D. Hehehe.


Dan ini si Lara. Si Lara ni, kadang-kadang dia kompius dengan nama dia. Hahaha maybe sebab dari kecil, nama dia baby. Dan si Lara ini, suka buat hal sendiri. Tak suka bergaul. Anti sosial. Hahaha.


Oklah. Sampai di sini sahaja kisah anak-anak aku! Hehehe.Sampai ketemu lagi.



+ By +

No comments: