Friday, November 29, 2013

Bercakap.

Faris ini yang jenis dapat bercakap sesuatu perkataan, dia akan sebut sehari suntuk. Pernah 1 hari itu dia dapat perkataan nampak. Sampai ke malam tu tanya, nampak? nampak? nampak? 


Pastu, bagitahu mak..Faris selalu tanya nampak? nampak? Kalau aku tengah drive malam seremmmms juga kan? Hahaha. Mak cakap, ntah-ntah dia nampak betul tak ? Ok so mama dah standby surah yassin dan bacaan dalam kereta ya Faris. Tak baik tau buat cuak cenggini -_-".


Lepas itu dia dapat perkataan teeth, gigi. Ha..ini kejap dia cakap gigi...kejap teeth. Sebab, mama dia ajar Faris bahasa melayu dan abah Faris bahasa inggeris :D. Oklah dapat dwi bahasa. Perkataan teeth dan gigi ni pun dia repeat sampai seminggu. Kalau tak pandang masa dia sebut tu, dia akan jerit. Fuhhh!


Dan bila nampak kedai...dia akan sebut tetai..maaa maaa tetai. Ok la..dapat agak Faris sebuat apa. Tesco = teko...


Yang paling buat aku ingat sambil taip ini, si Faris suka menyanyi. Hahaha ikut siapa ni Ayeh? Salah satu lagu Faris suka repeat sampai bernanah lah telinga dengar adalah lagu twinkle-twinkle... Kadang-kadang terasa anak sendiri comel je sebut pelat-pelat. Dia selalu akan nyanyi cam ni,


"winkel winkel litetaaa...hoo aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatu aaaaaaaaaaa" 


Hahaha ape-ape je la Faris. Memula je ikut betul, lain-lain dia aaaaaaaaaaaaaa kan je =D.



Kadang-kadang dia sebut main taram je, maknanya dia malas la tu nak layan. Sampaikan, orang suruh sebut abah..dia sebut mama -____-. Faris-faris.


Ni gambar latest Faris. 1 tahun 8 bulan. Lagi 4 bulan dah 2 tahun. OK be careful ya Faris! Latihan pre-brother akan bermula. Hakhakhakhak.



Faris yang dah banyak buat auta kari. Belum dapat lagi bercakap sepenuhnya kan? Tatau la macam mana nanti. Hihihihi


Aku dah paham kenapa emak-emak tak bagi anak membesar cepat...Tak puas ok! Pejam celik, pejam celik dah besar. Haih. Kini aku lak rasa.



Ok sampai sini sahaja. Macam dah tak ada idea plak. Selamat hujung minggu!



+ By +

4 comments:

Tengkubutang said...

Haiii.. cakkk.. salam kenal..
Done follow sini no. 392
Jom follow me back yea..
Leh saling kunjung mengunjung pasni.. heeee

http://tengkubutang.blogspot.com/

Kalau minat kucen,
Jom lea follow sini jugak.. heee..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Tengkubutang said...

Mcm terbekenan tgk baju awk tu.. bole clise up lg x? Nk tgk full.. cntik design dia..

SUHAIDA said...

SELUAR KUNING TUUUU..SANGAT COMEL!

Byzura Mj (By) said...

tenku butang: thanks tenku butang. awak pergi ke old post..ade gambar full :).


UMIE SUE :Alhamdulillah. me kasih Sue :D.