Thursday, November 28, 2013

Pulau Mabul, Sabah[part5]

.....[part4]


Ok episod last =D. Episod last berkisahkan tentang, jalan-jalan kampung Pulau Mabul. Tak luas sebenarnya kalau ikutkan tanah yang ada di Pulau Mabul. Jalan 30 minit dah boleh habis satu kampung. Seronok, sikit sebanyak dapat mendalami kehidupan penduduk di Pulau Mabul. 


Mereka-mereka ini dalah suku kaum bajau. Pekerjaan utama adalah nelayan. Tapi nelayan kaya ok. Beriban duit hasil jualan =). Tapi, kat sana tak ada kecanggihan dari segi pendidikan dan kehidupan. 



Ok. Ni jalan untuk ke kampung Pulau Mabul dari chalet. Jangan risau titian ini selamat walaupun ada yang rongak hahahaha. Be careful je. Kalau nak tengok antara rumah termewah, kat sebelah tu adalah antara rumah mewah. Siap ada astro ok.




Sekejap je jalan atas titian tu dah sampai kampung. Di Pulau Mabul, elektriknya adalah dicatu. Elektrik, akan ada pada pukul 6 petang hingga ke 6 pagi keesoknya. Kalau duduk kat chalet tak panas pun. Dapat angin pantai, best! Jalan lupa bawa power bank dan kipas bergerak itu...kot kot korang tak tahan panas..leh pakai kipas tu kan. Hehehe.




Gerai goreng pisang.



Kedai runcit.




Ini pula, titian ke rumah nelayan yang menjual hasil-hasil laut. Apa ada?? 



Ada lobster!! Ada udang lipan dan macam-macam lagi.




Pelbagai ikan. Kitaorang ambil lobster. Tak mahal macam kat KL. Kalau KL boleh dapat makan seekor je..Sana lebih kurang 4 ekor boleh dapat. Murah tak murah??




Hasil pancingan kami di rumah nelayan tersebut. Kecur airliur tengok lobster T_____________T.


Sambil makan, sambil boleh tengok permandangan. Dalam gambar ini, adalah kanak-kanak Bajau Laut. Mereka akan minta makanan...kalau korang nak kasi, kasi...kalau tak nak pun tak apa. Apa salahnya sekali sekala sedekahkan? Rumah diaorang ini, terletaknya atas laut. Ya, atas boat besar. Membesar memang atas laut. Sekali sekala je diaorang akan turun ke tanah. Kalau korang berpeluang pergi sana, cuba tengok kaki diaorang. Memang berbeza dengan kita. Kaki diaorang agak besar dan lutut bengkok sikit. 


Nak tahu macam mana tengok mereka adalah golongan kaya atau tak? Kena tengok boat yang diaorang tinggal itu. Kalau besar, maknanya keluarga itulah yang paling kaya. Hasil tangkapan boleh cecah sampai 6 ribu sebulan! 


Memang unik kehidupan diaorang. Tinggal, makan, tidur...adalah atas laut. Main pun atas laut, selambe je berenang. Kalau aku dah tercungap. Hahahaha.



Oklah. Rasanya sampai kat sini sahaja coretan aku. Akhir, aku kongsikan permandangan kat sana. Kalau ikutkan banyak sangat permandangan..Tapi ini, aku pilih random je la ya.


Semoga menarik perhatian anda =D.
















Ok bye!



+ By +

No comments: