Thursday, November 21, 2013

Breastfeeding : Review pasal madela free style (mfs).

Dari Faris dalam perut lagi, aku dah siap-siap plan dan kumpul duit nak beli Madela Free Style (mfs) ni. Erm harga memang mahal sedikit. Tapi selama aku pakai, aku rasa sangat berbaloi even sekarang aku dah simpan dalam store. So anak kedua tak payah beli, pergi service je nanti =P. Berbaloikan? 



Aku dah tak pam sebab bukan rezeki aku nak meneruskan dan menyimpan stok susu. Sedih itu memang sedih. Siapa yang tak sedih kan, bila rutin tiap-tiap hari dan mengepam hampir 1 tahun 5 bulan gitu. Sekarang pun Faris menyusu tapi direct breastfeeding. Campo-campo.



Masa pantang, aku dah start kumpul stok. Alhamdulillah selama aku guna mfs selama ini, tak pernah mengalami masalah melecet ke sakit ke.Lega rasa. Selesa, boleh buat kerja rumah sekali. Sambil drive sambil menternak. Aku pernah juga terbaca yang guna brand lain, ada yang melecet...ada yang sampai luka. Lepastu sampai bertukar pam. Kalau dikira 2 kali ko tukar, boleh beli mfs aku rasa =D. Sekarang, harga dia tak macam dulu...dah oklah sikit. Kalau rasa tak mampu tu, menabung lah. Tak susah mana. Sehari RM 5, sebulan dah RM 150..9 bulan rasanya dah boleh beli :). 



Rutin mama dulu, Faris. Rindu tapi apakan daya. Rezeki Faris tahap itu je. Alhamdulillah sekarang Faris dah faham...bila mama cakap tak ada susu...mana botol? Faris berlari ambil botol, siap tunjuk susu dan air panas :D. Happy tau! Begitu juga kalau mama ada kerja, bagitau yang mama ada kerja..Faris macam faham even Faris tak beberapa nak petah cakap lagi. Ehhh puji anak sendiri plak kan? Tapi itulah yang terjadi sekarang ini. Maybe Faris pun dah redha kot. Tapi kadang-kadang, Faris rindu...selambe je dia tarik baju depan orang -___-".





Beg ini lah teman kehulur-kehilir waktu dulu...sampai ke Guangzhou pun mama bawa Faris. Hahaha. Punyalah kental kot. Huhuhu.



Oh ya, aku perasan bila guna mfs bukan sahaja selesa tapi aku rasa macam senang berdalir keluar =D. Takperlulah aku bagi tahu sini. Korang paham-paham je lah. Hihihi.


Yang pasti mfs banyak bantu aku. Memang best sangat dah la ringan! Senang nak bawa ke mana-mana..dan lagi satu, tak banyak barang. Sikit je kena bawa...motor dia yang kecik tu, corong susu dan botol. Itu je. Lagi satu mfs ini tak payah nak cucuk dekat suis. Charge siap-siap, bateri full ...boleh bawa kemana sahaja anda pergi :).



Eh ini bukan lah entry sponsor :P...Ini adalah cerita Aku, susu dan Faris. Hahahaha.



Ok bye!





+ By +

2 comments:

Cik Puan Rara said...

hmmm anak kedua nanti.InsyaAllah.nk jugak beli.sehari rm5 eh.hehehe ok2.nt nk try.

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara : Try lah..mesti boleh punya! Start dari sekarang.