.....[part3]
Package kitaorang bukan ditamatkan dengan snorkeling. Lepas snorkeling, kitaorang buat aktiviti diving. Satu aktiviti yang aku tak pernah cuba. Sebelum pergi, kitaorang diberi pencerahan mengenai langkah-langkah macam mana nak turun ke dasar laut, cara bernafas, cara tekan button dekat gas...penggerakan dan macam-macam lagi.
Dah mula berdebar waktu itu. Serius.
Gambar mama diva [la sangat] Hahahaha.
Ya aku bawa Faris. Jadual aku dengan wak adalah berbeza. Kitaorang turun berasing. So tak adalah aksi turun bersama-sama sambil berpegangan tangan. Hahahaha. Pui. Ada hati kan. Shawl merah itu memang aku bawa ke hulur dan ke hilir. Sebab, Faris masih menyusu :).
Ok tibanya ditempat yang dinantikan. Tak ingat nama tempat ini. Tapi sangat-sangat lah cantik. Air biru dari tempat yang kitaorang menginap.
Wak dengan semangatnya turun dahulu. Aku nak tidurkan Faris waktu ini. Patutnya aku turun dulu, tapi terpaksa relakan wak turun. Takpe go suami! Eh over pulak kan? =P
Senang je wak turun..nampak cool la. Aku duduk atas fikir macam-macam. Tetiba, wak muncul kena heret. Kenapakah??
Rupanya wak cramp! Hahahaha Adoila. Wak memang, tak boleh nak sejuk sikit. Kebetulan masa ini, hari hujan sikit...so sejuklah sikit cuaca.
So wak tunggu kat atas. Membebel dia sengsorang. Tak ada rezeki wak nak turun lagi..memang kaki dia sakit. Takut nak turun, takut tak boleh nak tolak-tolak air. Bahaya juga. So dia redhakan dengan keadaan yang sangat frust. Lain kali kita pergi honeymoon, diving dedua nak?? Hahahahak.
Kumpulan tadi dah naik, aku dan rakan lain pula turun.
Ha korang pandai-pandai lah tengok video ini. Nak terbalikkan laptop pun boleh. Hahahaha. Aku tak tahu macam mana nak edit dah. Dah buat guna movie maker siap letak credits, lagu bagai tapi tak boleh nak upload. So cenggini je lah gayanya. Hehehehe. Ni pun stuck-stuck. Layankan je la ya.
Aku pun turun..tak lama tu aku, naik =D.
Tapi aku bukan cramp ke ape. Aku cuak tertekan button naik. Hahahaha. Cuak la hoi..duk dalam air tu langsung tak dengar apa-apa. Dengar bunyi air dan nampak signal je dari guider tu. Memula kot kan. Ok kita cuba sekali lagi.
Nak turun itu, ada berapa step kena berhenti untuk check tekanan telinga. Macam kita naik kapal terbang juga, pasti berdesingkan? Turun dasar laut pun sama. So ada cara untuk hilangkan desingan itu. Ok kali ini berjaya turun sampai bawah.
Turun sampai bawah, tahu apa yang aku nampak? Penyu besar! =O
Ya Allah besar! Aku pegang tali je la. Jauh sikit. Sebab besar yang amat. Guider itu suruh aku buat peace. Maknanya aku dalam keadaan ok. Nampak aku buat peace? Hehehehe.
Lepas itu, guider suruh aku dekat tapi jangan sentuh..takut penyu tu merajuk. Aku taknakkkkkkkkkkkkkk. Tengok apa yang terjadi....
Kitaorang gaduh tolak menolak kat dalam air itu. Hahahaha. Lawak kalau ingat balik >-<.
Besarkan an an an???
Nilah pengalaman sangat-sangat berharga. Teruja juga nak ambil kelas diving untuk ke dasar laut yang penuh dengan coral cantik-cantik. MasyaAllah kejadian MU sangat unik. Kejadian MU sangat cantik.
Ok sampai di sini sahaja! Ok bye! Nanti-nanti sambung lagi :D.
+ By +
No comments:
Post a Comment