Wednesday, November 20, 2013

#DapurBy: Vanilla Choclate Snowy cake.

Sebenarnya resipi untuk vanilla choclate ini sama je dengan kek oren (yang pernah aku post dulu). Aku main taram je buat. Hehehe. Tiba-tiba jadi, so kira oklah..next time boleh repeat.


Ramai yang tanya resipi ini. Ok mehlah kita kongsikan resipi yang aku taramkan dia =D. 



Resipi:

1 cawan tepung
1 cawan butter*
3 /4 cawan gula ising*
Secubit garam (kalau guna butter unsalted) *
2 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar baking powder
2 sudu sunquick* (Tak payah nak parut-parut kulit limau bagai...guna sunquick sudah hahaha)
2 sudu susu pekat*
2 biji telur*

- mix yang tanda * sampai kembang...pastu esen vanilla. Masukkan tepung yg ditapis sedikit demi sedikit. Then baking powder juga ditapis. Panaskan kejap pemanggang ajaib itu, then letak acuan.


Yang ini acuan untuk vanilla. Kalau korang nak buat yang choclate tu sama je. Aku letak serbuk koko dan susu pekat dalam 3 sudu untuk satu lagi acuan.


Dapat?



Ok untuk filling pula. Aritu aku lupa nak beli cream cheese so aku buat cara aku =D. Kebetulan kat rumah ada softening.


Cara buat cream cheese guna softening :

1 cawan softening.
2 sudu perahan lemon.
2 keping cheese.
1/2 cawan susu pekat. 
2 sudu butter.


Mixerkan sampai sebati. Dah sebati..sapukan pada kek tadi. Kek bagi sejuk dahulu di suhu bilik ya.


Dah siap sapu cream tersebut. Parutkan cheese dar diatasnya...




Hiasan lain-lain, pandailah korang buat. Aku letak buah mulberry je =D




Hasil tangan dan masak dengan penuh kasih sayang! :P




Selamat mencuba.





+ By +

2 comments:

Cik Puan Rara said...

aduhhhhhhhhhhhhhh sedapnyaaa~

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara : ampun... hehehehe