.....[part2]
Harap maklum, entry untuk Pulau Mabul ini kesemuanya ada 5 part. Kalau ada lagi sambungan, silalah baca sampai muntah. Hehehe.
Ok part 3, kita cerita pasal snokerling pula. Masa yang ditunggu-tunggu! Aku dengan wak suka snorkeling, suka tengok dasar laut ada ape. Wak dah jadi macam ketagih...sikit-sikit nak ajak aku pergi pulau. Tapi, bila suatu hari aku tanya, "yang, nanti kita pergi Maldives nakkk?? (tak agakkan, nak pergi Maldives...sini pun ko tak habis nak jelajah =P )Tengok lah kalau ada rezeki...bestlahhh tengok gambar orang itu dia snorkeling sebelah dia sharkkk lalu!!". Kemain lagi isteri ini bercerita..Padahal, kat Redang kalau bernasib baik pun nampak shark -_-. Tau dia jawab ape???
"you biar betull...shark?? Macam manu tu?? Nanti nak kuak lebih susahlah...you lagi...". Ecececece aku plak kan?? Sebenarnya wak tak pandai berenang! Hahaha cuak lettew. Dah pergi belajar swimming skang!
Ok. Sambung cerita. Kitaorang keluar pagi...ke arah Kapalai Island dulu.
Ini permandangan sebelah chalet kitaorang. Ada jambatan ke office chalet itu. Nica kan??
Suami, bini dan anak. Bini adalah agak over dengan spek itam besor beliau. Orang dah tak pakai lah spek besor By... Hahaha. Lantak! Janji permandangan clear dan tak berkerut bila nak tengok sesuatu. Nak pergi tengah laut, pahamje lahhh...cahaya dia memancor.
Kapalai ini adalah salah satu pulau yang tercantik kat sini. Memang jernih dan banyak ikan. Sesiapa yang berkemampuan, silalah menginap di Kapalai resort. Serius cantik!!
Ni lah Kapalai Resort. Cantik kan kan kan kan? Ko rasa nak snorkeling tengok ikan, ko terjun je kat bawah. Malam, siang?? Terjun je. Malam lagi cantik tau! Pastikan korang beli touch light untuk dalam air tu, kalau nak snorkeling malam. Silap-silap korang jumpe penyu besar! Best!
Masa ini, tengok kawan-kawan turun dulu.. Tetiba aku macam gayat. Sebab, kena terjun terus. Mulalah fikir dalam ke ape. Lepas bersalin ini, aku rasa perasaan gayat tu berleluasa. Huh.
So kita gembirakan hati dulu, bagi ikan makan.
Cantik!
Lapar ye kau ikan.
Takpe aku turun bagi kau makan.
Jom!! Hehehehe.
Ok perasaan gayat itu dah hilang, aku turun dengan hati yang gumbira =D. Jangan lupa bekalan roti untuk turun ke bawah. Baru best!
Pancing dulu. Mari-mari makan.
Tengok dah banyak!! Kat sini ikan-ikan dia tak adalah ganas sangat. Berbeza masa aku snorkeling kat Krabi, ikan dekat Krabi ganas-ganas. Taring panjang-panjang sikit. Dan Redang, ikan dia malu-malu. Hehehe. Lain tempat, lain rupanya perangai ikan ini. Macam manusia juga =P.
Ikan, ikan dan ikan.
Tada!!! Terkejut tak??? Hahaha. Kalau korang scroll ke atas semula, perasan tak ikan ini asyik ikut kitaorang. Sekali kitaorang tengok gambar balik, dia depan kamera. Apahal lu???
Hahahaha.
Budak cekenit ini, alhamdulillah tak meragam. Tapi dia tak turun. Eksen je tu pakai baju swimming. Bila cecah kaki dia ehek ehek -_-". Napelah kau gayat tetiba. Dulu masa lepas pantang, mama bawa ko pergi Sunway Lagoon..ok je nak. Takpelah...mama tak push pun. Nanti berani lah tu kan??
Lepas ke Kapalai Island, kitaorang pergi ke next detinasi. Tak ingat nama dia apa. Aku tak turun sebab tempat dia agak rendah, asyik terkena batu karang je. Ada kawan kitaorang sampai luka-luka.
So aktiviti aku adalah....
Bagi ikan makan lagi =D. Faris pun seronok masa ini. Dia tak takut baling roti kat ikan.
Dari pagi sampai ke 12.30 tengahari kitaorang snorkeling. Laparrr... sampai aku makan roti nak bagi ikan. Hahahaha. Faris aku dah bekalkan dia macam-macam. Air kotak, biskut dan roti.
Perjalanan pulang. Menikmati permandangan yang ada. Serius unik tempat ini :).
Sampai sini sahaja. Bye!
+ By +
No comments:
Post a Comment