Thursday, December 12, 2013

DIY flash kad untuk Faris.

Hi.


Dah lama rasanya gambar ini dalam draft. Simpan-simpan, nak tulis lepas itu buat kerja lain. Dah kedaung semua entry. Hehehehe. Biasalah masalah ketuaan dah melanda beginilah jadinya. Kejap ingat nak buat apa, tak sampai 1 jam dah lupa semula nak buat apa. Teruk betulkan masalah ketuaan aku?


Ok. Berbalik pada tajuk asal.


Faris kalau bab belajar dia tak suka sangat kalau aku ajar abjad semata. Maybe dia boring kot tak ada gambar. Jadi, aku cari gambar abjad dan sekali gambar. Contoh : huruf A, A for Apple, dan ada sekali gambar apple. Nampaknya berkesan dan dia suka =D.


Sebelum ini ajar dia tunjuk kat badan sendiri je. Kali ini bergambar.Pernah aku baca info ini, dalam info itu dia bagitahu bahawa anak yang umurnya setahum ke atas adalah sangat sesuai dengan flash kad dan montesori. Tapi montesori kita dah boleh start dalam 6-7 bulan ke atas. Yang lain jangan push sangat sebab tak sesuai dengan umurnya giteww.


Untuk menjimatkan dan untuk mengelakkan hati kita sakit pabila anak koyakkan flash kad yang agak mahal harganya, jadi aku buat flash kad sendiri. Print dan tampalkan atas kertas warna warni untuk nampak menarik.





Aku selalu keluarkan 2-3 keping flash kad untuk sekali pembelajaran. Cewah ayat! =P. Pernah sekali keluarkan banyak keping. Tapi Faris agak kompius. Dah pandai, kita lebihkan sikit flash kad tu. Untuk mengelakkan Faris kompius macam mama dia, mari kita keluarkan dengan kuantiti yang sedikit dulu. Yang lain simpan dalam lemari [almari].


Ok bila gambar bird, dia akan ambil bird. Dan frog, dia akan ambil gambar frog. Ok lulus untuk 2 flash kad. Tapi bila gambar kangaroo, Faris kompius antara katak dan kangaroo. -_____-". Tak apa cuba lagi nanti ya.




Kadang-kadang masa belajar ada juga tetiba Faris boring. Ye lah, dah 2 flash kad pastu ko duk ulang. Kalau ko sendiri pun boring kot. Hahahaha. Jadinya, Faris akan buat kerja sendiri seperti gambar di bawah.




Kerja korek gambar dan kertas dannnnnn koyakkan. Takpelah bagi dia explore kan? (Sedapkan hati)


Lepas ini mama kumpulkan lagi gambar-gambar ya.



Oklah. Bye!



+ By +

No comments: