Showing posts with label dapurby. Show all posts
Showing posts with label dapurby. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

#DapurBy: Nasi minyak hijau.

Salam,

Hihihi.

Dah nak habis Ramadhan, baru tergedik nak update resipi kan? Ala takpe la. Untuk simpanan diri..tak pun siapa yang berkenan try, boleh try masa raya ni. Pagi raya? Yums! Hihihi.


Kali ini, nak share resipi nasi minyak hijau (sebenarnya takde pewarna kuning, tu jadi hijo :P). Teringin sangat nak berbuka dengan nasi minyak aritu. So, buatlah. Ni cabaran 45 minit masterchef tau, sebab lambat sampai rumah. Jalan jem! Ku gagahi jua buat. Nasib la bahan semua dah siapkan malam tu.



Nasi minyak hijau saya :). Simple je. Lauk kari ketam, ayam masak merah dan acar mentah. Cukup. Tu pun berselera anak dan suami makan :D. Okla ni  resipi nasi minyak hijau :



Bahan-bahan ~

Untuk nasi :
- Beras basmathi 2 pot
- susu cair setengah cawan
- air ikut kadar beras
- ayam dicincang halus*
- bawang merah dihiris halus*
- bawang putihdihiris halus*
- bawang halia dihiris halus*
- bunga lawang*
- bunga cengkih*
- kulit kayu manis*
- pewarna hijau (siap-siap letak dalam air beras)
- minya dalam 2 sudu 
-kismis

Cara-cara : tumiskan bahan yang bertanda *.  Bila dah naik bau. Letakkan air, secubit garam, kemudian beras dan susu. Oh jangan lupa daun pandan untuk naikkan bau. Last bila dah masak nasi, taburkan kismis. Siap. Mudahkan? Ok lah. Lauk pula sebenarnya ikut korang...suka hati ada yang nak ayam goreng rempah, dalca...macam aku, kebetulan ada ketam. Aku buat kari ketam dan ayam masak merah.  


Resipi kari ketam : 

- bawang merah 2 biji, bawang putih sebiji dan halia di blend/ditumbuk*
- bunga lawang*
- bunga cengkih*
- kulit kayu manis*
-serbuk kari*
- ketam
- lobak merah
- santan secawan
- air
- terung
- cili hijau besar
- daun kari 

Cara-cara : tumiskan bahan bertanda * sampai naik bau. Masukkan ketam tunggu sampai separuh masak. Kemudian, letakkan air,santan,garam, lobak dan juga terung. Bila dah agak masak, letakkan cili hijau dan daun kari. 


Resipi ayam masak merah:

-ayam digoreng terlebih dahulu
- bawang merah, bawang putih ditumbuk*
- cili boh*
- sos tomato dalam 4 sudu
-bawang holland

Cara-cara : tumiskan bahan bertanda * sehinga kekuningan. Masukkan cili boh, kacau sehingga garing sedikit dan kemudian, letakkan sos tomato dan garam sedikit. Kacau sampai sebati. Letakkan bawang holand yang dihiris dan akhir sekali ayam yang telah digoreng. Kacau sampai sebati.


Resipi acar mentah:

-timun
-lobak
-bawang merah
-gula
-garam secubit
-cuka
- cili api

Gaulkan kesemuanya. Siap!


Tada! Ok bye! Taknak tengok gambar lama-lama tau. Nanti kecur :P




+ By +

Monday, May 19, 2014

#DapurBy: Ketam Kam Heong.

Hai semua! :D.


Dah lama tak share resipi masakan kan? Ni free sikit boleh la up resipi. Hehehe. Ketam Kam Heong ni memang kesukaan aku dan wak. Errrr wak? Wak lepas bertunang baru minat kot makan ketam kam heong ni. Hehehe. Selalu lah pergi makan dekat area muara Port Klang tu. Nak-nak masa mengandungkan Faris. Hihi.


So sekarang dah lama tak pergi sana, marilah kita mencubanya di rumah sahaja.


Bahan-bahan:

4 ekor ketam dipotong 4
2 sudu besar udang kering*
1 biji bawang putih*
4 biji bawang merah*
3 sudu besar cili boh
5 biji cili api (terpulang kalau nak pedas tambah lagi cili api)*
3 sudu cili boh
daun kari


(tumbuk bahan bertanda*)

Cara-cara:

Goreng dahulu ketam separuh masak. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan cili boh sampai garing. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pula ketam dan last sekali daun kari. 


Siap!


Makan dengan nasi panas. Perghhh kebabom! Hihihi. Selamat mencuba.



+ By +

Friday, January 3, 2014

Sarapan pagi hari ini.

Hari ini just sediakan sarapan yang simple je. Kebetulan aku el... so tengahari kang baru start masak nasi.


Selalunya kalau kerja, aku masak pepagi untuk bawa ke office. Laki aku buat bekalan itu untuk breakfast dan aku pula buat bekalan itu untuk lunch. Dah 2 bulan aku lakukan perkara ini. Ternyata jimat uolsss. =D.


Hidup kat Kuala Lumpur ini kos agak tinggi. Kalau makan tengahari sahaja dah RM9 macam tu. Hurm bukanlah aku berkira sangat tang makan. Kalau dicampurkan dengan perkara lain... memang habis duit gitu je. So yang mana boleh jimat, aku cuba jimatkan. Bukan senang nak jadi senang kan? Kalau nak susah senang je.. ko g shopping satu hari... zassss kejap je duit habis. Kan kan?


Lain orang lain cara dan pendapat. Bagi aku, macam itulah aku jimat duit. Bawa bekal =D. Tapi aku selesa macam ini sebab cafe pun bukan sedap mana makanan. Ceh nak cakap aku masak sedap lah tu kan. Puiiii puji sendiri. Hehehe.


Okla.. nak sambung buat kerja dan masak untuk lunch. Lain kali kita share cerita lain plak ok.


So inilah simple breakfast aku. Roti telur bertahtakan cheese kekdahnya. 






+ By +

Monday, November 25, 2013

Adunan roti.

Fist time buat roti. Tetiba macam mood ni rajin kan. Haruslah capai segala barang dekat dapur. Barang dah ada, tapi asyiklah simpan daun palas, bak cakap mak. Daun palas = mood malas. Hehehe macam-macam perumpamaan mak, tak ada dalam kamus dewan ok :P.


Start menukang (buat adunan), mulalah si suami pun masuk bertanyakan itu ini. Haish. Aku ini bukan jenis suka orang menyebuk kat dapur. Nak-nak, jenis banyak tanya.Bukan rimas, tapi ada yang tertuang garam 2 kali =D. Jenis pelupa kekdahnya. Hahaha.



Jenis suami pulak tanya macam-macam.


1. yang masak ape?

2. letak ape?

3. Tu ape garam eah?

3. lepas tu? oooo Bakar ya...eh tak goreng? Macam mana tu?

4. Letak minyak? pastu?

5. Eh ape nama masakan ini? Bla bla bla



pftttt! Memang aku tak boleh nak masuk masterchef macam ini. Aku yang tanya dia balik kejap lagi, dah letak garam ke belum eah??  Last-last halau duduk depan. Nanti siap I panggil. Hahahaha. Kesian si suami. Tak pasal kena halau kan?  =P



Dah la pestime buat. Mestilah nebes sikit. Buatnya adunan roti tu terkejut ...tak kembang cantik dah adunan tu nanti. Hehehehe.



Tung tang tung tang..inilah adunannya..



Cantik. Naik and the gebussness! Hehehe. 



So hasil adunan itu, aku dapat lah buat 3 jenis roti seperti gambar di bawah :




Chezzy chicken slice bread. Ni aku goreng. 




Sausage bread. Aku goreng juga. 




Dan last..



Roti gula. Ini aku try bakar dengan pemanggang ajaib. Best tak? Ok resipi adunan adalah seperti di bawah :



- 2 1/4 cawan  tepung gandum diayak
- 1 cawan susu fresh milk (aku pakai susu tepung low fat)
- 1 sudu besar yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 4 sudu besar gula halus
- 1 biji telur
- 2 sudu besar olive oil



Cara-cara :  larutkan yis di dalam air susu. Masukkan tepung, gula, garam telur dan air susu yang telah dilarutkan bersama yis tadi. Gaul sehingga sebati. Kemudian barulah olive oil. Gaul sehingga tidak melekat di jari. Lepas itu, tutupkan adunan dengan kain basah dan biarkan selama 30 minit. Pasti adunan menjadi kembang molek :). Tumbuk-tumbuk sikit dan boleh lah start menguli untuk buat roti.



Senang je resipi ini, so selamat mencuba :).



+ By +

Friday, November 22, 2013

#DapurBy : Kuih bakar atau kuih kemboja.

Kuih bakar.


Aku panggil kuih bakar je dari dulu dan selamanya. Hehehe. Memang kesukaan aku kuih ini. Sedap ok, nak-nak yang berlemak, berkrim, lembut...  dan pastinya hangus-hangus dibawahnya. Yums! Pekena pula dengan teh o kurang manis atau sirap ais. Uii sedap. Kecor pulak airliur.



Ok nak share resipi kuih bakar kali ini. Haritu balik rumah mak, try buat.. menjadi!



Tapi untuk pertama kali, adunan ini macam terlebih gula. Manis. Aku guna satu cawan gula masa ini.Tapi rasanya sedap...ekekeke nak juga puji. Aku bakar guna pemanggang ajaib yang 30 cm, so agak nipis. Hehehe. Then aku try lagi sekali mengikut resipi ini :



-3/4 cawan gula (kalau nak doublekan adunan untuk mendapat ketebalan macam gambar di bawah, gula adalah 1 1/2 cawan ok)
- 3 biji telur *
-1 cawan tepung gandum*
- 1 cawan susu cair *
- 1 cawan santan*
-1 cawan air pandan*
- beberapa titik pewarna hijau*


Yang bertanda * semua double kalau nak tebal macam aku punya. Ehhh jangan fikir macam-macam =D.


Kemudian blend kan semua, sampai sebati.



Sapukan minyak sedikit di permukaan loyang/ pemanggang ajab, tuangkan acuan dan taburkan bijan. Bakar dengan api yang pelahan. Kalau guna oven, korang pepandailah eah? 



Tada!! Siap. Kuih Bakar aku suka, laki aku suka. =P



Selamat mencuba ;).


+ By +

Wednesday, November 20, 2013

#DapurBy: Vanilla Choclate Snowy cake.

Sebenarnya resipi untuk vanilla choclate ini sama je dengan kek oren (yang pernah aku post dulu). Aku main taram je buat. Hehehe. Tiba-tiba jadi, so kira oklah..next time boleh repeat.


Ramai yang tanya resipi ini. Ok mehlah kita kongsikan resipi yang aku taramkan dia =D. 



Resipi:

1 cawan tepung
1 cawan butter*
3 /4 cawan gula ising*
Secubit garam (kalau guna butter unsalted) *
2 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar baking powder
2 sudu sunquick* (Tak payah nak parut-parut kulit limau bagai...guna sunquick sudah hahaha)
2 sudu susu pekat*
2 biji telur*

- mix yang tanda * sampai kembang...pastu esen vanilla. Masukkan tepung yg ditapis sedikit demi sedikit. Then baking powder juga ditapis. Panaskan kejap pemanggang ajaib itu, then letak acuan.


Yang ini acuan untuk vanilla. Kalau korang nak buat yang choclate tu sama je. Aku letak serbuk koko dan susu pekat dalam 3 sudu untuk satu lagi acuan.


Dapat?



Ok untuk filling pula. Aritu aku lupa nak beli cream cheese so aku buat cara aku =D. Kebetulan kat rumah ada softening.


Cara buat cream cheese guna softening :

1 cawan softening.
2 sudu perahan lemon.
2 keping cheese.
1/2 cawan susu pekat. 
2 sudu butter.


Mixerkan sampai sebati. Dah sebati..sapukan pada kek tadi. Kek bagi sejuk dahulu di suhu bilik ya.


Dah siap sapu cream tersebut. Parutkan cheese dar diatasnya...




Hiasan lain-lain, pandailah korang buat. Aku letak buah mulberry je =D




Hasil tangan dan masak dengan penuh kasih sayang! :P




Selamat mencuba.





+ By +

Thursday, October 24, 2013

#DapurBy: Resipi Kek Oren, dibakar menggunakan pemanggang ajaib.

Hai korang! Tengok tajuk dah tahu pasal apa kan? Hehehe.Kali ini #dapurby nak kongsi resipi Kek Oren yang dibakar menggunakan pemanggang ajaib.


Ceh baru nak ada pemanggang ajaib. Orang lain dah lama kecoh pasal pemanggang ajaib ini kan?Almaklumlah, baru terbuka hati nak beli. Rumah pun bukan ada oven. Kalau nak membakar-bakar kek ini kenalah balik rumah mak.


Mula-mula, macam tak percaya pemanggang ajaib ini boleh buat serba serbi. Tapi bila beli dan mencuba sendiri. Ok dah mula menyukai dan jatuh cinta. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? :P


Percubaan untuk bakar ayam dan masak dalam itu, dah cuba. Memang cepat. Kalau bakar daging ayam tu kan, tak makan masa lama pun. Lagi suka, bila daging tu masak basah-basah..tak kering. Eh ni bukan promote ke apa. Hehehe tak ada kena mengenapun ok.


Lepas itu, baru ada keinginan nak mencuba bakar kek dalam pemaggang ajaib itu.



Nak tengok hasilnya?






Ok tak? Hehehehe :D. Suka sangat dengan hasil kali ini. Sebab rasa gebu. Ecececece taknak puji lebih :P.


Ok resipinya mudah sangat-sangat.



1 cawan tepung
1 cawan butter*
3 /4 cawan gula ising*
Secubit garam (kalau guna butter unsalted) *
2 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar baking powder
2 sudu sunquick* (Tak payah nak parut-parut kulit limau bagai...guna sunquick sudah hahaha)
2 sudu susu pekat*
2 biji telur*

- mix yang tanda * sampai kembang...pastu esen vanilla. Masukkan tepung yg ditapis sedikit demi sedikit. Then baking powder juga ditapis. Panaskan kejap pemanggang ajaib itu, then letak acuan.


Api jangan besar sangat ya..Kalau boleh yang paling kecil sekali ok.








Selamat mencuba!




+ By +

Monday, September 30, 2013

Bila dah meningkat usia, dah mula kesedaran diri.

Cerita bab makan, aku adalah seorang yang sangat-sangat kaki makan. Tolak batu dan kayu je. Serius. Lemak, semualah...semua pun makan. Kalau bontot ayam tu, jangan cakap lah haiiiii PANTANG TENGOK BELI -_-".


Tapi bila umur dah 31 tahun *batuk* nak masuk 32 tahun *batuk* mula macam sedar diri. Takut apa-apa jadi. Penyakit sekarang bukan main serang orang kan? Tak ada nak main signal-signal. Huhuhu.


Aku ini boleh la dikatakan diet juga. Sebab err sebab (jeling tengok muka dan peha). Nangis.



Ada lah beberapa orang tegur, "TAK PAYAH LAH DIET SANGAT...BADAN KURUS JE".Memang lah aku diet, sambil-sambil itu aku ambil pemakanan sihat juga. Tak semestinya diet nampak macam sadis sangat rupakan? Bukan langsung tak makan. Ambil ok. Tapi lebihlah pada "healthy food", orang cakap.


So sekarang, aku dah melatih diri supaya tak ambil nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, nasi dagang dan seangkatan. Bukan tak ambil langsung...just sekali sekala. GILAKAUKALAUTAKMAKANTERUS?! Hahahaha.


Sarapan pagi je, tengahari aku ambil karbo sikit. Malam tengok keadaan hehehehe. Buat masa ini menahan nafsu. 


Ok sekarang sarapan pagi adalah lebih berupa macam ini...


yougurt + bijirin.


Salad + chicken pop corn.


Chicken pop corn wrap dan air detox (untuk cuci segala asid). Ada ke laki aku cakap itu air eksperimen? Haihhhhh sabar je lah kan?



Dan lagi? Nanti kita share eah sebab minggu ni adalah minggu salad. Hahaha. Tengok sahaja lah kan boleh ke idak tahan :P.


Ok mulai hari ini, AKU JANJI aku takkan makan benda berlemak sangat dan seangkatan untuk mengelakkan kolestrol berlebihan, darah tinggi, kecing manis, jantung danlain-lain. Bukan bye-bye terus tapi sekala kita berjumpa ya wahai makanan-makanan lain.



Semoga hidup kita cergas dan sihat! #jomkurusdansihat. :P. Ingat semua itu datangnya dari Allah. Kalau kita berjaga insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi diri kita. Peace!



+ By +

Thursday, September 26, 2013

#DapurBy:Puding di Raja Pahang.

Pagi-pagi kita post entry resipi ok? Hehehehe Curi masa sekejap. Just nak clearkan mata ini asyiklah mengadap coding bla bla. Pftttt. Sekala sekala kena rehatkan mata kan? Janji kerja siap :P. 


Ok kali ini nak share resipi Puding di Raja Pahang. Untuk aku juga entry ini. Kot kot terlupa resipi, leh tengok kat blog. Resipi turun temurun mak dan saudara, so sayang kalau hilangkan. Banyak lagi perlu belajar ini. Dah pass belajar nasi kerabu, nasi dagang belom!! 


Mak selalu pesan kat aku, selagi dia ada ini lah belajar resipi mana aku suka dengan dia. Manalah tahu TUHAN ambil nyawa dia, tak sempat aku adik beradik nak belajar T_______T. 


Ehhh taknak sedih-sedih selagi mampu, kita belajar kan? Hehehe. Ok ini resipinya.


Puding di Raja Pahang.


Bahan untuk kuah:
- 1 tin susu cair ideal.(Lain-lain brand aku tak suka sebab ada yang berbau hanyir. So aku prefer IDEAL)
- 1 1/2 cawan gula ising (kalau gula kasar lain sukatan sebab lagi manis)
-1 biji telur (ambil kuning sahaja)
- 1 sudu kecil esen vanilla

[Bahan di atas di kepok (kacau sampai berbuih tanpa letak kat atas dapur dulu) sampai sebati]**


Bahan lain-lain:
- 12 biji pisang lemak manis (digoreng garing dan sukatan ini adalah untuk 6 biji mangkuk seperti kat atas tu. Satu mangkuk, aku letak 2 biji)
- Buah prune
- Gajus goreng
- Ceri dan buah kiwi.(aku tak ada ceri dan kiwi so aku letak choc kecik-kecik tu je bagi warna warni sikit hehehe)


(dan kalau rajin korang buat lah macam Pekan style, letak jala emas. Aku tak suka sebab manis)



Cara-cara: Masukkan bahan ** untuk kuah dan kacau dengan api yang pelahan sampai separa pekat. Dah siap cuah je atas buah pisang yang disusun rapi. Pisang goreng itu, disusun selang seli dengan buah prune dan gajus. Ceri dan kiwi sebagai  hiasan. Dan jangan lupa letak dalam peti ais dulu. YUMsssss!


Ada yang tanya aku, boleh tak nak masukkan choclate chip? Bagi aku, tak sesuai sangat sebab dah manis. Dan choclate chip itu akan menganggu rasa puding. Apa-apapun ikut citarasa masing-masing.


Selamat mencuba!








+ By +