Showing posts with label pembesaran Faris. Show all posts
Showing posts with label pembesaran Faris. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Faris : free drypers.

Assalammualaikum!


Hari ini nak buka topik Faris free drypers. Faris start belajar cici {read : buang air kecil}, masa umur 2 tahun lebih. Masa tu aku pantangkan Durrah. Dah tiba masanya supaya Faris belajar semua benda tu. Belajar cici, belajar uk uk {read : buang air besar :D}.


Mula-mula dalam 2-3 hari memang free-kan Faris dari pampers dan seluar. Senang, kalau dia nak buang air kecil dan besar...boleh terus lari ke toilet. Tapi itu pun kena berteman. Kalau tak, Faris tak nak sebab dia adalah seorang yang takut lipas. He he he.


Kadang-kadang dia berlari keluar, cici kat longkang. Selambe ok.


Lepas 2-3 hari barulah pakai kan Faris seluar. Ajar pula untuk buka seluar ataupun tarik je seluar sendiri dan cici. Misi, berjaya :).


Tapi, masa 1-2 bulan tu adalah juga kalau dia asyik main je... dia akan tahan dan terlupa untuk cici. Pernah sekali dia cici kat ruang tamu jiran -___________-". Dia tak sempat nak pergi toilet sebab duk asyik main kereta. Nasib sekali tu je.


Itu cerita pasal cici kan? Kalau cerita uk uk plak, Faris ada tangga sendiri untuk naik ke mangkuk tandas. Yang ini pun berjaya.


Dan masuk 3 tahun, Faris dah tak pakai pampers untuk waktu malam dan di rumah pengasuh. Dulu kalau malam pakai Faris pampers, sebab manalah tahu dia akan terkucir. Mamanya malas nak mencuci hahahaha. Dan di rumah pengasuh pula, Faris ni jenis nak buang air besar kat toilet dia je. Kalau orang lain punya taknak. Tapi sampai bila kan? Nanti bawa tabiat tu ke besar...susah anak jantan mama  nanti hihihi. Tak mo la jadi cerewet ok.


Masa umur 3 tahun juga, Faris dah boleh pergi toilet shooping mall untuk cici dan uk uk. Yeay!



Faris 3 tahun. 


Tahun ini nak masuk 4 tahun. Kejap je rasa. Tengok-tengok gambar, ehhhh dah besar anak sulung aku ;).



ok da! 


XOXO



+ By +

Wednesday, September 17, 2014

Bila Upin Ipin menjadi tatapan harian Faris.

Lama tak update pasal Faris. Faris sekarang dalam fasa banyak bercakap. HAHAHAHA. Tak lama lagi nak jadi abang long dah. InsyaALLAH. Kawan dia sekarang Upin Ipin la. Balik rumah pengasuh mesti layan upin ipin. Oklah takde lah seharian ngadap kan? Itupun banyak ambil yang siri pembelajaran.


Bagi aku Upin Ipin tak adalah kasar sangat bahasa dia, malah Faris banyak belajar bercakap bila tengok Upin Ipin. Ye lah, duk menghafal skrip je....maunya tak pandai bercakap.


Bila orang offer makan...Faris makan... dia jawab taknak, pose. HAHAHAHA. Ni gara Upin Ipin la ni. Sebab duduk tengok siri berpuasa. hehehe.


Lagi satu..kalau makan, mesti nak ayam Upin Ipin pula. Apa saja Upin Ipin makan dia nak makan. Kalau episod buah-buahan tempatan tu (ha sampai mak ko hafal tajuk siri ok. HAHAHA), tengok Upin Ipin makan durian, si Faris tu pun nak durian juga.


Honestly aku ajar Faris takde lah fokus sangat. Aku banyak ajar Faris secara naturally. Cewah. Lain mak lain didikan kan? Macam belajar berdoa, aku suruh wak download siri yang doa makan. So sambil tengok jalan cerita, sambil Faris hafal. Lagipun Faris jenis menghafal cara macam tu. Kalau aku ajar sendiri dan secara paksa aku rasa dia berlari entah kemana. So inisiatif aku ambil jalan macam ni :).


Tahun depan InsyaAllah aku akan hantar dia ke sekolah. Hanya sejam pada hari Sabtu sahaja. Cukuplah untuk dia explore dan belajar. Aku taknak dia belajar dengan cara skop yang tinggi. Dari pengalaman aku, aku sendiri boring kalau belajar benda yang aku dah tahu. So aku nak Faris explore dulu. Kelas tu, dia ajar macam menggunting, menampal, kenal huruf...oklah untuk tahap umur dia.


Itu je cerita Faris. Macam terblur plak nak taip. Hahaha.


Good luck Faris! Mama love u abang :D.



+ By +