Showing posts with label De Palma. Show all posts
Showing posts with label De Palma. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Berselera sungguh saya..

De Palma, Shah Alam

Jus kedondong.

Bagi zoom sikit. Jus kedondong + serbuk asam boi. My BIL tak boleh minum. Katanya, masam menyengat sampai ke telinga. Hihihi. Inilah petua hilang stress dan pening. Sejuk + masam bila sampai ke tekkkkaaaakkkk


Sesuailah jika bergandingan dengan :



Chicken Chop..

Dan lamb chop!


Dan berakkkk pun lawas :D. Aku rasa sia-sia aku turun berat badan sampai 2 kilogram. Tengok pipi still tetap maintain tenbam. Makin tua makin naik pipi tu. Heh.


.:. By .:.

mimpi kambing...

Bagi penggemar kambing, makan kambing adalah satu kepuasan. Kepuasan teramat sangat.

Aku adalah penggemar kambing, tapi kambing tak gemar aku. Eh. Lain macam pulak.

Aku suka makan kambing yang baunya macam kambing. Kambing sangat sedap. Orang cakap makan kambing, naik darah. Tapi aku tak. Bila selesai makan kambing, aku rasa nyaman.

Pok pok pok ketuk bantal dan tidooooooooo..ZZZzzzzzzz

Mahu mimpi kambing dan peluk kambing. Hurrrrmmmm sedapnya bau kambing.


Selamat hujung minggu!

Bilang berapa banyak aku sebut kambing. Eh taip.


.:. By .:.

Sunday, January 17, 2010

Kenyang..

Dinner kat De Palma, Shah Alam lagi :D. Today makan buffet ala-ala barat sikit. Ada bbq, spaghetti, macam-macam lah. Aku seperti biasa melahap kambing, udang, daging lembu dan sotong. Aku cicah dengan air asam! Memang sedap.

Kalau makan dengan bbq sos aku mual sikit. Ye lah sakit tekak, nak makan bbq sos. Huh rasa lekat kat tekak. Minum aku order hot lime tea. Nak jaga suara lah katakan :P.

Siap kena perli dengan BIL aku. Sakit-sakit pun selera. Heh orang dah tak selera makan dah berapa hari tau. Ni balas dendam la balik.

Ni nak habaq kat semua, De Palma Shah Alam ada buat promotion dari 10 malam ke 1 pagi. Teh tarik RM 0.99 dan char kueh tiew RM 1.99. Hah apa lagi terjah lah!! :D

Char kueh tiew lengkap dengan udang dan kerang...memang berbaloi!!

Aku tak ada 'selera' nak snap gambar. Bukan apa, aku kan sakit :(. Mood ambil gambar berkurangan sedikit.

Monday, December 21, 2009

De Palma, Shah Alam..

We(family) went to De Palma, Shah Alam untuk program jalan-jalan cari makan. My BIL belanja :D.

De Palma dah move ke tempat lain. Tak jauh mana pun, sebelah dengan bangunan yang dulu je.

Try Buffet. Lauk udang masak kunyit dia sedap!! Aku makan dua pinggan.*buncit perut* :D

Satu kelebihan De Palma, aku suka lauk-pauk dan ulam-ulaman. Masih mengekalkan kekampungan. Nak-nak ada ulam jering, petai danterung celur. Yumy!! Sedap jika makan bersama sambal belacan, cecaluk!!

Air, aku try air kendondong. Sedap! Sangat fresh!!

Lain-lain aku try cabonara pasta. Sedap gak! Sos cabonara tidak mengeciwakan aku. Selalu kalau melayu masak cabonara mesti dah campur-campur jadi rojak. Pandai-pandai je diaorang mengubah resipi. De Palma masih mengekalkan ke'western'an lagi. Rupanya senang je buat sos cabonara ni! Nanti coba :D.

Gambar makanan langsung tak sempat nak snap.hihihi..Aku sempat snap gambar mak dan anak dara tua je aku je.


Next trip ke De Palma Kuala Selangor! Nak ikut!! Trip ni lagi best sebab ada package. Package termasuk makan dekat rumah tepi sawah + tengok kelip-kelip + pergi ladang mangga.

Psst ..psstt.. My BIL nak ikot ya * kenyit mata sikit :P